Bab 1 √

49.5K 2.3K 238
                                    

"Good morning mama, papa!" Laung Qaireen Zenia agak kuat. Dia juga terus mencium kedua ibu bapanya itu riang.

"Amboi kau ni dik. Mama dengan papa je kau wish good morning? Abang abang kau ni tak wish?" Kata salah seorang abang gadis itu.

"Alah along ni, takkan tu pun nak merajuk? Hehe good morning abang-abangku yang tersayanggg"

"Good morning adik angah yang cantik." Balas abang kedua gadis itu iaitu Qarizh Zayyan.

Qafeel Ziyad pula hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah adik bongsunya itu. Qafeel Ziyad ialah anak pertama di dalam keluar itu. Kacak, dan berkerjaya sama seperti adik-adiknya yang lain termasukan Qaireen Zenia.

"Dah Reen. Sini duduk, kita breakfast sekali" Kata Encik Hamidi kepada anak perempuan kesayangannya itu.

"Reen.. Bila Reen start kerja dekat hospital tu?" Tanya puan Nadirah kepada anak perempuannya itu.

"Hmmm.. isnin minggu depan mama. Kenapa?" Tanya Qaireen semula.

"Ohh takde apa. Mama saja tanya. Nanti dah kerja, kerja elok-elok tau. Bukan senang kan Reen nak capai cita-cita Reen ni?" Pesan puan Nadirah lembut.

"Okay mama! Reen janji Reen akan kerja elok-elok okay? Mama don't worry hehe" Kata Qaireen sambil kepalanya diletakkan sebentar di bahu puan Nadirah.

"Eh, mengada betul kau ni kan dik?" usik Qafeel Ziyad.

"Ey! Suka hati adik lah. Along cemburu la tu" Jeling Qaireen kepada abangnya itu.

Qafeel Ziyad hanya tergelak nipis mendengar balasan dari adik kesayangannya itu. Mana lah tak sayang, Qaireen tu sorang je princess dalam rumah ni.

"Mama, papa. Adik nak keluar dengan kawan-kawan adik harini boleh? Saja nak lepak dekat mall. Nak hilangkan rindu dekat mereka hehe" Ucap Qaireen sambil tersengih-sengih.

"Hmm pergi lah. Hati-hati. Jangan balik lambat pulak" Pesan Encik Hamidi.

"Alright boss. Reen janji tak balik lewat"

"Kalau adik balik lewat, siap adik ye." Gertak Qarizh Zayyan.

"Yeee angah. Adik balik awal. Jangan risaukan adikmu yang cantik ini" Kata Qaireen meleret.

Qarizh Zayyan hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

Selepas siap sahaja mereka bersarapan, Qaireen terus sahaja mengemas meja makan itu sehingga bersih. Setelah selesai, dia naik dan masuk ke dalam biliknya untuk mengemas dirinya. Sebentar lagi dia ingin berjumpa dengan sahabat-sahabatnya, jadi siap awal awal jelah. Nanti lambat kena bebel pula.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Qaireen berjalan masuk ke dalam kereta mini cooper miliknya. Kereta itu adalah hadiah dari familynya kerana dia dapat mencapai cita-cita yang dia inginkan dengan cemerlang.

"Mama, adik pergi dulu tau!" Kata Qaireen sambil tangannya melambai-lambai puan Nadirah.

"Hati-hati drive Reen!" Pesan puan Nadirah.

Setelah hampir 30 minit perjalanan ke Mall dan akhirnya Qaireen sampai di destinasinya. Tangannya mengambil telefon pintarnya untuk menelefon rakan-rakannya.

"Hello Reen?" Sapa orang di sebelah sana.

"Feeya! Kau dah sampai ke dekat mall?" Tanya Qaireen kepada sahabatnya yang bernama Afeeya Nadeera.

"Dah Reen. Izyan dengan Anna pun dah sampai ni. Kami tunggu kau dekat starbucks dalam mall ni tau?"

"Alright babe. Kejap lagi aku jumpa korang. Bye!" Kata Qaireen lalu mematikan taliannya.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now