Bab 15 √

16.2K 1.1K 240
                                    

Beberapa hari kemudian...

Ting!

Satu notification dari telefon pintar Qaireen berbunyi menandakan ada masej masuk.

Husband.
"Flower, kau jadi kan ambil aku dekat airport hari ni?"

Tersenyum terus Qaireen apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon pintarnya itu. Dengan laju, dia membalas mesej itu.

Qaireen.
"InsyaAllah. Nanti saya datang jemput awak dekat airport ye"

Adyan Hayder yang melihat masej yang dibalas oleh isterinya itu turut tersenyum. Seminggu tak berjumpa dengan Qaireen, adalah juga rindu isteri comel dia tu.

Husband.
"Terima kasih. Aku dah nak kena handle flight pulang ke Malaysia ni. Bye"

Qaireen.
"Have a safe flight, husband ❤️"

Qaireen Zenia terus menutup telefon pintarnya apabila masej yang di hantar di whatsApp itu sudah dibaca oleh Adyan Hayder.

"Tak sabarnya nak jumpa suami kita!" Omel Qaireen perlahan.

Hari ni di hospital, dia memang free. Kalau ikut jadual, hari ni dia tiada pembedahan yang perlu dia jalankan. Rutin biasa, dia hanya akan merawat dan memeriksa patientnya sahaja pada hari ini.

"Haraplah takde apa apa yang mengganggu hari ni"

Dia tak nak mungkir janji dia pada Adyan. Dari hari tu dia janji yang dia sendiri akan jemput suaminya itu pulang.

*****

"Afeeya.. Aku nak pergi lunch dengan Carl kejap eh nanti. Kau nak ikut sekali tak?" Tanya Izyan Imani kepada sahabatnya itu.

"Eh tak nak lah. Kau lunch sendiri je." Tolak Afeeya. Takkan lah dia nak menyibuk pula bila pasangan itu lunch bersama nanti. Dia walaupun single, dia tetap tak rampas hak orang okay.

"Betul ke ni? Ke nak aku cancelkan lunch aku dengan Carl? Aku teman kau la eh? Risau lah"

"Ish cik Izyan Imani.. Aku pun bukan budak kecil lagi tau. Macam tak biasa pula aku ni nak makan sorang-sorang. Kalau susah sangat nanti, aku beli je makanan kat luar lepastu makan kat kedai ni ha settle. Kau jangan risau okay? Pergi je lunch dengan Carl tu"

"Betul ni?" Izyan bertanya kembali.

Afeeya menganggukkan kepalanya. Dia dah biasa dengan semua ni dan dia tak kesah pun. Dia bukannya manja sangat nak makan pun sampai berteman. Dari kecil dia dah memang diajar untuk berdiri oleh parents dia.

"Okay lah. Aku gerak dulu eh. Nanti bising je Carl tu bila aku lambat. Jangan lupa makan Feeya!" Pesan Izyan. Di mengemas beg tangannya. Telefon dan purse turut dimasukkan. Kang kalau tertinggal ke kan naya.

"Hati-hati Izyan"

Izyan menganggukkan kepalanya. dia melambaikan tangannya kepada Afeeya lalu terus dia keluar dari kedai bunga miliknya bersama Afeeya itu.

Afeeya hanya memerhati kelibat sahabatnya itu sehingga lah hilang.

"Okay now? Aku nak buat apa? Lunch?" Omel Afeeya sendirian.

Dia juga turut bangun dari tempat duduknya dan mengemas apa yang patut. Kedai, setiap kali lunch, memang akan ditutup sebentar. Selepas lunch baru mereka akan membuka kembali.

Afeeya menukar card yang digantung di pintu kedai itu dengan perkataan "CLOSE". Dia mengunci pintu kedai dan terus dia melangkah ke restoran yang berdekatan. Malas nak pergi jauh-jauh, bazir masa. Kedai yang berada berhampiran dengan kedai bunganya turut ada makanan yang sedap.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now