Bab 46 √

16.3K 1.1K 1.5K
                                    

Kashmir.

Akhirnya, penerbangan dari Malaysia telah pun sampai di destinasi yang ditujui. Setibanya di Kashmir, Adyan dan Adam serta kru-kru kapal yang lain check in di hotel yang sama. Mereka bercadang untuk berehat sebelum mereka pergi bersiar-siar di negara cantik itu.

Seusai berehat seharian, Adam mengajak Adyan temannya berjalan.

"Yan.. teman aku jap. Aku bosan lah. Kau ini asyik tidur je. Orang datang sini pergi bersiar bukan membuta." Perli Adam pada Adyan yang sedang berselibung dengan comforter.

"Shushhh... bising lah kau ini. Aku nak--"

Kring kring!!

Adyan mendegus kasar. Siapa lah nak call masa macam ni?!

"Pass telefon aku Adam. Malaslah nak bangun."

Adam terus berjalan malas mengambil telefon Adyan. Belum sempat dia melihat nama yang menelefon kawannya, Adyan terus merampas dari pegangannya.

"Heyyy.. ouhh ya aku baru bangunlah." Jawab Adyan pada si pemanggil dalam talian tanla menghiraukan pandangan tajam Adam.

Adam perhati saja gerak-geri Adyan yang macam pelik. Siapa pula call dia? Bersemangat lain macam.

"Hmmm okay. Aku ajak Adam sekali. Kk bye. See you later" pamit Adyan seraya menamatkan panggilan.

Adyan terus bangun untuk bersiap, sempat lagi dia berpesan pada Adam.

"Bro.. jom kita keluar. Aku pun lapar ini. Ada orang tunggu kita kat lobi dah tu. Aku nak mandi jap." Adam mengangguk saja, malas mahu bertanya siapa yang menunggu mereka di lobi.

Tiba di lobi, jatuh rahang Adam melihat figura yang menunggu mereka. Rupa-rupanya si ulat bulu.

Tengku Alanna Sofia.

"What the... Adyan kau biar betul? Aku ajak kau teman aku je kan. Pahal minah ni ada sekali? " bentak Adam seraya menarik bahu Adyan menghentikan langkahnya mendekati Alanna.

"Biarlah dia ada sekalipun. She's our friend. Kesian lah dia jalan sorang-sorang. Dah dah jom. Lama dah Alanna tunggu kita." Adyan terus meninggalkan Adam sendirian di belakang.

Panas saja hati Adam melihat kemesraan dua makhluk itu.

"Bukannya dia tak ada kawan. Si Adyan ni beria sangat nak teman Alanna ni kenapa. Menyampah aku!" Gumamnya sendirian seraya berjalan mendekati mereka.

"Adyan.. jom teman saya pergi makan dulu--" melihat Alanna yang macam nak peluk lengan Adyan, Adam terus menarik Adyan jauh dari perempuan itu.

"Adyan.. jalan sebelah aku. Kita pergi makan dekat restoran sana dulu"

Alanna terus menghentakkan kakinya tak puas hati. Dia mengutuk Adam di dalam hatinya.

Seusai makan, mereka meneruskan lagi perjalanan untuk bersiar-siar di Kashmir.

Mata Adam terasa sakit sejak kejadian di restoran lagi.

*flashback*

"Adyan. Makanan awak nampak macam sedap. Boleh tak awak suapkan sesudu untuk saya? Saya nak rasa sikit je"

Adyan menangguk dan terus dia suapkan makanan itu ke dalam mulut Alanna.

"Sedap? Nak lagi ke?" Tanya Adyan pada Alanna yang menganggukkan kepalanya berkali-kali.

Adyan terus ikut saja permintaan Alanna dan menyuapnya sekali lagi. Adam pula dari tadi biarkan saja mereka, nak marah tapi nanti berlaku kekecohan pula dekat restoran ini.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now