Bab 69 √

30.6K 1.5K 301
                                    

Keesokan harinya, seperti biasa, tugas untuk menjaga Aiyana sudah beralih penuh kepadanya.

Pagi itu, dia memandikan Aiyana sendirian. Nasib baik lah Qaireen pernah mengajarnya untuk memandikan Aiyana. Walaupun agak kekok, dia masih lagi mencuba. Adyan tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Biarlah dia yang menggalas tugas untuk menjaga puteri kecilnya itu.

"Adyan? Dah siap mandikan Aiyana ke?" Tanya tengku Dariah dari luar bilik tidur Adyan.

"Ye umi. Dah siap dah ni. Umi nak masuk, masuk lah" Balas Adyan kepada uminya.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik Adyan dibuka dari luar. Terjengul muka tengku Dariah di muka pintu itu.

"Alah cucu nenek ni. Dah mandi dah dia" Kata tengku Dariah kepada cucunya itu. Dia datang mendekati Adyan yang sedang leka memakaikan baju kepada anaknya itu.

"Are you okay son?" Tanya tengku Dariah kepada Adyan.

Adyan tersenyum nipis sambil menganggukkan kepalanya.

"Yan okay umi. Umi jangan risau eh?" Kata Adyan.

Tengku Dariah menganggukkan kepalanya.

"Nanti turun bawah tau. Izyan dengan Carl ada dekat bawah. Katanya mereka nak jumpa kamu" Pesan tengku Dariah.

"Okay umi. Kejap lagi Yan turun" Tutur Adyan.

Tengku Dariah keluar dari bilik anak lelakinya itu dan terus turun ke bawah.

Selesai menyiapkan Aiyana, Adyan juga turut sama turun ke bawah. Kakinya menuju ke ruang tamu.

"Jom Aiyana. Kita jumpa uncle Carl dengan aunty Izyan" Kata Adyan sambil berhati-hati mendukung puterinya itu.

Carl Syafiq dan isterinya, Izyan Imani tersenyum memandang ke arah Adyan yang sedang mendukung Aiyana itu.

"Hai princess aunty Izyan" Sapa Izyan terlebih dahulu kepada Aiyana.

Adyan memberikan Aiyana kepada Izyan.

"Omoo comelnya princess ni" Puji Izyan sambil mencium-cium pipi gebu si kecil itu.

Carl Syafiq dan Adyan hanya tersenyum melihat telatah Aiyana yang digomol oleh Izyan itu.

"Cepat sikit buat kerja lah Carl. Aku tengok Izyan tu macam tak sabar je nak ada baby sendiri" Kata Adyan mengusik.

Izyan yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Merah mukanya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari Adyan itu. Carl Syafiq pula hanya tergelak kecil.

"Sabar lah. Kitaorang tak puas berdua lagi. Kan sweetheart kan?" Tanya Carl Syafiq pula. Matanya melirik ke arah Izyan yang sibuk dengan Aiyana itu.

Sengaja Izyan tak mahu melayan. Nanti tak pasal-pasal dia yang malu bila menjawab nanti.

Adyan tergelak apabila melihat soalan Carl Syafiq tidak dijawab itu.

"So, ada apa datang ni? Memang nak jenguk Aiyana je ke?" Tanya Adyan kepada suami isteri itu.

Izyan dan Carl Syafiq berpandangan antara satu sama lain.

"Saya nak bagi ni dekat awak, Adyan" Terus Izyan memberikan Aiyana kepada Carl Syafiq. Kemudian dia mengambil sebuah kotak hadiah dan diberikan kepada Adyan.

"Kotak apa ni?" Tanya Adyan apabila dia mengambil kotak hadiah yang dihulurkan oleh Izyan itu.

"Kotak hadiah birthday awak. Reen tak sempat nak bagi awak. Kotak tu ada dalam kereta saya. Semalam saya lupa nak berikan pada awak" Kata Izyan serba-salah.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now