Bab 21 √

14.7K 1K 313
                                    

Hari berganti hari, kini Adyan Hayder sampai ke KLIA pada jam 4 petang. Rasa teruja dia balik ke Malaysia harini sebab tak sabar nak berjumpa dengan isterinya, Qaireen Zenia.

Setiap hari semasa di luar negara, tidak pernah sehari pun mereka tidak bervideo call. Itu jelah cara yang dapat menghubungkan mereka berdua.

"Bro.. Kau balik dengan aku kan?" Tanya Adam Qaiser. Yelah, si Adyan ni beria tak nak Qaireen jemput dia. Nak buat surprise kononnya.

"Haah, tapi sebelum kau hantar aku balik. Kita singgah kedai bunga jab. Boleh tak?"

"Wahhhh... ini ke Tengku Adyan Hayder yang aku kenal? Pergi kedai bunga? Sejak bila ni bro?!" Usik Adam sambil tergelak-gelak.

Adyan yang berada di sebelah hanya tersenyum. Entah. Dia sendiri tak tahu sejak bila dia jadi macam ni. Tapi yang pasti, dia jadi macam ni hanya disebabkan isteri comelnya itu.

"Sibuk lah kau. Jom lah. Nanti aku lambat pula pergi jemput isteri aku balik kerja" Terus Adyan berjalan meninggalkan Adam dibelakang. Masih lagi tergelak-gelak budak tu.

"Tak sangka eh, Adyan Hayder yang aku kenal dingin, susah nak bergurau, apatah lagi beli bunga tapi sekarang disebabkan seorang wanita yang bergelar isteri, dia terus berubah macam ni eh" Masih galak Adam mengusik.

"Itu bezanya isteri aku dengan para girlfriend kau tu bro" Dengan selamba Adyan berkata.

Tersentap.

"Mereka tu bukan girlfriend aku gila! Kawan je!" Jawab Adam bengang. Banyak kali dah cakap, perempuan-perempuan tu semua kawan dia je. Kawan masa bosan.

Adyan memekakkan telinga mendengar bebelan sahabatnya itu.

Setelah tiba di tempat parkir kereta, Adyan terus masuk ke dalam perut kereta milik Adam tanpa segan silu. Biasalah, macam ni perangai sahabat sebenar kan?

"Kita singgah kedai bunga kawan isteri kau la eh. Dekat sikit dengan airport ni" Cadang Adam sambil tangannya lincah menukar gear keretanya.

"Okay. Aku tak kesah. Janji kedai bunga" Apa yang dia nak sekarang ni, dia nak jumpa isteri dia je. tak nak tahu benda lain dah.

Selama 20 minit perjalanan, akhirnya kereta yang dipandu oleh Adam Qaiser berhenti di hadapan kedai bunga milik Izyan dan Afeeya.

"Jom teman aku masuk Dam" Ajak Adyan. Segan pula dia nak masuk sorang-sorang. Lagipun mana dia tahu tentang bunga-bunga ni.

"Ehh kau yang nak beli apahal ajak aku pulak?"

"Alah jom jelah. Aku mana tahu pasal bunga-bunga ni." Terus menerus Adyan memaksa sahabatnya itu.

Dengan muka sebal, Adam turut keluar dari kereta miliknya itu. Nasib baik kawan, kalau tak memang dia dah tinggalkan di Adyan ni dekat sini. Balik lah kau sorang-sorang.

Rasain lo!

Kedua-dua jejaka itu masuk ke dalam kedai bunga milik Izyan dan Afeeya itu.

Feeyaz Floral.

Ting tong!

Loceng yang berbunyi itu menyentakkan kedua-dua wanita yang sedang santai berbual itu. Izyan Imani dan Afeeya Nadeera.

"Hai selamat datang" Sapa Izyan Imani. Masih lagi tidak dapat mengenalpasti siapa pelanggan mereka itu.

"Hai" Adam mula membalas sapaan Izyan sambil tersenyum.

"Eh! Awak ni---"

"Eh? Encik Adyan? Encik Adam?" Sapa Afeeya seraya mematikan kata-kata Izyan sebentar tadi.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now