Bab 65 √

21.1K 1.2K 418
                                    

5 hari lepas, Qaireen sudah dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor Kasyaf.

Disebabkan Qaireen mahu tangguhkan pembedahan diataskan sebab itu, doktor Kasyaf berikan kebenaran. Bukanlah doktor Kasyaf mahukan Qaireen membuat pembedahan dengan cepat, Qaireen masih lagi ada masa memandangkan kansernya berada di stage 3 tetapi jika dibuat dengan cepat pembedahan itu, lebih senang lah Qaireen untuk membuat treatment selepas dia dibedah nanti.

Hari ini, hari yang paling bermakna bagi Qaireen dan juga Adyan. Sekali lagi, mereka akan kembali diijabkabulkan.

Persiapan dibuat dengan ringkas. Buat apa nak besar-besar kan? Bukannya first time kahwin. Jiran pun diajak jiran-jiran yang dekat sahaja. Sanak saudara turut sama dijemput untuk memeriahkan majlis yang sederhana itu.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah.." Syukur tengku Dariah apabila anak lelakinya dan Qaireen selamat diijabkabulkan semula.

Dalam erti kata lain, kini, Adyan dan Qaireen sudah sah bergelar suami isteri kembali.

Adyan memandang ke arah Qaireen sambil tersenyum.

Bahagia? Sudah tentu dia dan Qaireen bahagia. Tetapi, Adyan lah orang paling bahagia.

"Sarungkan cincin dekat Qaireen, Yan" Pinta tengku Dariah.

Adyan menganggukkan kepalanya dan terus dia duduk berhadapan dengan Qaireen, isterinya.

Cincin yang bertakhtakan permata itu diambil dan disarungkan di jari manis Qaireen.

"Thanks sebab sudi terima abang semula" Bisik Adyan perlahan selepas dia mencium dahi Qaireen.

Qaireen tersenyum.

"Terima kasih juga sebab tak pernah putus asa dengan Reen" Balas Qaireen sambil mencium tangan Adyan.

"Yeay Aiyana! Mommy dengan daddy awak dah boleh sentuh-sentuh!" Kata Adam teruja sambil mendukung puteri kecil Adyan dan juga Qaireen.

Adyan tersenyum, Qaireen pula sudah malu apabila mendengar kata-kata itu.

"Tahniah Reen, Adyan" Kata Afeeya dan juga Izyan. Mereka berdua terus memeluk Qaireen. Erat.

"Thanks tau Feeya, Izyan. Korang berdua selalu ada dengan aku" Qaireen membalas pelukan kedua sahabatnya itu.

"Mestilah. Kita kan sahabat. Susah senang kita bersama. Okay?" Balas Izyan.

Qaireen dan Afeeya menganggukkan kepalanya.

Hilang seorang kawan yang sudah dianggap sebagai sahabat bukan bermakna mereka akan berpecah.

Rahmat Allah bila kita tahu perangai sebenar seseorang itu.

"Congrats bro." Kata kawan-kawan Adyan pula.

Adyan tersenyum.

"Thanks bro. Terima kasih juga sebab banyak tolong aku dengan Reen uruskan majlis ni" Kata Adyan ikhlas. Dia mengambil Aiyana dari dukungan Adam itu.

Baru beberapa saat Adyan mengambil anaknya, Aiyana menangis. Tangannya dikapai-kapaikan ke arah Adam.

Ha sudah! Jangan buat hal Aiyana. Uncle Adam tu playboy tersohor.

Adam yang mendengar Aiyana menangis itu tersenyum bangga.

"See bro? Anak kau suka aku" Kata Adam sambil mengambil kembali Aiyana dari dukungan Adyan.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now