TWENTY-TWO

1.7K 203 93
                                    

"Papa, Yin nak syimut (selimut)," Chaerin menunjukkan selimut yang elok terlipat di kaki tilam Jungkook.

Jungkook hanya menurut. Malam itu dia tidak bekerja jadi dialah yang menjaga Chaerin sepenuhnya. Chaewon disuruh berehat saja di bilik sebelah. Biar Chaerin berada dalam biliknya.

Selimut itu dibuka sedikit lalu diletakkan di atas tubuh Chaerin. "Chaerin duduk diam-diam ya, tidur. Susu dah minum kan?"

"Mama ane?" Soal Chaerin dengan wajah polosnya.

"Mama dekat bilik bilik dialah,"

"Nak mama tido sini," Chaerin mula bangun namun lekas Jungkook menolak tubuhnya agar berbaring semula.

"Sekejap lagi mama datang. Chaerin tunggu je," Jungkook turut berbaring di sebelah anaknya lalu menepuk-nepuk si kecil itu.

Dia tahu, tak lama lagi pasti Chaewon akan masuk ke dalam biliknya nanti.

"Yin nak mama," adu Chaerin lagi.

Jungkook menghelakan nafasnya. Bila dia tak ada, Chaerin meraung 'nak papa'. Bila dia sudah ada sisi si kecil itu tapi Chaewon pula tiada, dia mencari si mama pula.

"Chaerin tidur dulu. Nanti mama datanglah. Pejam mata cepat," Jungkook segera memejam mata rapat agar Chaerin turut berbuat demikian.

Beberapa detik selepas itu, Jungkook membuka sedikit kelopak matanya. Kelihatan Chaerin sedang menutup mata dengan kedua tangannya. Menyedari Jungkook sedang melihat, Chaerin memandang ke arah Jungkook lalu si papa terus memejamkan matanya semula.

"Papa, Yin nak peyuk," pinta Chaerin.

Tangan Jungkook yang menepuknya lamgsung memeluk tubuh kecil itu. Mata Jungkook masih terpejam. Ikutkan hati, dia mula rasa mengantuk tapi dia tak mahu tidur selagi Chaerin masih berjaga.

"Papa, Yin nak mama,"

"Sabar,"

Beberapa minit menunggu, kedengaran pintu bilik dikuak sebelum Chaewon menapak masuk.

"Mama!" Lantang saja si kecil memanggil.

"Hai sayang," Chaewon mengoyakkan senyuman lebar seraya duduk di ruang kosong sebelah Chaerin.

"Sini," Chaerin menepuk-nepuk tempat di sebelahnya menyuruh Chaewon berbaring di situ.

"Ya," Chaewon sudah bersedia mahu tidur di sebelah si kecil itu namun matanya tertancap ke arah Jungkook. "Eo? Papa dah tidur ke?" Soalnya.

"Haah papa tido," jawab Chaerin.

Rambut depan Jungkook mula jatuh ke muka lelaki itu. Chaewon tergelak kecil.

"Haaiihh papa kamu ni memang nak simpan rambut panjang-panjang ke? Tak reti nak potong,"

Tangan mulus Chaewon mula menyentuh rambut Jungkook sebelum diselak ke belakang. Dia tak suka rambut itu menghalang wajah tampan Jungkook dari terserlah. Setiap kali ada kesempatan, Chaewon mencuri-curi merenung wajah lelaki itu.

Sebaik saja rambut tepi diselit ke belakang telinga, tangan Chaerin dipegang oleh Jungkook langsung gadis itu tersentak.

"Memang ini kerja kau setiap kali aku tidur?" Soal Jungkook dengan mata masih terpejam.

Dia baru nak terlelap tetapi ada tangan yang menyentuh rambut membuatkan tidurnya agak terganggu.

"Err..." wajah Chaewon meruap panas sebelum dia tertawa malu. "Hehe, tak suka rambut halang muka awak,"

"Kenapa?" Kekura tangan Chaewon diusap dengan ibu jarinya, membuatkan gadis itu mula tidak keruan.

"Awak kacak, tapi rambut yang terlalu panjang buat kekacakan awak tenggelam sikit, nampak macam perempuanlah pula ehe. Apa kata awak potong... sampai atas daripada bahu?"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now