Bab 27 √

13.1K 972 290
                                    

Beberapa bulan sudah berlalu dan hari ini adalah hari yang sangat menggembirakan bagi Qaireen, Afeeya dan Izyan.

Tengku Alanna Sofia is back!

Kelihatan lapangan terbang itu agak sesak. Mungkin mereka datang ke mari dengan tujuan yang sama untuk menyambut kepulangan insan tersayang.

Begitu juga, Qaireen dan rakan-rakannya. Mereka mahu buat kejutan untuk Tengku Alanna dan semestinya lah Alanna tidak tahu kejutan itu.

"Eh Izyan. Kau bawa tak barang tu?" Tanya Afeeya pada Izyan yang sedang bersusah-payah menggalas beg berat itu.

"Bawa lah. Kau memang tak tahu nak tolong aku ke? Berat mata memandang, berat lagi bahu aku ni memikul. Ha cepat lahh angkat beg batu ni" bebel Izyan seraya mencampak beg itu pada Afeeya.

Terhuyung-hayang Afeeya menangkap beg itu.

"Kau ni kan. Dasar tak ada sifat simpati. Main campak je. Kalau aku terjatuh tadi, aku suruh kau bayar duit insurans nyawa aku" marah Afeeya pada Izyan.

Izyan pula menjelirkan lidahnya dan menutup telinga sengaja buat pekak. Malas nak dengar Afeeya membebel.

Kemudian, telinga kedua orang gadis itu ditarik kuat oleh Qaireen dan dia lagakan kepala dua orang kawannya.

Memang tahap kesabarannya sudah menipis. Qaireen melepaskan telinga kawannya seraya bercekak pinggang mencerlung tajam mereka.
Afeeya dan Izyan pula mencebik dan memegang telinga mereka yang berasa panas.

"Kau pahal Reen? Sakitlah. Kalah mak aku punya piat telinga. Macam nak putus telinga aku" bebel Afeeya seraya menggosok telinganya dan Izyan turut mengangguk menyokong Afeeya.

"Aku geram dengan korang ni. You all dah besar kan. Aku malu bila orang pandang kita macam kita tengah cetuskan perang dunia ke 4. We are here to surprise Alanna okay not fighting each other. So, please behave. Afeeya keluarkan barang tu, kejap lagi Alanna keluar lah tu" ujar Qaireen dengan nada lembut tapi tegas. Nampak tak aura Qaireen macam mak mak kuasa tiga.

"Okay Qaireen Zenia. Fine. We won't fight for the sake of Alanna. Nah banner. Jom pegang sama-sama. Alanna keluar je kita jerit nama dia tau." Kata Afeeya seraya menghulurkan banner dengan tulisan.

'Princess Alanna Sofia busyuk welcome back!! We are here for you'

"Seriously Izyan? Kau buat ayat macam ni?" Qaireen tercengang bila baca, Afeeya pun sama. Matanya tak lepas memandang banner itu. Banner itu siap ada gambar mereka zaman sekolah. Betapa selekehnya mereka dulu.

Ada ke patut letak busyuk? Hmmmm tak sweet langsung. Dengan gambar yang tak semenggah tu. Haih Izyan ni.

"Okay apa. Asyik sweet sweet je. Kita hidup hanya sekali. Apa salahnya malukan Alanna dengan nama busyuk tu hehehe plus gambar dia time sekolah. Limited edition tau" Izyan ketawa jahat seperti dia sudah lama merancang nak buat macam tu.

"Wey wey weyyy" jerit Afeeya pada mereka berdua.

"Apa weyyy???" Balas Izyan.

Qaireen memegang dahinya. Day by day weyyy sudah sebati dalam kehidupan untuk digunakan. Macam sekarang ni lah.

"Tu Alanna kan. Pakai dress hitam dengan black shades dia tu. Siap pakai bucket hat. Kau hado?" Afeeya menunding jarinya ke arah Alanna yang berjalan dengan konfiden.

3..

2..

1..

Go!

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now