Bab 54 √

20.5K 1.2K 182
                                    

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan.

Kini, lima bulan sudah berlalu dan kandungan Qaireen sudah pun mencecah 9 bulan.

Cepat saja masa berlalu, tanpa Qaireen sedar yang dia bakal melahirkan anaknya dalam waktu seminggu sahaja lagi.

Perut yang kian membulat itu diusap lembut. Terbit senyuman seorang ibu yang menunggu waktu untuk menyambut kelahiran si kecil.

"Assalamualaikum baby.. tak lama lagi baby akan keluar dari perut mommy ni. Mommy tak sabar sangat nak jumpa baby. Harap-harap mommy dapat jumpa awak. Baby pun mesti tak sabar nak jumpa mommy kan." Ujarnya sambil mengusap perutnya.

Qaireen berbual dengan anak dalam perutnya. Kadangkala dia terasa bayi dalam kandungannya menendang perutnya. Amboi aktif betul anaknya ini.

Tok...tok...

Pintu bilik dikuak dari luar. Terjengul wajah abang-abangnya.

Qafeel dan Qarizh.

Bibir Qaireen mengukir senyuman manis buat abang-abangnya.

"Masuklah along angah. Reen tengah kemas-kemas barang baby tadi pastu berhenti kejap sebab sakit pinggang." Ujarnya seraya mengusap belakang pinggangnya.

"Nak kami tolong apa-apa tak dik? Ada lagi ke barang yang nak dibawa?" Tanya Qafeel.

Qarizh pula sudah membelek beg barang bayi yang disebut adiknya tadi.

"Baju kau dah kemas ke? Nak angah kemaskan?"

Qaireen tertawa kecil. Abang-abangnya macam murah hati pula nak tawar bantuan untuknya. Jarang-jarang berlaku.

"Along, angah ni kenapa? Tiba-tiba je. Selalu merungut kalau Reen minta tolong. Ni offer nak tolong pula. Lain macam ya abang-abang saya hari ini"

Qafeel dan Qarizh memincingkan mata mereka memandang Qaireen.

Suka hati dia je perli abang-abang hensem ni.

"Apa salahnya? Kau patut bangga dapat abang macam kami ni. Lagipun hari ini kan cuti, boleh lah kami layan kau dik. Layan ala ala princess gitu." Tutur Qarizh seraya tersengih lebar.

"Princess ye? so, kejap lagi tolong masakkan makanan untuk Reen. Baby lapar and mommy dia pun lapar juga. Hmm Reen craving macam-macam tau abang. Reen nak itu nak ini..." ujarnya sambil menunjukkan gambar makanan yang diidamkan pada Qafeel dan Qarizh.

Jatuh rahang Qafeel dan Qarizh mendengar permintaan dari adiknya. Terkebil-kebil mereka memandang Qaireen selepas selesai memberitahu makanan yang diidamkannya.

Gulp!

Mereka berdua hanya menelan air liur pahit.

"Aku tahulah kau lapar tapi kenapa banyak sangat macam tak makan--" kata-kata Qafeel dipintas.

"Ehhh jangan bebel eh along. Reen bukan makan sorang tau. Berdua okay. Anak buah abang yang craving. Jadinya, tunaikan lah permintaan sebagai pak cik yang bertauliah. Ha pergi la masak cepat. Biar Reen sambung kemas barang baby." arahnya setelah diberi green light yang dia akan dilayan seperti raja permaisuri oleh abang-abangnya.

"Haa pergi ah cepat Qafeel. Aku teman Reen. Nanti dia kesunyian--" Qarizh membalasnya tapi...

"Adeh, adeh! Sakit woi. Apahal main tarik telinga ni? Macam nak terkoyak telinga aku ni. Agak-agaklah woi. Nanti lari awek aku kalau telinga aku tak ada" marahnya pada Qafeel.

"Kau ingat Reen suruh aku sorang je ke masak? Kau sekali. Jangan nak menyibuk kat tepi dia. Cepatlah Rizh. Kalau tak, aku tarik kaki kau heret keluar sekali"

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now