Bab 44 √

14K 961 824
                                    

Seperti yang dijanjikan, hari ini, Adyan akan membawa isterinya keluar untuk meluangkan masa bersama.

"Sayang? Dah siap ke belum?" Laung Adyan yang sedang duduk di ruang tamu sambil matanya menonton television.

"Kejap. Dah nak siap ni" Balas Qaireen pula yang sibuk berdandan di hadapan cermin di dalam bilik tidur mereka.

Ting!

Mesej daripada Alanna dibaca oleh Adyan.

Alanna.
"Awak free tak hari ni? Jom keluar"

Laju tangan Adyan menaip mesej untuk membalas.

Adyan.
"Sorry. Aku busy hari ni so tak dapat nak teman kau keluar"

Selepas mesej itu dihantar, Adyan terus mematikan telefon pintarnya. Baginya, hari ini adalah harinya bersama Qaireen.

"Abang! Reen dah siap" Kata Qaireen sambil kakinya turun ke tingkat bawah rumah mereka itu.

Adyan tersenyum melihat isterinya.

"Jom"

Terus mereka berdua keluar dari rumah. Adyan sempat mengunci pintu rumahnya sebelum keluar manakala Qaireen sudah lama masuk ke dalam perut kereta Adyan.

"Nak pergi mana dulu ni?" Tanya Adyan kepada isterinya apabila dia masuk sahaja ke dalam kereta.

"Pergi cari baju untuk majlis tunang Izyan dengan Carl lah" Jawab Qaireen.

Ya, esok sahabatnya, Izyan Imani akan bertunang dengan Carl Syafiq. Jadi mestilah mereka akan datang sekali kan?

"Alright"

Terus Adyan memandu keretanya dan terus ke destinasi yang mereka akan tujui.

*****

"Tak guna Adyan! Kau boleh ignore aku macam tu je kan?" Gumam Alanna sendirian.

Geram dia apabila Adyan sengaja mematikan telefonnya. Takut kantoi dengan Qaireen lah tu.

"It's okay Reen. Bahagia lah selagi kau mampu" Kata Alanna sinis.

Sebelum ni dia dah gunakan Afeeya tapi tidak berjaya. Percaya sangat si Qaireen tu dengan Afeeya. Jadi, terpaksa lah dia menggoda Adyan dengan rancangannya sendiri.

******

Sampai sahaja di Pavilion, Kuala Lumpur, Adyan dan isterinya terus memasuki bangunan Mall yang besar itu untuk shopping.

"Abang nak pakai baju warna apa esok?" Tanya Qaireen.

Ceh! Macam Izyan nak kahwin je. Padahal baru nak bertunang.

"Ikut Reen lah. Abang tak kisah" Jawab Adyan pula.

Qaireen hanya menganggukkan kepalanya.

Mereka berpegangan tangan masuk ke dalam butik baju yang memang agak terkenal itu.

Selesai memilih baju kurung yang sesuai, Qaireen terus mendekati kaunter bayaran untuk membayar.

"Biar abang bayar" Kata Adyan sambil menghulurkan kad kreditnya kepada penjual itu.

"Thank you abang!" Tutur Qaireen kepada suaminya.

"Anything for my wife" Kata Adyan sambil mengusap lembut kepala isterinya.

Selesai membeli, giliran Adyan pula untuk mencari baju yang sedondon dengan isterinya. T-shirt je. Bukan baju melayu sebab tunang je kan?

Selesai membeli, mereka terus membuat keputusan untuk makan tengah hari dahulu sebelum pergi ke destinasi yang seterusnya.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now