Bab 32 √

12.2K 913 400
                                    

Cameron Highland.

Akhirnya, pasangan sejoli itu sampai jua di destinasi mereka. Mereka tidak check in ke hotel dulu sebab Adyan ingin membawa isterinya berjalan-jalan. Nak dating terus katanya.

Kena dating awal lepasni mana tahu tak boleh dating berdua dah HEHEEHE

Seusai Adyan memakirkan keretanya, Qaireen terus berlari keluar.

"Wahhhhhh.. bestnya dah sampai" jerit Qaireen dengan nada yang sangat teruja.

Dia terlompat-lompat macam kanak-kanak ribena. Adyan gelengkan kepalanya dan tersengih. Geli hati pula tengok isteri dia berperwatakan macam budak 10 tahun.

"Easy my wife. Let's drink some tea. Since we are at Boh Tea Garden." Ajak Adyan seraya memaut bahu Qaireen. Senang saja nak paut sebab isteri dia lagi pendek darinya. Qaireen mengangguk sambil tersengih.

Mereka berdua menikmati teh dan dessert yang dipesan Adyan sebentar tadi. Mereka lebih rasa nyaman sambil makan dijamu pula dengan pemandangan yang sungguh cantik. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu lembut wajah mereka. Dingin semakin terasa kerana cuaca yang agak redup.

Qaireen memeluk tubuhnya, dia lupa nak pakai jacketnya. Adyan yang perasan isterinya yang kesejukan itu terus dipeluknya.

"Tadi abang suruh pakai jaket tak nak. Konon kata sejuk dekat Cameron sini biasa je. Tengok-tengok dia dah gigil. Apa hal ni sis? Sembang kosong eh awak.." usik Adyan seraya mengeratkan lagi pelukannya. Memandangkan tubuh Qaireen yang ramping itu, Adyan dapat la kongsi jaket dia dengan isterinya.

Qaireen menjeling Adyan dan mencebik.

"Bro ni memang berlagak gak gak macam gagak eh. Kalau tak nak peluk, tak payah la peluk. Sibuk je." Ujar Qaireen dengan nada merajuk.

Adyan tertawa kecil kemudian dia menarik isterinya bangun beredar dari situ. Kalau layan isterinya punya merajuk, memang satu tempat jela dapat singgah.

Mereka perlu ke destinasi seterusnya. Adyan memandu keretanya. Mereka tidak membuka air-cond sebab angin dari luar dah sejuk. Tanpa Adyan sedar, rambut isterinya hampir jadi seperti mak lampir.

"Pftt sayang. Your hair. Kita dah nak sampai ni. Better prepare yourself. Rambut tu kemaskan." Sempat lagi Adyan ketawakannya.

Qaireen pun terkejut tengok rambutnya yang dah serabai, ini semua sebab dia terlalu syok menikmati angin.

Akhirnya, mereka tiba di Lavender Farm. Seusai membeli tiket, mereka terus masuk ke dalam. Baru saja beberapa langkah masuk, Qaireen dah tarik Adyan berjalan dengan lebih laju. Adyan terus memandang ke depan. Tahu sangat lah apa yang menarik perhatian isterinya.

Aiskrim.

"Cik. Bagi kami aiskrim lavender ni. Okay thanks. Nah duit" ujar Qaireen selepas selesai membayar. Kemudian, dia berjalan mendekati Adyan sambil memegang dua kon aiskrim purple di tangannya.

"Here's your ice cream husband." Qaireen hulurkannya pada Adyan.

Mula-mula Adyan geleng kepala tak nak, bila isteri dia dah paksa, dia terima lah juga. Demi isteri sanggup dia makan benda manis.

"Thank you so much isteriku. You know i hate sweets but i will eat this for you though. Last tau. Jangan paksa abang lagi" ujar Adyan pada isterinya seraya mengusap kepala Qaireen.

"Okayy abang. Jom kita ambil gambar banyak-banyak. Buat video sekali. Kita kena create kenangan." Adyan sudah mula buat muka malasnya, Qaireen dan selfie berpisah tiada.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now