Bab 56 √

21K 1.2K 354
                                    

"Allahuakbar Allahuakbar. Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah..."

Bergenang air mata Adyan semasa mengiqamatkan anak perempuannya yang baru sahaja lahir itu.

Melihat muka anaknya yang sedang lena tertidur itu membuatkan dirinya sebak.

Qaireen...

Kuatkan Qaireen yang Allah.

Selamatkan dia.

"Assalamualaikum princess daddy" Tutur Adyan lembut apabila dia selesai sahaja mengiqamatkan anaknya.

Terserlah muka putih kemerah-merahan anaknya itu. Adyan mencuit-cuit pipi permata hatinya itu.

"Comelnya anak daddy ni. Sama macam mommy awak" Kata Adyan lagi. Dia tersenyum melihat anaknya itu.

"Baby doakan mommy sihat ye? Kita berdua masih perlukan mommy" Kata Adyan lagi. Dia meletakkan anaknya di dalam katil bayi hospital itu. Anaknya terpaksa diletakkan di pediatric ward untuk pemantauan.

Ahli keluarganya yang lain, termasuk abang-abang Qaireen berada di luar ward itu. Mereka tidak dibenarkan masuk dahulu.

"Daddy keluar dulu eh? Nanti daddy datang jenguk awak lagi" Kata Adyan sambil mencium pipi anak perempuannya itu.

Selesai itu, Adyan terus keluar dari ward yang menempatkan anaknya.

"Dah selesai iqamatkan anak kamu?" Tanya Tengku Dariah.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"Dah umi. Comel betul cucu umi tu" Kata Adyan pula.

Tengku Dariah tersenyum.

"Yan, tadi ada nurse datang, dia kata doktor Serra nak jumpa kau" Kata Qafeel kepada Adyan.

"Sekarang ke?" Tanya Adyan pula.

Qafeel menganggukkan kepalanya.

"Haah sekarang."

Adyan terus meninggalkan keluarganya dan terus dia masuk ke dalam bilik doktor yang bertanggungjawab menjaga Qaireen.

"Doktor?" Tegur Adyan.

"Encik Adyan? Masuk dulu. Saya ada benda nak bagitahu encik" Ajak doktor itu.

"Kenapa ye doktor?" Tanya Adyan apabila dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan doktor Serra.

"Pertama sekali, saya minta maaf sebab terpaksa beri ubat kepada puan Qaireen. Puan Qaireen nampak lemah selepas kami selesai membuat pembedahan." Tutur doktor itu kepada Adyan.

Adyan tersenyum.

"Takpe doktor. Saya faham. Terima kasih lagi sekali sebab berjaya selamatkan Qaireen dan anak kami" Kata Adyan pula.

Doktor itu tersenyum.

"Itu semua kuasa Allah, encik Adyan. Saya pun terkejut. Tapi disebabkan kanser yang puan Qaireen hidapi ini masih lagi di stage pertama dan tidak teruk, peluang untuk selamatkan puan Qaireen masih lagi tinggi dan Alhamdulillah. Puan Qaireen juga berjaya diselamatkan" Terang doktor itu panjang lebar.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"Bila agaknya Qaireen akan sedarkan diri doktor?" Tanya Adyan.

"Mungkin dalam sehari atau dua hari sahaja. Encik jangan risau ye" Kata doktor Serra.

"Kesihatan Qaireen baik-baik je kan doktor?"

"Alhamdulillah. Selepas dia bangun dari pengsan dan sebelum saya bagi ubat untuk dia berehat, keadaan dan kesihatan puan Qaireen baik sahaja."

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now