TWELVE

1.7K 202 96
                                    

"Papa!" Terkedek-kedek Chaerin berlari mendapatkan Jungkook sebaik saja lelaki itu menapak masuk ke dalam rumah.

"Tak tidur lagi?" Soal Jungkook seraya mendukung anak kecil itu.

Chaewon datang dengan tangan menutup mulutnya yang menguap kecil.

"Tak tahulah kenapa malam ni Chaerin aktif sangat. Dari pukul 9 tadi saya tepuk dia. Tak tidur-tidur sampai sekarang,"

Jungkook tertawa kecil. "Chaerin nak jadi burung hantukah malam ni hmm?" Soalnya kepada Chaerin.

Chaerin hanya tersengih sehingga anak mata hazelnya hampir tak kelihatan disebabkan eye smile yang terbentuk pada wajah comel itu.

"Tak lama lagi dah pukul 11 malam. Chaerin kena masuk tidur tahu?"

"Nanak..." Chaerin menggeleng.

"Eo? Habis tu?"

"Nak papa..." suara Chaerin seakan merengek langsung anak kecil itu merangkul erat leher Jungkook.

"Alololo," Jungkook tersengih saja melihat perangai manja Chaerin.

"Kalau dia nakkan awak, saya dah tak boleh nak buat apa dah," ujar Chaewon. Hanya keluhan yang dilepaskan pabila anaknya ingin bersama Jungkook.

"Tak apalah, bukan selalu dia tidur lewat kan?"

"Tapi saya dah mengantuk. Esok pagi kelas saya mula pukul 8," adu Chaewon.

"Tak apalah. Kau jagakan dia sekejap sementara aku mandi then biar aku yang teman dia sampai dia tidur okey?"

"Okey," Chaewon hanya menurut.

"Chaerin-ah, papa nak mandi dulu. Chaerin duduk dengan mama sekejap ya?"

Anak kecil itupun bertukar tangan sebelum Jungkook melangkah ke bilik tidurnya.







*****







Chaewon terjaga dari tidur. Tangan menepuk-nepuk ruang di sebelahnya, kosong saja. Chaewon terus bangkit apabila menyedari Chaerin tiada dengannya.

"Mesti Jungkook bawa Chaerin tidur dengan dia," gumam Chaewon. "Hmm tak apalah,"

Chaewon berbaring semula. Mata kembali dipejam namun kantuknya sudah hilang. Beberapa minit Chaewon cuba untuk tidur tapi masih tak lena lagi, dia membuka kelopak matanya.

Terasa seperti tak boleh tidur kerana sedar Chaerin tak ada tidur di sisinya seperti selalu. Perlahan-lahan, Chaewon bangkit semula.

"Takkanlah aku nak ambil Chaerin di bilik Jungkook pula?" Soalnya.

Dia berkira-kira sama ada mahu mengambil semula Chaerin agar tidur bersamanya atau membiarkan saja. Namun, ketiadaan anak kecil itu membuatkan tidurnya tak lena.

Chaewon turun dari katil lalu menapak keluar dari biliknya. Langkah diatur dengan senyap supaya tidak mengeluarkan bunyi bising. Tombol pintu bilik Jungkook dipulas perlahan sebelum daun pintu dikuak sedikit.

Chaewon masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup rapat. Cahaya malam yang datang dari tingkap menyuluh tubuh Jungkook yang tidur membelakanginya. Lelaki itu hanya tidur beralaskan tilam saja. Chaewon tahu, bilik yang sedang digunakannya itu sebenarnya bilik asal Jungkook tapi lelaki itu berpindah ke bilik lain agar Chaewon dan Chaerin berasa lebih selesa untuk tidur dan berehat.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now