SEVEN

1.9K 227 93
                                    

I dont knowlah kenapa rajin sangat up ff ni.


Enjoy❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Enjoy❤️








Chaewon bertembung dengan Jungkook ketika dia mahu ke tandas. Lelaki itu sudah bersiap mahu keluar walhal jam baru menunjukkan pukul 6.15 pagi.

"Awal betul awak pergi kerja," tegur Chaewon. "Takkan pagi-pagi awak dah cuci bangunan?"

"Aku kerja part time di kedai masakan pagi di bawah,"

"Masakan pagi? Means kedai tu hanya jual makanan untuk orang bersarapan sajalah?"

Jungkook mengangguk. "Okeylah aku dah lambat," lelaki itu sudah membuka pintu rumah. "Oh ya," Jungkook berpaling ke arah Chaewon. "Aku ada belikan something untuk Chaerin semalam tapi lupa nak bagi kau. Ambil barang tu dalam bilik aku,"

"Ah.. okey..." Chaewon hanya mengangguk.





*****






Chaewon tergamam melihat sepasang baju bayi berwarna biru lembut. Stokin dan headband turut ada sekali.

"Bila masa dia beli?" Chaewon menyoal sendirian.

"Comelnya baju tu!" Chaewon menunjuk ke arah baju-baju yang terdapat dalam kedai menjual pakaian bayi.

Mereka sedang menunggu jalan lengang untuk menyeberang. Chaewon pula sempat lagi menilik baju-baju bayi dalam kedai di belakangnya.

Jungkook turut berpaling. Tangan kekarnya masih setia menghadang muka Chaerin dari terkena silau matahari. Anak kecil itu pula sudah terlena di dadanya.

"Geram je nak masuk," ujar Chaewon. "Tapi baru bulan lepas beli baju baru untuk Chaerin..."

"Pergilah masuk. Aku boleh tunggu di sini,"

Laju Chaewon menggeleng seraya memandang ke hadapan semula. "Tak naklah. Duit beli baju untuk Chaerin dah habis. Saya tak nak boros sesuka hati,"

Barulah Chaewon teringat. Baju yang dibeli oleh Jungkook adalah dari kedai yang dilihatnya semalam.

"Kau tunggu dalam ni dulu,"

"Eo? Awak nak ke mana?"

Tup!

Pintu sudahpun tertutup. Chaewon pun biarkan saja bayang Jungkook menghilang tanpa melihat ke mana lelaki itu pergi. Mujur Chaerin sudah ada bersamanya. Anak kecil itu masih lena dalam pangkuan Chaewon.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now