Bab 13 √

17.6K 1.1K 87
                                    

"Awak stay dekat Kashmir berapa hari?"

Harini, Adyan Hayder sudah mula berkerja seperti biasa. Memang kalau boleh dia nak lamakan sikit cutinya, tapi disebabkan tuntutan kerja, jadi dia relakan.

"Seminggu, flower" Jawab Adyan.

Selepas sahaja dia keluar dari bilik air, terus dia bersiap untuk ke tempat kerja. Flight yang dia handle pun tengah hari nanti, jadi adalah masa dia untuk dilengahkan. Qaireen pula masuk kerja petang nanti. Jadi, sempatlah mereka berdua-duaan sebentar.

"Lamanya..." Gumam Qaireen perlahan. Rindu lah macam ni.

"Tak lama pun. Jangan risau, nanti aku balik, kita spend time sama-sama okay?"

Qaireen terkebil-kebil memadang suaminya yang sedang bersiap itu. Dia ingatkan Adyan tak dengar gumaman dia tadi tu.

"Janji? Nanti awak jangan lupa call saya tau" Pesan Qaireen. Matanya masih lagi ralit memandang ke arah suaminya.

Dengan uniform pilotnya yang tersarung di badan tegap Adyan Hayder membuatkan Qaireen Zenia menelan air liur. Handsomenya!

"Janji. Kau kalau ada apa apa jadi, call aku cepat-cepat okay?" Pesan Adyan pula. Risau juga. Isteri kan?

Qaireen Zenia menganggukkan kepalanya.

"Okay"

"So, jadi kan kau hantar aku ke airport harini?"

"Mestilah jadi! Saya dah janji kan nak hantar suami saya. Mana boleh mungkir" Tutur Qaireen sambil tersengih-sengih.

Adyan Hayder memandang ke arah isterinya itu sekilas sambil tersenyum.

"Jom, breakfast dulu. Pergi lepak-lepak dulu ke lepastu kita terus pergi airport" Ajak Adyan Hayder. Nak lepak nak rumah, bosan. So Adyan mengajak Qaireen keluar untuk menunggu masa dia pergi ke tempat kerjanya.

Qaireen mengikut langkah suaminya dan keluar dari bilik tidur mereka. Dari belakang, Qaireen sempat lagi mengusya body suaminya dari belakang. Sumpah handsome!

Lepasni nak suruh dia pakai uniform pilot dia setiap hari boleh tak agak-agaknya eh?

Pasangan suami isteri itu terus bergerak ke restoran yang dipilih oleh Adyan Hayder. Nak breakfast pun pergi restoran kau! Macam tak boleh makan dekat kedai mamak je.

Setibanya di restoran yang menjadi pilihan hati suaminya itu, mereka terus masuk dan memesan makanan mereka.

Adyan yang berada di hadapan isterinya itu memandang sekilas ke arah Qaireen. Senyap je budak kecil ni?

"Flower, are you okay?" Tanya Adyan.

"Okay je. kenapa?"

"Liar. Kau nampak tak okay. Kenapa? Cerita lah" Pujuk Adyan kepada isterinya itu.

Qaireen mengeluh perlahan.

"Takdelah. Saya okay. cuma--"

"Cuma?"

"Hmmm lamanya awak tinggalkan saya dekat sini sorang-sorang. Kalau saya bosan macam mana? Kalau saya rin--"

Percakapan Qaireen terhenti. Dia terus menutup mulutnya. Rindu?! Memang tak lah dia nak kata dia rindu suaminya itu nanti. Malu lah!

Adyan mengangkat keningnya dan tersenyum nakal.

"Kau akan rindu aku?" Tanya Adyan.

"Ma..mana ada!" Sangkal Qaireen. Mukanya sudah berona merah.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now