TWENTY-EIGHT

1.4K 174 97
                                    

"Jungkook-ah," panggil Chaewon tika Jungkook masih termenung di balkoni.

Jarang lelaki itu termenung lama dan bersendirian melainkan ada masalah. Sejak petang tadi, selepas Tuan Jeon datang ke rumah, Jungkook terus menjadi pendiam sehingga sekarang.

Chaewon berdiri di sisi Jungkook, kemudian memeluk lengan suaminya.

"Chaerin dah tidur?" Soal Jungkook.

"Dah. Awak tak nak tidur lagi? Esok nak kerja,"

Jungkook menggeleng kecil. Nafas dihela berat. Dia pening memikirkan tentang Tuan Jeon, papanya itu terlalu mementingkan diri. Tergamak mahu membuka semula kes palsu itu serta melibatkan anak dan isterinya jika dia tidak mahu kembali.

"Jungkook, saya rasa awak patut balik kepada keluarga awak. Papa awak takkan gesa awak begini kalau dia tak terdesak. Saya tak kisah kalau awak kembali kepada mereka, kembali ke kehidupan lama awak, asalkan awak tak lupa saya dan Chaerin di sini,"

"No no jangan cakap macam tu, kau buat aku rasa serba salah dan makin takut," Jungkook menarik Chaewon ke dalam dakapannya, memeluk tubuh kecil itu dengan erat.

Ya, itulah yang dia risaukan. Dulu dan sekarang dia terpaksa kerja lebih masa demi mencari rezeki untuk keluarga kecilnya, masa hadapan pula dia terpaksa kerja lebih masa kerana terikat dengan jawatan dan syarikat. Tidak, dia lebih rela bekerja seperti sekarang.

"Jungkook, awak niat saja awak kembali kepada mereka hanya untuk kepentingan awak. Nanti Chaerin nak sekolah pula. Sekarang dia baru masuk tadika, awak dah struggle macam apa. Dia dah bersekolah nanti entah-entah awak langsung tak balik rumah sebab cari duit, sama saja dengan awak bekerja di syarikat papa awak, tak ada masa dengan kami,"

"Awak niat, awak bekerja di syarikat, ambil jawatan itu demi anak kita. Dia nak apa-apa keperluan, nak bayar yuran sekolah, kelengkapan dia, awak dah tak perlu pening kepala lagi. Saya dah fikir masak-masak, awak patut bekerja dengan papa awak. Kerja saja, tapi awak masih tinggal di sini eung?"

Jungkook tersenyum kecil. "Betul ni?"

Chaewon mengangguk beberapa kali. "Jangan fikirkan papa awak, fikirkan Chaerin. Mana tahu, rezeki awak meluas... Kita boleh dapat anak kedua... Ketiga... hehe," Chaewon tersengih seraya menyembamkan mukanya ke dada Jungkook. Terasa malu pula meluah begitu.

"Kau nak anak berapa orang sebenarnya?"

"Awak nak berapa orang?"

Jungkook menggigit bibir bawahnya. Haaihhh soalan susah ni. Ada anak seorang, tak cukup. Nak anak ramai, takut tak larat nak menjaga pula.

"Tak tahulah," Jungkook ketawa kecil seraya mengetatkan pelukan mereka. "Tak kisah berapa orang, asal kau mampu menjaga dan mendidik mereka dengan sempurna. Ke kau pernah berangan nak anak seramai satu team bola?"

"Yahhh ramai sangat tu!" Chaewon menampar lembut belakang Jungkook.

Jungkook ketawa lagi. Habis segala yang mengusutkan kepalanya hilang begitu saja pabila berbual dengan Chaewon mengenai anak dan masa depan mereka sekeluarga.

"Chaerin selalu cerita dekat saya, kawan-kawan tadika dia dapat adik baru. Saya rasa dia pun teringin nak dapat adik juga walaupun dia tak pernah cakap..." Ujar Chaerin perlahan.

"Kau jangan nak membodek beria sangat ya sampai kata Chaerin nak adik juga? Kang kena ngap malam ni juga baru tahu,"

"Alaaaa orang cakap benda betullah!" Sekali lagi Chaewon menampar bekakang Jungkook.

Bukannya sakit pun, tangan Chaewon halus nak dibandingkan belakang suaminya yang kekar.

"Awak cium saya pun masa kahwin je. Nak ngap orang konon, ngehhh,"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now