Bab 4 √

27.6K 1.7K 219
                                    

KLIA, Malaysia.

"Broo... flight kita pukul berapa eh?" Tanya Adam Qaiser pada Adyan Hayder di sebelahnya.

Adyan Hayder menjongketkan sebelah keningnya dan buat muka toya dia. Adam ni boleh tahan pelupa ye. Omelnya.

"Kau ni waktu kerja pun lupa. Kau dengan aku bawa airbus arini. Pukul 8 pagi nanti. Sekarang dah pukul 7.30. Nak kena report ke Adam?" ugut Adyan Hayder pada Adam.

"Ish kau ni. Aku tanya je. Itu pun nak marah. Eee kau tak boleh ada isteri garang garang macam ni, lari isteri kau. Hahahaha single la kau sampai--"

Papp!!

Satu ketukan di belakang kepala Adam diberikan oleh Adyan.

"Sakitlah gila! Aduh, aku gurau je bang. Haishh" kata Adam dengan nada merajuk.

"Aku malas layan kau. Banyak ragam. Dah jom la siap siap" ajak Adyan sambil menarik bagasi beroda mereka. Mereka segak berpakaian uniform sebagai pilot. Fuh hensem!! Mata mata yang memandang tidak lepas melihat dua jejaka yang sedang berjalan.

Di suatu sudut lain Lapangan terbang Kuala Lumpur itu, terlihat dua orang adik beradik yang baru sahaja keluar dari perut kereta.

"Qaireen... ambil bagasi along dekat seat belakang kereta. Bawak keluar. Along nak pakai tie jap." Kata abangnya Qafeel Ziyad sambil melihat cermin di keretanya.

Qaireen hanya menurut dan merengus kecil. Dekat rumah tadi tak nak pakai tie, ni dah sampai KLIA baru nak pakai. Mengada betul. Dah la aku yang kena hantar dia pergi outstation. Kejap lagi kena masuk kerja balik. Eee along niiii!! Rungutnya sendirian.

Qaireen membawa keluar bagasi beroda abangnya. Eee berat macam batu. Dia bawa apa je ni nak pergi outstation. Menyusahkan adik dia je tau. Kesian kita tau kena buli dengan along ni. Qaireen masih merungut.

"Ehh ingat along tak dengar ke adik tu asyik merungut. Dah jom masuk. Flight abang pukul 8 ni.. jangan bazirkan masa along." Kata Qafeel pada adiknya. Dia terus menarik bagasi berodanya manakala Qaireen membawa beg kecil yang lain.

Sedang dua jejaka tampan itu berjalan, mereka ternampak seseorang yang amat dikenali.

Qafeel Ziyad?

Adam Qaiser terus menegur Qafeel bersama seorang gadis di sebelahnya yang berselisih dengan mereka.

"Qafeel!!" Panggil Adam Qaiser dengan sedikit kuat.

Qafeel dan Qaireen turut menoleh ke arah dua jejaka segak itu. Qaireen memandang mereka berdua dari atas ke bawah.. macam kenal mamat yang seorang ni. Qaireen mengerutkan dahinya cuba mengingati wajah lelaki dingin di depannya.

"Adam! eh Adyan pun ada. Kauorang ada flight eh harini?" Tanya Qafeel pada mereka berdua. Sebenarnya mereka bertiga itu sudah berkawan lama. Kira rapat la. Itu sebab Adam tegur Qafeel. Qafeel pun layan kawan rapatnya.

"Haah kami berdua yang bawa. Kau ada nak pergi mana ke Qafeel?" Tanya Adyan pula.

"Ada.. aku nak pergi outstation hari ni. Tu sebab orang sebelah ni hantar aku." Qafeel memandang adiknya Qaireen yang sedari tadi hanya membisukan diri.

Qaireen menjeling tajam alongnya yang mengusiknya di depan kawannya.

"Ooo orang sebelah ni siapa? Girlfriend ke?" Tanya Adam dengan senyuman manis. Adyan yang di sebelahnya sudah memandang tajam Qaireen.

Apabila Qaireen membalas pandangannya, barula dia acah menoleh ke arah lain. Qaireen pula hanya menjeling saja Adyan.

Dah kenapa pandang pandang. Cucuk kang mata tu. Omel Qaireen Zenia.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now