Bab 38 √

12.9K 906 382
                                    

Beberapa minggu sudah berlalu...

Hari ini, pasangan itu akan buat malam barbecue di rumah mereka. Sudah lama mereka merancang tapi baru hari ini ada kesempatan nak buat.

Adyan dan Qaireen akan mengajak rakan-rakan mereka termasuk Qafeel dan Qarizh. Memandangkan abang-abang Qaireen juga merupakan kawan Adyan. Jadinya, suasana malam ini akan meriah dengan kehadiran mereka semua.

Qaireen membelek senarai barang yang dia sudah dilist sejak malam tadi. Dia dan Adyan akan beli barang-barang untuk BBQ malam ini. Dia tidak mahu ada satu barang pun terlupa nak dibeli sebab nanti akan menyusahkan kerja dia kalau bahan itu tiada semasa nak digunakan.

"Sayang... dah check list?" Tanya Adyan seraya memakai jam tangan di pergelangan tangan kirinya. Dia memandang kejap isterinya yang sedang berkerut meneliti senarai barang itu.

Kusyuk sangat sampai tak dengar Adyan tegur. Adyan menggeleng perlahan.

"Sayangg.... dengar tak abang cakap apa tadi?" Adyan melabuhkan duduknya di birai katil sebelah isterinya. Qaireen menoleh kepalanya dan dia tersengih.

"Sorry. I didn't hear you abang. Abang cakap apa tadi eh? Perlahan sangatlah abang cakap." Ujar Qaireen tanpa segan silu. Mana tak dengarnya, orang panggil dia boleh buat donno je.

"Haish dia ni. Apa-apa jelah sayang. Dah jom gerak. Banyak ni nak kena buat preparation." ajak Adyan seraya menarik tangan Qaireen mengikuti langkahnya.

Mereka berdua naik kereta dan kemudiannya bergerak untuk shopping barang.

*****

"Ayam, daging, sosej, kentang dah ada.. hm apa lagi eh nak tambah." Gumam Qaireen dengan perlahan.

Adyan memandang isterinya dengan kening sebelah terangkat.

"I think that's enough for all of us. Puan Qaireen ingat perut kita semua ni ada tank besar ke?" Perli Adyan. Banyak betul isteri dia beli barang untuk buat BBQ.

"Sebab Reen tau lah perangai melahap abang and the gang tu tahap gaban. Itu yang kena prepare banyak-banyak. Takut pula perut diaorang semua tak kenyang termasuk abang. Hehehe" Qaireen tersengih sambil mencucuk manja perut Adyan.

Adyan menggeleng perlahan seraya tertawa kecil. Banyak songeh betul isteri dia ni.

Seusai mereka membeli-belah, mereka pulang ke rumah untuk bersiap sedia sebab kawan-kawan mereka akan datang untuk menolong.

"Sayang. Abang dah siap marinate semua ni. Nak letak dalam peti ais dulu ke?" Tanya Adyan sambil membasuh tangannya di singki kemudian dilap tangannya pada tisu.

Qaireen menjengahkan kepalanya sedikit dan kemudian mengangguk.

"Letak dalam peti dulu. Thank you abang tolong Reen!" Ucapnya dengan ikhlas.

Adyan melangkah mendekati isterinya. Kepala Qaireen diusap lembut.

"Apa gunanya ada suami kalau tak saling membantu. Kita kan saling melengkapi, my dear flower." Qaireen sudah gelengkan kepalanya. Mula dah sesi mengayat dia tu.

Ting tong! Ting tong! Ting tong!

Loceng rumah yang ditekan banyak kali macam nak dirosakkan mengganggu perbualan suami isteri itu. Adyan mendengus geram.

"Tak lain tak bukan. Mesti mangkuk tingkat punya kerja." Qaireen sudah tergelak dengan rungutan Adyan. Dia pun dah kenal perangai mangkuk tingkat yang satu itu.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now