Bab 36 √

13.2K 1K 910
                                    

Matahari pagi masuk ke dalam ruangan bilik tidur Qaireen dan juga Adyan. Pagi yang indah. Cuaca pula agak mendung. Macam nak hujan. Patutlah sejuk semacam.

Adyan terjaga dari tidurnya. Selepas subuh tadi, dia tertidur semula akibat penat yang teramat sangat.

Qaireen pula sudah lama bangun untuk menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Marah marah pun, breakfast kena buat okay.

"Sayangg..." Adyan memeluk Qaireen dari belakang apabila dia melihat sahaja Qaireen yang sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur itu.

Qaireen hanya membiarkan tanpa membalas sapaan suaminya itu.

"Sayang marah lagi?" Tanya Adyan.

Diam.

"I'm so sorry baby. Abang tak sengaja tak call sayang seharian tu. Abang betul-betul busy"

"Busy?" Tanya Qaireen sambil tersenyum sinis. Still lagi tak nak bagitahu yang dia jadi tour guide yang tidak berbayar untuk Afeeya dan Alanna.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"Abang busy sangat hari tu. Sorry sayangg" Sekali lagi Adyan meminta maaf.

Qaireen meleraikan pelukan sang suami dan terus melangkah pergi meninggalkan Adyan di dapur. Tapi sebelum itu, sempat dia berpesan.

"Makan la sarapan tu. Nanti sejuk pula" Dan terus dia melangkah pergi untuk ke ruang tamu.

Adyan mengeluh. Dipandang sahaja makanan yang sudah tersedia di atas meja itu. selalunya dia dan Qaireen yang akan sarapan bersama-sama tapi kalini dia sorang je? Nasib kau lah Adyan.

Selesai bersarapan, Adyan terus naik ke bilik kerja untuk menyiapkan kerjanya sedikit. Kejap lagi baru dia akan sambung pujuk isteri semula.

*****

"So kamu berdua okay kan majlis pertunangan kamu akan dilaksanakan 2 bulan akan datang?" Tanya Puan Maisarah, ibu kepada Izyan Imani.

"Boleh aunty, saya tak kesah" Jawab Carl Syafiq. Hari ni dia ikut Izyan balik ke rumah family wanita itu.

"Barang-barang tunang semua dah siap Izyan?" Tanya puan Maisarah kepada anak tunggalnya itu.

"Dah ibu. Semua Izyan dan Carl dah siapkan. Family Carl pun ada tolong juga"

Puan Maisarah menganggukkan kepalanya.

"Bagus lah macam tu. Ni lepas ni nak pergi mana pula?"

"Carl nak bawa Izyan pergi cari baju untuk tunang aunty. Hari tu cari tapi Izyan tak berkenan pula" Kata Carl Syafiq pula.

"Izyan ni memang. Cerewet je lebih" Kutuk puan Maisarah kepada anaknya itu.

Carl Syafiq tergelak kecil melihat muka cemberut bakal tunangnya itu apabila dia dikutuk sedemikian rupa.

"Ibu ni tak baik lah kata Izyan macam tu" Memuncung terus mulut Izyan.

"Benda betul, buat apa ibu nak tipu. Carl sendiri pun tahu kan perangai cerewet si Izyan ni kan?" Tanya puan Maisarah kepada lelaki itu.

"Betul aunty"

Mendengar Carl Syafiq menyokong ibunya, Izyan terus menjeling tajam bakal tunangnya itu. Nanti ada yang tak jadi tunang ni kang.

Carl Syafiq hanya tersengih melihat jelingan tajam Izyan itu. Baginya jelingan itu jelingan paling menggoda yang Izyan pernah berikan padanya.

Ahaks!

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now