Bab 30 √

15.1K 877 489
                                    

Sudah 2 hari Adyan berada di luar negara. Qaireen pula macam biasalah, hanya menunggu kepulangan suaminya di rumah. Setiap kali berpisah, setiap kali tu la rindu pada diri masing-masing semakin membara.

Hari ini pula hari cuti bagi Qaireen. Kejap lagi dia hendak ke kedai bunga kawan-kawannya. Selepas itu baru dia akan pergi ke rumah familynya pula. Lama tak datang melawat keluarganya atas sebab kerja yang menimbun tak habis-habis.

Qaireen bersiap dan terus melangkah keluar dari rumah untuk ke kedai bunga Izyan dan juga Afeeya. Nak ajak Alanna, tapi Alanna dah start kerja pula kalini. Penerbangan ke luar negara juga tapi tidak sama flight dengan suaminya dan juga Adam.

*****

Feeyaz Floral.

Afeeya keseorangan hari ni, maklumlah Izyan demam. Dah dua hari dia demam. Ajak pergi klinik, macam-macam pula alasan yang dia berikan. Sabar jelah nak.

Dalam mengelamun, Afeeya terfikir akan sesuatu. Lama dia berfikir tentang hal itu.

"Hmm nak call ke taknak eh?" Tanya Afeeya pada dirinya sendiri.

"Kalau call nak cakap apa je?"

"Kalau dia tanya mana aku dapat nombor dia macam mana aku nak jawab?"

"Dia marah tak kalau aku call?"

"Haih Afeeya, call jelah. Bukannya aku call saja saja kan?"

Tanpa menunggu lama, Afeeya mengambil telefon pintarnya yang berada di atas meja kaunter itu dan terus mendail nombor telefon seseorang.

Tutt...tut..tutt...

"Hello?" Sapa orang di sana.

Afeeya terkedu. Betul ke apa yang aku buat ni?

"Hello? Siapa ni?" Tanya orang itu lagi.

"Err.. Encik Adyan?" Tanya Afeeya pula. Yelah manatahu salah nombor ke kan?

"Ye. Adyan. Ni siapa pula?"

"Err.. sa.. saya Afeeya.. Kawan Qaireen tu" Balas Afeeya.

Adyan yang berada di sebelah sana menjongketkan keningnya. Dah kenapa si Afeeya ni call dia? Ada apa apa jadi dekat Reen ke?

"Oh Afeeya. Kenapa call? Mana kau dapat nombor aku?" Tanya Adyan. Dia sebenarnya kurang selesa apabila ada orang luar yang dapat nombor dia dari mana-mana.

"Err saya dapat nombor encik dari kawan encik yang dekat bengkel kereta tu. Saya yang minta dia nombor encik Adyan" Jawab Afeeya perlahan.

"Oh okay. Nak apa call? Aku ada kerja kejap lagi ni" Soal Adyan malas.

"Tak..tak.. saya cuma nak tanya pasal baby breath yang encik beli haritu. Qaireen suka tak?" Tanya Afeeya. Ye itu sebabnya dia menelefon Adyan. Nak tanya pasal bunga tu je.

Tak logik kan? Tapi itulah niat sebenar dia. Hanya mahu tanya tentang baby breath yang dibeli oleh Adyan haritu.

"Qaireen suka. Kenapa?" Tanya Adyan pelik. Takkan call semata-mata untuk tanya benda tu pula?

"Oh takde. Saya saja nak minta feedback dari encik. Encik kan customer saya" Balas Afeeya.

"Oh okay. Ada apa apa lagi?" Tanya Adyan.

"Takde. Maaf ganggu Encik Adyan. Bye assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Afeeya terus mematikan talian. Dia menghela nafas perlahan. Dia sendiri pun pelik dengan perangai dia. Call suami Qaireen semata-mata untuk itu?

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now