Bab 48 √

19.3K 1.2K 1K
                                    


Keesokan harinya, Qaireen membuat keputusan untuk pergi bersemuka dengan Alanna, sahabatnya sendiri.

Sahabat yang dianggap sebagai ahli keluarga, tetapi menikamnya dari belakang.

Dengan perasaan yang tertahan, Qaireen pergi ke apartment milik Alanna bersama Izyan dan juga Afeeya.

Alanna yang pada masa itu baru sahaja bangun dari tidurnya terus membuka pintu rumahnya apabila loceng ditekan berulang kali.

"Ish! Siapa pula yang kacau aku pagi-pagi buta ni?!" Rengus Alanna sebal.

Dia terus membuka pintu. Terpampang wajah sahabat-sahabatnya di hadapan pintu rumahnya.

"Reen? Kau--"

Pang!

Terteleng kepala Alanna apabila Qaireen menampar kuat wajahnya.

"Reen? Kau kenapa tampar aku?!" Marah Alanna. Datang-datang rumah orang je terus kena lempang free. Siapa tak sakit hati?

Qaireen tersenyum sinis.

"Kenapa aku tak boleh tampar perempuan yang sibuk menggatal dengan suami aku?" Tanya Qaireen sarkastik.

Alanna tersentak.

Qaireen dah tahu ke?

"Apa yang kau cuba nak ca--"

"Jangan pura-pura bodoh Tengku Alanna Sofia! Kau dengan suami aku tikam belakang aku kan?! Kau dengan suami aku ada hubungan kan?!" Bentak Qaireen lantang.

Afeeya dan Izyan hanya melihat sahaja adegan itu. Sikit pun mereka takde rasa nak halang Qaireen. Biarkan. Biarkan wanita itu melepaskan amarahnya.

Tidak lama selepas itu, Alanna tergelak. Tergelak sinis. Sangat sinis.

"So.. Kau dah tahu lah aku dengan suami kau ada hubungan?" Tanya Alanna. Sama sarkastik dengan Qaireen.

Qaireen hanya memandang tajam wanita di hadapannya itu.

"Sorry lah Qaireen. Suami kau yang nak aku. Aku pula tak boleh nak menolak dia" Kata Alanna lagi sengaja membakar perasaan Qaireen.

"Kau memang kawan tak guna Alanna! Kau sanggup buat Qaireen macam tu kan? Mana pergi otak kau huh?! Qaireen tu kawan baik kau sendiri!!" Tengking Izyan pula.

"Heii! Kau diam eh Izyan. Ini hal aku dengan perempuan perampas ni! Bukan hal kau! Jadi tak payah nak menyibuk!" Bentak Alanna pula.

"Perampas? Kau cakap aku perampas?" Tanya Qaireen.

Alanna membuat muka.

"Dah kau memang perampas, nak buat--"

"Diam Alanna! Kau bodoh ke?! Kau yang perampas sekarang! Adyan suami aku dan kau rampas dia dari aku!"

"Kau yang rampas Adyan dari aku Qaireen! Kau yang rampas dia. Kau tahu tak aku dah lama suka dengan Adyan? Kau tahu tak?!!" Tengking Alanna.

Qaireen tergamam.

"Sejak bila?"

"Sejak bila kau suka suami aku? Jawab Alanna!!" Tanya Qaireen.

Sekali lagi Alanna tergelak sinis.

"Sejak pertama kali aku nampak dia dekat airport masa jemput kau balik dari overseas" Jawab Alanna tenang.

Qaireen, Afeeya dan Izyan terkejut mendengar itu. Jadi dah lama? Tapi.. kenapa mereka tak tahu?

"Tapi--"

"Dah sedar? Dah sedar siapa yang merampas hak siapa sekarang?" Tanya Alanna sinis.

"Tapi kenapa kau tak halang Adyan dari kahwin dengan aku? Kenapa baru sekarang kau muncul nak rampas Adyan dari aku?!" Tanya Qaireen pula.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now