TWENTY-NINE

1.4K 179 77
                                    

Atas persetujuan bersama Tuan Jeon, Jungkook berhenti kerja sebagai pencuci bangunan dan pembantu di restoran. Dalam beberapa hari lagi, Tuan Jeon akan melantiknya sebagai The President of Jeon Holdings.

Tuan Jeon juga telah mengeluarkan berita bahawa Jeon Jungkook tidak terlibat dalam kes dadah lima tahun lepas dan menutup kes tersebut sepenuhnya.

Oleh itu, rekod jenayahnya sudah dilupuskan dengan mudah, hanya pakai duit. Ada kuasa, ada jawatan, ada harta, apa yang dimahukan semudah petik jari saja.

"Papa!" Laju Chaerin berlari bersama beg galasnya ke pintu pagar. Nampak saja papanya terus dia berlari keluar tanpa menunggu cikgunya dahulu.

"Hai Chaerin!" Jungkook tersenyum lebar seraya melambai-lambai kepada anaknya.

Kelihatan seorang cikgu perempuan datang membukakan pintu pagar tadika itu.

"Bye bye Chaerin!" Seorang kanak-kanak perempuan melambai ke arah Chaerin dari dalam tadika.

Chaerin berpaling. "Bye bye Lucy! Jumpa esok!"

"Kawan Chaerinkah?" Soal Jungkook.

"Eung! Papa, Chaerin nak papa  dukung Chaerin boleh?" Chaerin mengangkat kedua-dua tangannya.

"Yalah," Jungkook mendukung anak bertuahnya itu.

"Dah besar pun manja lagi," cikgu perempuan tadi tersengih melihat Chaerin tanpa segan silu menyuruh Jungkook mendukungnya.

"Memang pun. Dari kecil lagi dia memang manja tapi nakal budaknya," Jungkook mencuit  hidung Chaerin.

Tiba-tiba ada sebuah kereta mewah berhenti di hadapan pintu pagar, bersebelahan dengan teksi yang dinaiki oleh Jungkook. Serentak Jungkook, Chaerin dan cikgu perempua itu berpaling. Kemudian keluar seorang lelaki kacak berkemeja putih bersama seluar slack hitam.

Jungkook perasan, wajah cikgu perempuan itu terus bertukar masam tatkala menyedari lelaki itu.

"Lucy ada di dalam, nanti saya panggilkan dia," ujar cikgu itu sebelum sempat lelaki tadi bertanya.

"Papa papa," Chaerin memanggil Jungkook dengan nada berbisik. "Lelaki ni kan, dia suka dekat cikgu Siyeon. Tiap-tiap pagi Chaerin nampak dia datang suruh Lucy bagi bunga dekat cikgu tadi,"

"Amboi, pandai dia membawang ya?" Jungkook menarik hidung Chaerin sehingga kanak-kanak itu mengaduh sakit.

"Saya pergi dulu ya, cikgu. Kamsahamnida," Jungkook bow kepada cikgu Siyeon itu sebelum masuk ke dalam perut teksi semula.

Sempat Jungkook berbalas senyum dengan lelaki kacak yang masih menunggu di pagar itu. Wajah lelaki itu sangat mirip dengan rakannya, Kim Taehyung. Gaya dan penampilan saja yang berbeza jauh.






*****






"Epal warna apa?" Soal Jungkook ketika menemani Chaerin menyiap kerja rumahnya.

"Warna merah!"

"Pandai," Jungkook mencuit dagu Chaerin. "Warnakan dia,"

Chaerin mencapai batang pensel berwarna merah lalu mewarnakan gambar epal yang terdapat di dalam buku.

Jungkook banyak menghabiskan masa melayan Chaerin sementara dia masih tidak bekerja di syarikat Tuan Jeon. Dia tahu, selepas ini dia akan sibuk dan jarang dapat bersama anaknya seperti sekarang.

Wajah comel Chaerin ditenung lama tatkala kanak-kanak itu ralit mewarna. Bulat saja mata besar beriris hazel itu fokus memandang gambar epal tersebut.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now