Bab 20 √

18.3K 1K 110
                                    

Izyan kelihatan teragak-agak untuk menyambung ayat dia yang seterusnya.

"Aku--"

Izyan berjeda seketika.

"Kau.. okay tak Izyan?" tanya Qaireen dengan nada prihatinnya. Dia sedar perubahan raut wajah Izyan yang kelihatan sedih. Afeeya turut mendekati Izyan. Dia pun risau dengan keadaan Izyan.

"Hmmm.. aku tak okay" luah Izyan dan serta merta air matanya mengalir deras.

"Izyan... tell us. What's wrong? Carl buat apa dekat kau?" Giliran Afeeya pula bertanya setelah melihat kawannya tersedu sedan menangis.

Afeeya dan Qaireen memeluk Izyan dengan erat sekadar memberi semangat padanya. Qaireen mengusap lembut belakang Izyan.

Setelah reda nangisnya, Izyan mula membuka cerita kepada mereka berdua.

*Flashback*

Izyan berjalan sekeliling mall mencari kelibat Afeeya. Mereka berdua datang ke mall sebab nak cari kasut je. Kasut untuk pergi hiking. Mereka berdua ni rajin pergi hiking pada hujung minggu.

Setelah selesai urusan membeli kasut, Afeeya menyuruhnya tunggu sekejap.

"Izyan.. wey.. sumpah aku sakit perut. Aku nak pergi be--" kata kata Afeeya dipintas dengan satu tamparan di bahunya.

"Kau ni Feeya. Pergi jela tandas tu. Tak payah bagitahu aku detailsnya. Dah dah pergi cepat. Selekeh punya kawan." Izyan terus menolak tubuh badan Afeeya. Afeeya tersengih lalu dia berjalan laju ke tandas.

Afeeya gelengkan kepalanya. Afeeya.. Afeeya.. selamba badak dia je nak bagitahu aku pasal melabur dekat tandas.

Afeeya yang tidak tahan menunggu lama di depan kedai kasut itu, dia terus berjalan jalan ke kedai lain. Sekadar mencuci mata.

Perempuan kan memang suka window-shopping. Betul tak?

"Haih lapar la pula. Tunggu Afeeya ni memang kebulur lah aku. Dahlah tak makan apa apa dari pagi tadi. Okay Izyan jom cari makanan dulu. Pandai pandai lah Afeeya call aku tanya dekat mana. Yang penting perut didahulukan" gumamnya sendirian dan kakinya terus melangkah laju di cafe yang dia nampak masa mula mula masuk mall.

Baru saja dia nak melangkah masuk, dia ternampak satu sosok tubuh yang dia amat kenali. Keningnya bertaut rapat. Matanya dikerdipkan berkali-kali.

Aku salah orang ke? Mata aku rabun ke? Tapi macam dia.

Izyan besarkan matanya dan dia perhati betul betul wajah itu. Nak kan kepastian kena lah teliti betul betul. Kang salah buat naya je.

Sekali wajah itu menoleh ke depan, Izyan terus menekup mulutnya. Sangkaannya yang pada mulanya nekad yang itu bukan Carl Syafiq. Rupa-rupanya betul.

Carl Syafiq sedang berdua duaan dengan perempuan itu. Malah, jaraknya dengan perempuan itu pun dekat. Entah apa yang dia bisikkan pada perempuan itu.

Kata-kata manis mungkin. Sehinggakan wajah perempuan itu berona merah.

Arghhh.. kenapa aku kena tengok semua adegan ni? Ini ke petunjuk yang Carl bukan untukku?

Izyan terus melangkah pergi dengan perasaan yang kecewa. Air matanya cuba ditahan. Dia tak mahu nampak lemah kerana seorang lelaki.

*end of flashback*

Afeeya dan Qaireen mengangguk faham selepas mendengar luahan Izyan.

"Hmm Izyan.. aku tahu kau kecewa. Tapi kau kena dengar penjelasan dia juga. Mungkin kau tersalah faham dengan andaian kau sendiri" Qaireen cuba memberi nasihat pada Izyan. Dia turut memegang kejap bahu Izyan menyalurkan semangat pada sahabatnya.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now