SEVENTEEN

1.7K 207 62
                                    

Tilam milik Jungkook dibentangkan di ruang tamu. Toto juga diletakkan di atasnya agar lebih tebal tempat tidur mereka.

"Yahh!" Chaerin naik ke atas tilam itu seraya melompat-lompat dengan riang.

"Awak ingat tilam ni ada spring ke boleh melantun-lantun?" Chaewon menggeleng-geleng saja melihat keletah anaknya.

Jungkook tersengih. "Dia ingat tilam ni sama dengan tilam di bilik kau, ada spring,"

Tilam yang digunakan Jungkook hanya tilam nipis yang boleh dilipat dua jika mahu tidur sendirian. Tak seperti yang terdapat dalam bilik yang Chaewon gunakan. Tebal dan empuk.

Chaewon hanya tersenyum tipis. Itu bukan biliknya, itu bilik Jungkook yang diberikan kepadanya untuk keselesaan dia dan Chaerin saja.

"Mama," Chaerin duduk di tengah-tengah tilam itu seraya menepuk tempat di sebelah kanannya.

"Chaerin nak mama tidur di situ?"

Chaerin mengangguk-angguk.

"Baik," Chaewon pun berbaring di sebelah kanan Chaerin.

"Papa," Chaerin menepuk di sebelah kirinya pula menyuruh Jungkook tidur di situ.

Jungkook hanya menurut. Dia mengambil tempat di sebelah kiri Chaerin seraya mencapai selimut. "Chaerin nak selimut?"

"Nak," Chaerin terus merebahkan tubuhnya. Susu yang masih berada di tangan diminum.

Jungkook pun membuka lipatan selimut tersebut seraya menghamparkannya sehingga menutupi tubuh Chaewon juga.

Tengok-tengok Chaerin hanya menampakkan kepala saja disebabkan selimut itu melindungi seluruh badannya. Jungkook menurunkan sedikit selimut itu sehingga ke paras dada Chaerin. Walaupun sekadar selimut nipis namun cukup membuatkan mereka bertiga selesa.

"Mama," Chaerin menghulurkan botol susu yang sudah kosong kepada Chaewon.

Chaewon meletakkannya ke tepi. "Sekarang Chaerin tidur ya. Mama papa dah ada sebelah di Chaerin. Tak ada alasan lagi tak mahu tidur tahu?"

"Hehe," Chaerin tersengih.

Chaerin menarik tangan Chaewon agar memeluk tubuh montelnya.

"Tak perlu ada bantak peluklah macam ni," Chaewon memeluk anaknya lebih erat.

"Papa..." Chaerin menarik tangan Jungkook pula.

"Eo?" Jungkook agak terperanjat tatkala tangannya diletakkan di atas lengan Chaewon yang melingkari tubuh si kecil itu.

Chaewon menggigit bibir bawahnya. Budak ni, kecil-kecil lagi suruh orang bersweet. Tangannya yang ingin menggeletar itu cuba ditahan sebelum Jungkook perasan.

"Papa..." Chaerin merengek kerana Jungkook tidak berbaring rapat dengannya.

"Papa dah peluk kan. Chaerin nak apa lagi?"

"Ini... (Sini)" Chaerin menepuk tilam betul-betul di sisinya.

Jungkook menghelakan nafas seraga mengesot merapati Chaerin. Tak semena-mena jarak kepalanya dengan Chaewon agak dekat kerana Chaerin berbaring bawah sedikit daripada mereka.

Tak keruan Chaewon dibuatnya. Mahu menutup rasa gugup, Chaewon memejamkan mata.

Melihatkan Chaewon seperti tidak selesa, Jungkook mengalihkan tangannya dari terus berada di lengan gadis itu dan memeluk tubuh Chaerin bawah sedikit dari tangan Chaewon.

Rasa gugup yang menghantui diri Chaewon hilang sedikit setelah Jungkook mengalihkan tangannya.

"Mama.. papa... Nak puk(tepuk)..."

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now