Bab 57 √

21.6K 1.3K 705
                                    

"Doktor? Macam mana dengan keadaan adik saya?" Tanya Qafeel kepada doktor yang bertanggungjawab menjaga adiknya itu.

Doktor itu tersenyum.

"Alhamdulillah. Adik awak dah sedar. Boleh lah kalau awak nak masuk jenguk dia" Kata doktor itu kepada Qafeel.

Qarizh yang berada di sebelah abang sulongnya sama mengucapkan syukurnya terhadap Ilahi kerana telah menyelamatkan adiknya.

Semalam, doktor hanya memberitahu bahawa Qaireen memerlukan rehat yang cukup selepas dia selamat melahirkan anaknya. Qaireen terlalu penat dan menyebabkan dia pengsan selepas sahaja dia melahirkan puteri kecilnya.

"Along masuk lah dulu tengok Reen, Rizh nak call Adyan kejap. Nak bagitahu dia" Kata Qarizh sambil mengeluarkan telefon pintarnya.

Qafeel menganggukkan kepalanya. Dia terus melangkah masuk ke dalam ward yang menempatkan Qaireen. Qaireen juga telah dimasukkan semula ke ward biasa selepas dia sedar dari tidurnya.

"Hai adik!" Sapa Qafeel kepada Qaireen.

Qaireen tersenyum melihat abangnya yang baru sahaja masuk ke dalam ward yang menempatkan dirinya.

"Hai along. Angah mana?" Tanya Qaireen. Dia menyelesakan duduknya di atas katil di dalam ward VVIP itu.

"Angah dekat luar tengah buat phone call kejap. Reen nak apa-apa tak? Lapar tak?" Tanya Qafeel prihatin. Lega hatinya apabila dapat melihat senyuman yang terukir di bibir mekar Qaireen.

Qaireen menggelengkan kepalanya.

"Tak nak la. Reen tak lapar lagi. Hmm along..." Panggil Qaireen.

Qafeel mengangkat keningnya.

"Kenapa?" Tanya Qafeel kepada adiknya itu.

"Reen nak tengok baby boleh? Reen nak tengok anak Reen" Tanya Qaireen.

Qafeel tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

"Boleh. Kejap eh. Along pergi panggil nurse untuk ambilkan anak Reen"

Qaireen menganggukkan kepalanya. Dia melihat sahaja langkah abangnya keluar dari ward itu. Bibirnya mengukirkan senyuman indah.

Tak sabar nak tengok muka anaknya.

"Rizh. Pergi masuk. Tengokkan Qaireen jab. Aku nak pergi panggil nurse suruh bawakan baby. Reen nak jumpa anak dia" Kata Qafeel.

"Okay"

Selesai sahaja dia mematikan talian, Qarizh terus melangkah masuk ke dalam ward adiknya.

Adyan dan ahli keluarganya akan tiba tak lama lagi. Seronok Qarizh mendengar suara teruja Adyan tadi. Mesti dia paling tak sabar nak jumpa dengan Qaireen.

"Hai Reen!" Sapa Qarizh pula. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Qaireen.

"Hai angah. Angah call siapa tadi?" Tanya Qaireen.

"Kawan angah" Jawab Qarizh. Sengaja dia taknak Qaireen tahu tentang itu.

Qaireen menganggukkan kepalanya.

"So, how's everything? Reen okay tak ni? Ada sakit mana mana lagi?" Tanya Qarizh.

Qaireen tersenyum.

"Reen okay la angah. Angah jangan lah risau. Sakit melahirkan anak tu perkara biasa. Reen okay hehe" Tutur Qaireen sambil tersengih.

"Lega angah bila tengok Reen senyum ni macam. Semalam masa doktor cakap Reen pengsan lepas lahirkan baby, Adyan terkejut gila. Dia nak masuk tengok Qaireen tapi doktor tak benarkan. Takut betul dia masa tu" Terang Qarizh kepada adiknya.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now