Bab 9 √

25.2K 1.4K 308
                                    

"Awak..." Panggil Qaireen kepada suaminya.

Petang nanti, mereka akan bertolak ke sebuah negara untuk berbulan madu. Indah ke tak indah honeymoon mereka nanti?

Qaireen Zenia agak terkejut juga. Hari tu Adyan ada tanya pendapat dia mahu ke mana untuk honeymoon mereka. Tapi tup tup semalam, Adyan beritahu yang mereka akan bertolak ke sana petang ini. Dan dia juga kata ticket flight apa semua memang dia dah siapkan before kahwin lagi.

Jadi, apa gunanya dia minta pendapat aku hari tu?!

"Yes, flower?"

"Kita nak honeymoon dekat mana?"

"Rahsia. Kau just bawa diri je okay?"

"Apa guna awak tanya pendapat saya hari tu kalau awak dah memang ada tempat untuk honeymoon kita?" Kata Qaireen sambil memuncungkan bibirnya. Merajuk la tu?

"Aku tanya je pendapat kau, aku tak cakap pun aku akan ikut pendapat kau. Kan?" Balas Adyan Hayder selamba.

Qaireen menjeling suaminya tajam. Mamat ni memang macam ni perangai dia?

"Kau dah siap kemas baju kau belum?" Tanya Adyan Hayder apabila dia melihat isterinya tajam memandang ke arah dirinya.

"Dah. Saya tak nak bawa banyak banyak baju. Awak kan kaya? Nanti kat sana beli baru" Ujar Qaireen mengusik. Eh, dia pun bekerja tau, setakat duit husband dia, dia tak kesah sangat pun.

"Anything for you, my flower. Siapa lagi yang nak habiskan duit aku kalau bukan wife aku yang mata duitan ni kan?" perli Adyan Hayder selamba.

"Saya kena jadi mata duitan. Nanti tah kemana awak bagi duit awak tu. Tah tah sibuk berjoli sakan dengan perempuan lain. Bukan boleh caya awak ni"

"Excuse me ma'am. I'm your husband, flower. Jangan fikir bukan bukan. Nanti termakan kata-kata sendiri, aku tak tahu"

"Berani lah awak nak curang dengan saya? Siap awak saya kerjakan nanti" Ugut Qaireen sambil memandang tajam ke arah suaminya. Tangannya pula lincah menolong Adyan mengemas pakaiannya.

"Rilek flower. Kita kan dah bincang hal ni? Tak kan ada orang lain yang boleh ganggu hubungan kita. Ingat tak?" Balas Adyan Hayder sambil tergelak kecil. Walaupun perasaan cinta dan sayangnya tiada lagi, tidak semestinya dia akan menduakan Qaireen.

"Yelah yelah. Saya pegang kata-kata awak tu" Ujar Qaireen mengalah.

Mereka mengemaskan pakaian masing-masing. Tak banyak pakaian yang dibawa. Bak kata Qaireen, nanti kat sana beli baru.

Setelah siap mengemas, mereka berehat sebentar. Mereka masih ada masa selama 3 jam untuk berehat dan selepas itu, mereka akan bertolak ke airport.

"Nanti semua family kita akan ada dekat airport kan awak?" Tanya Qaireen.

"Yes. Semua akan ada. Risau sangat mereka tu. Macam la aku nak culik kau"

Qaireen tergelak kecil. Mesti abang-abang dia pun ada kan? Bising lah airport tu nanti dengan suara mereka.

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang.

"Reen? Dah siap ke belum? Dah nak gerak ke airport ni." Laung Adyan Hayder dari ruang tamu. Ha inilah perempuan, bersiap bukan main lama lagi.

"Ye kejap. Dah nak siap dah"

Adyan Hayder keluar dari rumahnya sambil mengangkat bagasi beroda milik dia dan juga isterinya.

"Aik? Asal berat sangat bagasi Reen ni? Kata tak bawa banyak baju" Kata Adyan Hayder perlahan. Berat gila ni? Dia sumbat apa je dalam ni sampai jadi berat. Lantas tangan Adyan membuka bagasi itu.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now