Bab 7 √

25.1K 1.6K 607
                                    

Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

"Bro? Dah bersedia?" Tanya Adam Qaiser kepada sahabatnya itu.

Dalam masa satu jam sahaja lagi, Tengku Adyan Hayder akan menjadi seorang suami kepada adik kepada kawannya itu.

"Berdebar doh. Memang macam ni ke gaya orang nak salam tangan tok kadi?" Ujar Adyan Hayder gementar.

Adam Qaiser dan rakan-rakannya yang lain sudah bantai tergelak. Aduh! Muka je dingin, tapi dalam hati penakut.

"Rilek Yan.. Everything gonna be okay" Ahmad Dayyan cuba memberi kata-kata semangat buat sahabatnya itu.

"Jangan gelabah Yan. Kau jangan sampai salah sebut nama perempuan lain pulak nanti masa lafaz akad" Usik Carl Syafiq selamba.

"Macam lah aku ni ramai sangat kawan perempuan sampai nak tersalah sebut bagai" Jeling Adyan Hayder.

Di suatu bilik hotel yang berlainan, terdapat 2 orang wanita bersama dengan seorang pengantin perempuan.

"Cantiknya kau Reen! Sumpah cantik" Kata Afeeya dengan teruja.

"Betul tu Reen. Kau nampak cantikk sangat harini" Ujar Tengku Alanna Sofia pula. Macam mana dia boleh tengok Qaireen? Mestilah sahabatnya itu buat video call. Alanna memang tak dapat nak pulang ke Malaysia sebab ada class yang agak padat pada hari itu.

"Thanks korang sebab ada dengan aku harini. Aku dah menggigil hebat dah ni. Takut lahh" Kata Qaireen Zenia dengan nada perlahan.

"Sabar Reen. Tarik nafas dulu. Kau berdebar macam kau pulak yang akan berjabat tangan dengan tok kadi kan?" Usik Izyan Imani.

"Memang lah bukan aku yang akan salam tangan tok kadi aka papa aku tu, tapi ish! aku takut lah. Mesti ramai orang kan dekat bawah tu?"

"Takdelah ramai. Ahli keluarga dengan sanak saudara kau dengan bakal husband kau je. Rilek baby. Jangan risau sangat okay?" Pujuk Afeeya Nadeera pula.

"Betul Reen. Selawat banyak-banyak. Kitaorang akan ada dengan kau. Jangan risau okay?" Kata Alanna Sofia pula. Walaupun dia jauh, tak semestinya dia tak boleh nak bagi semangat untuk sahabat dia kan?

Tok..tok..tok...

"Qaireen?" Panggil puan Nadirah lembut.

"Mama..."

Puan Nadirah tersenyum nipis memandang anaknya itu.

"Cantiknya anak mama ni" Puji puan Nadirah.

"Hehe. Terima kasih mama. Reen cantik sebab ikut mama lah ni" Usik Qaireen Zenia pula. Saja nak hilangkan debar di hati.

"Eh, pandai-pandai je kamu. Dah, jom lah. Pengantin lelaki dah turun dekat dewan hotel bawah" Kata puan Nadirah.

Qaireen hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Jom"

"Reen turun dengan kawan-kawan Reen ye? Mama tunggu dekat bawah. Goodluck sayang mama." Ujar puan Nadirah seraya mencium pipi anaknya itu. Ibu mana je tak sedih bila anaknya ingin berkahwin?

"Okay mama"

"Jom Reen! Tarik nafas dulu, lepastu lepaskan..." Ujar Afeeya Nadeera untuk memberi ketenangan kepada sahabatnya itu.

"Bye Alanna! Nanti kami send video akad nikah Reen okay?" Kata Izyan Imani sambil mematikan talian video call itu.

"Bye semua! Congrats Qaireen baby?" Ucap Alanna sebelum talian dimatikan.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now