ONE

3.2K 270 71
                                    

A/N :

Satu lagi note untuk korang. First chapter takkan menceritakan bagaimana Jungkook dan Chaewon boleh dibuang oleh keluarga masing-masing. Jadi, chapter yang akan datang baru ada means ada flashbacklah nanti.

Ingat, sila baca dengan teliti dan jangan skip any scenes. Cerita ni mana ada scene rated 17+ nk skip-skip🌚

Enjoy💜✨









"Woi sundal, tepi sikit!"

Tubuh kecil Chaewon ditolak kasar sehingga gadis itu terkeluar dari barisan. Dengan selamba, siswi yang menolaknya tadi mengambil tempatnya lalu barisan itu disambung oleh orang lain.

Chaewon tidak berbuat apa-apa. Dia berjalan saja ke barisan paling belakang dan beratur di situ.

Seorang siswi di hadapannya berpaling. "Eo? Bukan kau ni dah ada di depan ke?"

Chaewon hanya tersenyum tipis bersama gelengan kecil.

"Sundal patut berada di belakang," kata sahabat kepada siswi itu. Pandangan jelek dihadiahkan kepada Chaewon yang diam membisu.

Perut sudah bergendang minta diisi. Chaewon memeluk tubuhnya yang mula menggigil kecil.

"Sabar, sekejap lagi saya makan," Chaewon berbisik perlahan seolah-oleh bercakap dengan perutnya. Perutnya tak boleh menahan lapar terlalu lama, tubuhnya akan menggigil.








*****






Tempat menunggu bas dipenuhi oleh pelajar-pelajar universiti pada petang itu. Namun, bangku di situ hanya dua orang saja yang duduk.

Han Chaewon dan seorang gadis nerd sama bidang dengannya. Itupun gadis berkaca mata besar itu duduk di hujung bangku, mengadakan jarak yang jauh dengannya.

Ya, Han Chaewon amat dibenci oleh orang sekeliling kerana 'dosanya'. Baik pelajar mahupun pensyarah, semua memandang serong kepada gadis itu.

"Aku letihlah berdiri lama-lama ni!" Rungut seorang siswi sambil mengelap peluhnya yang mula merenik di dahi akibat panas.

"Hoi sundal! Disebabkan kau duduk di situ, semua orang tak boleh duduk. Siapa nak duduk dengan perempuan sundal macam kau hah? Blahlah kau!"

Sekali lagi tubuh Chaewon ditolak pada hari itu menyebabkan dia tersembam ke bawah. Cepat saja bangku itu dipenuhi oleh siswa-siswi yang tiada belas kasihan terhadapnya.

Gadis nerd tadi mula berasa tak selesa lalu bangun dari tempatnya. Dengan buku penuh di tangan, dia mendekati Chaewon. Sebelah tangan dihulur mahu membantu Chaewon bangun. Gadis itu meraih tangannya lalu bangkit semula.

"Terima kasih," Chaewon bow bersama senyuman kecil kepada gadis berkaca mata besar itu.

"Sama-sama. Dalam bas nanti kita duduk bersama ya? Kaja kita tunggu di sana," tangan Chaewon ditarik lembut.






*****






Matahari yang sedang terbenam direnung kosong oleh Chaewon. Setiap kali senja, dia akan termenung seorang diri di pangkin rumah Ahjumma Ryu, wanita sekitar 50-an yang memberi tumpang kepadanya tinggal di situ sejak dia dibuang oleh keluarga.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now