Bab 55 √

21.7K 1.3K 786
                                    

Setelah mendapat panggilan dari Qafeel, Adyan sekeluarga terus bergerak ke hospital tapi mereka gerak berasingan. Adyan yang terlebih dahulu pecut ke hospital manakala keluarganya akan menyusul kemudian.

Setibanya Adyan di hospital, dia terus pergi ke Labour Room di mana Qaireen diletakkan di situ sebelum masuk delivery room.

Kaki Adyan terasa lemah ketika itu bila melihat wajah pucat lesi Qaireen. Wajahnya yang sedang menahan sakit sangat meruntun hatinya.

Doktor dan nurse mula mendekati Qaireen dan memeriksa keadaan wanita itu. Kemudian, doktor itu bergerak pula pada ahli keluarga Qaireen.

"Maaf, siapa suami puan Qaireen Zenia?" Tanya doktor yang bernama Serra itu.

Mereka semua berpandangan sesama sendiri dan mata tertumpu pada Adyan. Senyap seketika sebelum Adyan mengangkat tangannya.

"Err.. saya.. Kenapa dengan dia? Ada masalah yang halang dia nak bersalin ke?" Tanya Adyan cemas.

Wajahnya tampak risau yang teramat sangat. Qafeel dan Qarizh juga begitu.

"Okay. Puan Qaireen tak boleh bersalin secara normal sebab ada masalah di bahagian serviknya. Jadi, saya akan guna cara C-section iaitu bedah abdomen isteri encik supaya kita dapat keluarkan fetus (bayi) dengan selamat.

"Kedudukan fetus pula agak songsang dan saya takut dia akan lemas. Keadaan ni boleh bahayakan baby dan ibunya juga. So, saya nak minta consent dari ahli keluarga puan Qaireen sebelum kami bedah dia. Ini borangnya, sila tanda tangan ya encik" Terang doktor itu dengan cepat.

"Adyan. Cepatlah tanda tangan. Kau tunggu apa lagi?" Kata Qarizh apabila dia melihat Adyan yang teragak-agak nak menanda tangani. Tangannya menggigil hebat selepas doktor beritahu adiknya bakal dibedah.

Sebelum katil Qaireen ditolak menuju OR (Operation Room). Adyan meminta izin untuk berjumpa dengan Qaireen sekejap pada doktor itu.

Hanya seminit saja masa yang diberi pada Adyan.

Adyan duduk berdekatan dengan Qaireen. Dia berdiri paras tepi kepala Qaireen. Air matanya perlahan-lahan mengalir di wajahnya.

"Reen..." Ujarnya perlahan suaranya seakan-akan hanya untuk Qaireen dengari.

Mata Qaireen yang hampir tertutup itu dicelik kembali memandang Adyan. Bibirnya mengukir senyuman nipis buat Adyan.

"Aku tak sanggup tengok kau sakit macam ni Reen. Sedih dan perit sangat. Aku tak mampu nak tolong kurangkan sakit kau tu." Tuturnya dengan nada hiba.

"Jangan risau Adyan. Saya okay je. Baby pun akan selamat. Doakan kami ye Adyan" tuturnya perlahan. Lemah saja nadanya tapi bibir pucat itu masih lagi mengukir senyuman untuk Adyan.

Sakit-sakit pun dia mampu beri senyuman untuk Adyan.

"A-aku minta maaf Reen. Aku rasa bersalah sangat. Maafkan aku Reen..aku bodoh" makin lebat air matanya mengalir. Tangannya memegang kejap penghadang katil itu

"Saya maafkan awak dan saya pun nak minta maaf. Halalkan makan minum saya. Lepasni kalau ada apa-apa jadi dekat saya, awak kena jaga baby ni. Sebab ini anak kita. Saya--"

"Maaf Encik. Kami kena bawa puan Qaireen ke OR sekarang. Nurse, tolong tolak katil ni sekarang" arah doktor tersenyum pada semua nurse di situ.

"No no. Reen.. kuatkan diri kau. Aku percaya kau. Tolonglah.." rintihnya kuat seraya menyaingi langkah nurse dan doktor yang menolak katil Qaireen.

"Janji dengan saya. Awak akan jaga anak kita" ujar Qaireen dengan kuat sebelum dia masuk ke dalam OR.

"Encik semua boleh tunggu di waiting room ya. Kami akan maklumkan pada encik jika ada apa-apa berlaku." Ujar nurse itu seraya pintu itu tertutup secara automatik.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now