Bab 63 √

20.3K 1.2K 901
                                    

Beberapa minggu kemudian...

Adyan sudah kembali sihat seperti dahulu kala dan dia telah keluar dari wad minggu lepas.

Kini, dia berada di tempat kerjanya. Dia sudah fikir masak-masak dengan keputusan yang dibuatnya.

By hook or by crook, dia tetap dengan keputusannya. Surat bersampul putih yang berada dalam pegangannya itu dipandang sekilas.

Bibirnya tersenyum nipis bila memikirkan hal yang dia akan berhenti kerja idamannya. Tak apalah demi Qaireen dia sanggup buat begini.

Resignation letter.

Surat inilah yang bakal menamatkan kerjayanya sebagai pilot.

Kau buat keputusan yang besar Adyan. Demi dia. Kau perlu buat ni. Gumamnya.

Kakinya melangkah laju untuk masuk berjumpa dengan pegawai atasan. Jam di tangan dibelek. Dia perlu cepat sebab banyak tempat yang dia mahu singgah.

Sedang ralit dia berjalan, dirinya terserempak dengan perempuan itu.

Perempuan yang mana satu?

Siapa lagi kalau bukan...

Tengku Alanna Sofia.

Kakinya terpaksa brek mengejut kalau tak dia terlanggar Alanna yang berdiri terpacak menghalang laluannya.

Memanglah laluan besar tapi si Alanna ni yang menghalang.

Adyan ke kiri , dia ke kiri. Adyan ke kanan, dia ke kanan.

Menyibuk betul.

Adyan menyilangkan tangannya di dada sambil memandang tajam Alanna.

"Kau nak apa? Tepilah. Aku nak lalu. Jangan menyibuk boleh tak?" Katanya dingin.

"Awak tanya saya nak apa? Of course i want you baby. Tak sangka terserempak dengan awak. Jodoh ke?" Kata Alanna dengan lagak gediknya. Tersengih-sengih Alanna memandang Adyan. Suka lah tu jumpa kekasih hati.

Adyan memandang dengan padangan menyampah. Rasa nak muntah hijau bila Alanna ni perasan.

"Excuse me? Jodoh ke bodoh? Dahlah malas aku nak layan perempuan tak cukup akal macam kau ni." Adyan terus menolak Alanna dari menghalang laluannya. Kakinya laju saja menapak meninggalkan Alanna di belakang.

Tapi apakan daya?

Alanna mengejar langkah Adyan. Masih tak cukup-cukup lagi nak mengganggu lelaki itu. Lengan Adyan ditarik menghadapnya.

"Stop it Alanna Sofia. Rimas tahu tak? Cukuplah. Aku dah penat nak hadap kau." Marah Adyan seraya merentap lengannya dari pegangan Alanna. Nasiblah lapangan terbang ketika itu agak lengang, so tak adalah orang nak tumpukan perhatian pada mereka.

"Kenapa awak macam benci saya? Awak dah tak sayang saya ke? Selama ni--" Adyan tersenyum sinis seraya menggeleng perlahan.

"Yes and yes. I hate you very much. Clear? And one more thing aku bodoh sebab pernah luahkan perasaan pada kau. Mungkin disebabkan hubungan aku dengan Reen yang tak berapa baik, kau goda aku. Yes you did it, aku tewas dalam permainan kau sampai aku lepaskan isteri tercinta aku...

...dan aku menyesal kenal kau Alanna. Kita tak sepatutnya macam tu dulu. Aku rasa berdosa sangat. Please... just leave me alone and move on. I need Qaireen not you." Ujarnya panjang lebar.

Alanna tertawa sinis, matanya sudah memerah menahan perasaan marah dan kecewanya.

"Wow senang awak cakap macam itu kan? Shame on you Adyan. Qaireen pun tak nak lelaki curang macam awak. I'm disgusted with your statement. Awak dengan saya tiada beza, we both are the cheater. The bad one--"

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now