Bab 22 √

16.3K 1K 154
                                    

Pada hari itu, Qaireen dan Adyan berada di rumah saja. Mereka berdua akan meluangkan masa bersama. Malam baru mereka akan bergerak ke Pulau Langkawi bersama ahli keluarga yang lain.

Selepas subuh tadi, Qaireen tidak sambung berehat, hanya Adyan saja. Suaminya mahu berehat katanya.

"Abang. Reen turun dulu ya. Nak buat sarapan. Nanti Reen kejut abang" kata Qaireen pada Adyan yang sedang tidur.

"Hmmm" gumam Adyan dalam tidurnya.

Qaireen gelengkan kepalanya saja. Memang kalau Adyan balik kerja, berhari-hari dia berehat. Mahu lunaskan hutang tidur agaknya.

Qaireen terus turun ke dapur dan dia mengeluarkan bahan-bahan untuk buat pancake. Ringkas saja kerana Adyan tak berapa suka nak makan berat pada waktu pagi. Perut suaminya itu sensitif sikit. Lagi-lagi waktu pagi, suka sangat meragam.

Setelah bertungkus-lumus di dapur, pancake yang Qaireen buat telah pun siap. Tinggal suaminya turun dan makan.

Jam di dapur dikerling. Lagi 15 minit nak pukul 8 pagi.

Qaireen bergegas menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik tidur mereka. Dia mendekati Adyan yang sedang nyenyak tidur. Qaireen duduk di birai katil. Wajah Adyan ditilik sepenuhnya.

Qaireen tersenyum nipis. Wajah beku Adyan nampak innocent sangat bila tidur. Kalau di luar rumah, memang suaminya tunjuk muka bengis dia tu je. Nak senyum pun susah.

Depan Qaireen saja, dia murah dengan senyuman. Sebab Adyan kata senyuman dia ni terlalu manis takut gadis-gadis di luar sana tergoda. Ceh poyo je suami dia tu. Omel Qaireen dalam hati.

Berani perempuan dekat luar sana nak tergoda dengan suami saya?!

Qaireen mengusap lembut ubun-ubun Adyan.

"Adyan Hayder sayanggg. Bangunlah. Kita sarapan sama-sama" kata Qaireen dengan nada lembut tetapi Adyan masih lagi tidak bangun dari tidurnya.

Haish. Cara lembut pun tak berkesan. Kena guna cara kasar ke? Bibir Qaireen tersenyum jahat. Hehehe. Sorry sayang terpaksa.

"Abang!!! Abang!! Rumah kita bang. Rumah kita terbakar." Jerit Qaireen dengan nada cemas.

Adyan terus mencelikkan matanya. Dia agak terpinga-pinga bila dengar jeritan Qaireen. Dengan rambut kusutnya, dia terus bangun dari katil.

"Haaa sayang? Mana api tu? Sayang lupa tutup api dapur ke? Sayang--" Adyan sudah cuak dan dia berjalan untuk keluar dari bilik.

"HAHAHAHAAHAHHA Abang!! I'm just kidding" tawa Qaireen sambil menghalang laluan Adyan. Muka Qaireen yang merah ketawa dipandang. Dahinya berkerut.

"What do you mean just kidding huh? Jangan main prank macam ni lagi. Bahaya lah flower. Haih" ujar Adyan dengan nada tidak puas hati. Rambutnya dikuak kasar. Matanya masih lagi pandang isterinya dengan tajam.

"Sorry abang. Saja nak gurau gurau. Abang tu susah sangat nak bangun. Reen kenakan lah abang tadi. Reen janji akan buat lagi eh tak tak. Tak buat dah" ujar Qaireen berselang dengan tawanya yang masih belum reda.

"Ya Allah isteri siapa ni suka sangat kenakan orang. Dia ni kan--"

"Isteri Tengku Adyan Hayder lah. Siapa lagi? Hahahaha isteri paling bertuah dan nakal sebab prank suami dia." Adyan mengangkat kening sebelahnya dan tersenyum senget.

"Ish janganlah marah marah sayang. Jom breakfast. Reen dah buat pancake tau. Abang pergi mandi dulu pastu turun tau. Reen tunggu dekat bawah." Kata Qaireen seraya berjalan ke pintu untuk keluar.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now