THIRTY-NINE

1.1K 133 56
                                    













"Hi papa..." Chaerin melambai-lambai ke arah Jungkook sebaik papanya datang ke dapur.

Jungkook mengukir senyum. "Hi Chaerin, buat apa tu?"

"Susun bahan masak untuk mama..." jawab Chaerin sambil menyusun sayuran di atas meja.

"Awww rajinnya..." Jungkook membelai kepala Chaerin sebelum menghadiahkan kucupan di dahi anaknya.

Chaewon yang masih tekun menggoreng ayam didekati, kemudian Jungkook memeluk isterinya dari belakang.

"Hi sayang..." panggil Jungkook perlahan seraya mengucup pipi Chaewon sekilas.

"Hi dear, nak tolong masak juga?" balas Chaewon.

"Pun boleh..."

"Hah pergi duduk dekat Chaerin. Dia dah susun sayur, bawang apa semua awak pergi potongkan,"

"Hah papa pun nak tolong mama masak?" Chaerin pun menyampuk. "Meh sini!" kerusi di sebelahnya ditarik.

"Aish!" Chaewon mengundur ke belakang secara tiba-tiba tatkala minyak hampir terpercik ke arahnya.

"Appo!" Jungkook mengaduh bila Chaewon tak sengaja terpijak kakinya.

"Yah... pergi duduk dekat Chaerin sana..." Chaewon menolak Jungkook lembut agar pelukan lelaki itu terlerai.

"HAHAHA PAPA KENA MARAH PADAN MUKA!!" suka Chaerin mentertawakan Jungkook. Lelaki itu pun mencemik seraya mengambil tempat di sebelah Chaerin.

Pisau dan papan pemotong dicapai. Jungkook mengambil beberapa ulas bawang lalu dia membuar kerja memotongnya seperti cef profesional.

"Woah lajunya papa potong bawang!" Chaerin ternganga dengan mata besarnya membulat.

"Mestilah, papa kan pernah kerja dekat makan kenalah buat laju-laju..." ujar Jungkook seraya masukkan hirisan bawang itu ke dalam mangkuk.

"Nak buat juga boleh?"

"Eh no no no tunggu Chaerin besar sikit lagi," laju Jungkook menghalang, Chaerin pun memuncungkan mulut. 

"Sabar ya? Chaerin baru lima tahun, rajin sangat tak boleh juga..."

"Hmm yalah..." dengan pipi dikembungkan, Chaerin memerhati saja papanya membuat kerja dapur.









*****







"Selamat malam sayang..." Jungkook mengucup dahi Chaerin setelah anaknya lena dibuai mimpi.

Dia meraih tangan Chaewon sebelum meninggalkan Chaerin, kembali ke bilik tidur mereka.

"Hmm macam manalah kalau Chaerin dah ada adik nanti," Chaewon bersuara. "Sekarang pun nak tidur kena teman dulu,"

Jungkook hanya tersenyum. "Tak apa, dia akan faham sebab kawan-kawan dia pun ramai dah ada adik baru,"

"Hurmmm..." Chaewon menghelakan nafas, perutnya yang masih kempis disentuh.

"Tak ada sebarang tanda lagi?" tanya Jungkook, Chaewon menggeleng. "Hmm tunggulah lagi beberapa minggu, adalah tu nanti..."

Chaewon ditarik ke dalam pelukan, rambut isterinya dibelai penuh kasih. "I love you..."

"I love you more..." balas Chaewon. "Nanti kita dah ada anak baru, saya berpantang dan jaga anak kedua kita, tolong layan Chaerin sebanyak mana awak mampu ya? Jangan sisihkan dia..."

"Ya baiklah..." Jungkook mengangguk faham. 

Kepala isterinya dikucup lama, membiarkan kesunyian menguasai suasana antara mereka sambil Jungkook berfikir. Harapnya, kedatangan anak kedua mereka nanti adalah penguat rumah tangganya selepas Chaerin kerana Jungkook sekarang selalu risau.

Tuan Jeon langsung tidak merestui perkahwinannya bersama Chaewon biarpun ayah dan mertuanya juga saling kenal. Sanggup meracuninya agar mabuk dan tidur bersama wanita lain. Setakat ini memanglah dia selalu terselamat dari perangkap Tuan Jeon dan Ji Sunhye, akan datang?








*****







"Tahniah, seorang lagi geng kita dah kahwin!" sorak Jimin. 

"Tahniah bro," Jungkook menepuk-nepuk bahu kawannya, Kim Taehyung. 

Sanggup Jungkook ambil cuti kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan Taehyung pada hari ini walaupun diadakan secara ringkas saja. Sekadar menjemput keluarga dan sahabat rapat.

"Terima kasih Jungkook, sanggup cuti hari ni. Dahlah separuh kos untuk majlis aku kau sponsor..."

"Eh tak apa tak ada masalah bro, member nak kahwin mestilah kita kena support. Bukan aku seorang yang sponsor, kawan-kawan kita yang lain pun ada!"

"Betul!" Hoseok menepuk bahu Taehyung. "Aku bagi sikit, Jimin bagi sikit, bos pun bagi kau gaji bonus tau!"

Taehyung sekadar tersenyum, kemudian dia memandang isterinya yang sedang berbual ahli keluarga yang lain. Tak semena-mena, senyumannya memudar.

"Eh Taehyung, kau kenapa?" tegur Jimin.

"Aniya," Taehyung menggeleng perlahan. "Aku cuma kasihan, dekat isteri aku. Aku dahlah orang susah..."

"Eh tak apa duh, asal kau bagi dia makan minum cukup, barang dapur, air, elektrik tak pernah putus, dah okey dah..." Hoseok cuba menenangkan Taehyung.

"Taehyung, asal kau kerja keras dan beri kasih sayang kau dengan cukup... Hidup susah pun boleh bahagia, asalkan isteri kau memahami..." Jungkook memberi nasihat. "Semuanya baik-baik saja jika dia mampu teruskan hidup dengan kau,"

"Itulah yang aku risaukan..." ujar Taehyung, nafas dihela panjang sebelum dia memerhatikan isterinya buat kali kedua.








*****







"Sekali lagi kamu buat perangai macam ni, papa tarik elaun kamu!" marah Tuan Jeon, Jungkook hanya beriak selamba.

Nak tarik, tariklah. Elaun yang dia dapat selama ini memang tak pernah berusik.

"Kook takkan ambil cuti saja-saja. Okey, Kook minta maaf sebab cuti untuk perkara yang tak dikira darurat. Tarik elaun Kook untuk bulan ni dan beri kepada Sunhye kalau papa nak, Kook tak kisah. Dia kan selalu buat kerja untuk Kook,"

Tuan Jeon melepaskan dengusan kasar. "Jangan sampai papa tarik semua duit kamu, kamu kerja tak bergaji nanti..."

"Tak baik buruk siku dan sesuka hati tarik rezeki orang..." selamba Jungkook memerli ayahnya membuatkan Tuan Jeon kaku.

"Dasar anak kurang ajar, tak kenang budi..." cemuh Tuan Jeon seraya membuka langkah, meninggalkan anak bongsunya.

"Dasar buang ludah jilat balik..." balas Jungkook dengan nada perlahan. Sabo jelah.









#abaikantypo

[13 April 2021 : 1.50 pm]

50 pm]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now