Bab 53 √

21K 1.3K 535
                                    

Hari-hari berlalu dengan pantas.

Hari ini, Adyan dan juga Adam akan ke KLIA. Ada hal yang mereka kena uruskan.

Baru beberapa lepas mereka fly ke Indonesia. Tak jauh sebab Adyan yang meminta pihak department untuk memberikan penerbangan yang tidak jauh dari Malaysia.

"Sorry lambat Yan" Kata Adam yang baru sahaja masuk ke dalam kereta milik Adyan. Tersengih-sengih dia apabila masuk ke dalam perut kereta milik Adyan.

"Menyesal aku jadi volunteer untuk jemput kau hari ni" Kata Adyan pula sambil menjeling sahabatnya itu. Terus kakinya menekan pedal minyak untuk meneruskan pemanduan ke KLIA.

"Sorry lah. Malam tadi aku tidur lewat so bangun pun lewat lah" Terang Adam lagi.

Adyan hanya mendiamkan diri sambil memberi fokus kepada pemanduannya.

Dalam mereka berbual kosong, akhirnya mereka tiba di KLIA tepat jam 10 pagi.

Selesai memakirkan kereta, Adyan dan Adam berlalu masuk ke dalam bangunan KLIA yang tersergam indah itu. Ramai manusia-manusia di situ menunggu masa untuk menaiki kapal terbang. Entah nak melancong ke mana lah tu.

"Yan, dia datang" Kata Adam.

Adyan mengerutkan dahinya.

Dia? Siapa dia?

Terus Adyan melihat ke hadapannya. Keluhan berat keluar dari mulutnya apabila dia melihat kelibat Alanna yang semakin datang menghampiri dirinya dan juga Adam.

"Hai Adyan" Sapa Alanna sambil tersenyum.

Adam yang berada di situ melihat pakaian Alanna. Baru balik dari fly lah tu apabila dia melihat baju pramugari berada di tubuh wanita itu.

"Kau nak apa?" Tanya Adyan dingin.

Sejak hal yang berlaku di apartment milik Alanna, Adyan sudah tidak mahu berjumpa lagi dengan wanita ini. Pelbagai cara dia buat untuk tidak berjumpa dengan Alanna. Sehingga waktu kerja pun, dia akan mencari jadual yang tidak mempunyai persamaan antara dia dan juga Alanna.

Adyan mengaku, wanita itu mampu membuat dirinya tergoda. Akibat nafsu, dirinya sendiri jadi tidak terurus. Akibat nafsu, rumah tangganya pecah belah. Semuanya hanya disebabkan oleh nafsu.

Bagi Alanna, disebabkan dendam dan perasaan yang kuat ingin memiliki Adyan, dia sanggup buat apa sahaja agar Adyan dapat menjadi hak miliknya.

"Saya nak jumpa awak. Lama dah kita tak spend time sama-sama kan?" Kata Alanna lagi. Dia hanya mengabaikan pandangan tajam Adam yang berada di sebelah Adyan itu.

"Aku tak nak jumpa kau dan aku tak hingin nak ada apa-apa lagi dengan kau. Faham?" Kata Adyan.

Alanna tersentak tetapi tidak lama kemudian dia tersenyum dan terus mendekati Adyan.

"Awak sure awak boleh tolak saya?" Kata Alanna sambil cuba untuk mengusap dada bidang Adyan.

Adyan yang perasan akan hal itu terus menolak Alanna. Kuat. Nasib baik tak jatuh je.

"Jangan sentuh aku!" Mencerlung mata Adyan memandang ke arah Alanna.

Alanna tersenyum sinis. Adyan yang sekarang bukan lagi Adyan yang dahulu.

"Kenapa awak tak nak saya sentuh awak? Awak takut awak tergoda dengan saya?" Tanya Alanna lagi.

Adyan tersenyum sinis.

"Bukan. Tapi aku takut kekotoran yang ada dekat tangan kau tu melekat dengan baju aku je" Kata Adyan selamba.

Adam yang berada di sebelah Adyan hanya menahan diri untuk ketawa. Memang masak lah perempuan ni kalau dia cari pasal dengan Adyan hari ni.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now