Bab 18 √

16.7K 1.1K 517
                                    

Adyan Hayder menyandarkan badannya pada keretanya. Dia membelek jam di tangannya. Seperti biasa isterinya memang selalu tergopoh-gapah pada waktu pagi sebelum pergi kerja.

Oleh sebab itu, Adyan yang dah masak dengan perangai Qaireen, dia hanya menunggu di luar dengan kereta.

Sedang ralit dia menunggu, dia memikirkan hubungannya dengan Qaireen. Lama juga dia ambil masa untuk fikir tentang hati dan perasaannya terhadap Qaireen. Makin lama makin mekar perasaannya itu pada Qaireen Zenia, isterinya.

Teringat pula kata kata adiknya pada bulan yang lalu.

"Jujur dengan sendiri.. jujur pada Qaireen. Nanti melepas padan muka."

Itulah yang dia akan lakukan sebelum dia berangkat ke negara luar esok hari. Aku akan jujur dengan perasaan aku. Aku tak nak Qaireen terlepas dari aku. She's mine. Omelnya dengan senyuman manis.

Pelbagai rencana sudah dia fikirkan bagi meluahkan perasaanya pada Qaireen dengan cara yang istimewa.

Qaireen yang sudah tercegat di depan Adyan. Hanya memandang tingkah laku suaminya.

Dah kenapa dengan suami aku ni? Kejap senyum. Kejap gelak. Kejap angguk kepala. Macam tengah angaukan sesuatu.

"Adyan!" Qaireen menyapa suaminya seraya menepuk lembut bahu Adyan.

Adyan yang tengah ralit dengan dunianya tadi terus tersentak dengan panggilan Qaireen.

"Haaa ya. Kenapa?" Tanya Adyan terpinga pinga sambil memandang Qaireen dengan kerutan di dahi.

"Ish dia ni. Termenung jauh pula.. Jomlah. Dah lambat ni saya nak pergi kerja." Bebel Qaireen dengan cebikkan di bibir.

"Heh. Sorry sikit. Kau yang lambat okay. Aku dari tadi tunggu kau. Macam berdekad nak tunggu kau bersiap. Siput pun tak lambat macam kau tau" Perli Adyan seraya masuk dalam kereta.

Bulat mata Qaireen selepas Adyan cakap dia macam tu. Amboi kemain kutuk isteri sendiri. Siap bezakan dia dengan siput. Ish kurang asam betul!! Gumamnya dengan geram.

Dia terus memboloskan dirinya ke dalam kereta tanpa memandang Adyan di sebelahnya. Adyan pula gelengkan kepalanya. Ada saja mood tak baik isteri dia tu.

Qaireen nak merajuk dengan Adyan lah tu..

Sepanjang dalam perjalanan ke hospital, mereka berdiam diri. Hanya bunyi bunyian dari radio saja yang memecahkan kesunyian antara mereka.

Sampai saja di hospital, Qaireen yang baru saja mahu membuka seatbelt terhalang dengan tangan Adyan yang menghalang.

Adyan menggenggam erat kedua dua tangan Qaireen. Kini, tangan Qaireen yang kecil molek itu berada di tangan Adyan sasa.

"Jangan macam ni flower. Rezeki tak masuk kalau muka masam pagi pagi. Tak elok tau" pujuk Adyan sambil mengusap lembut tangan lembut Qaireen.

"Hmmm" balas Qaireen dengan nada dingin.

"Hmm je?" Suara Adyan yang semakin lembut itu kedengaran sejuk untuk didengari telinga Qaireen.

Qaireen menahan perasaanya. Adyan bab pujuk memujuk memang dia cair. Sebab Adyan memang jenis bertolak ansur dengannya.

Qaireen jangan cepat cair!!! Pesannya dalam hati.

"Saya nak pergi kerja ni. Jangan lewatkan masa saya. Tadi awak bandingkan saya dengan siput. Saya tahu saya lembab ha cepatlah lepaskan tangan saya ni. Ada yang kena cubit ni kang" ujar Qaireen dengan nada yang seakan akan merajuk.

"Hehehe. Sorry flower. Okay kau bukan siput. Kau bidadari. Bidadari untuk Tengku Adyan Hayder. Haaa okay tak panggilan tu?" Adyan masih lagi berusaha untuk pujuk Qaireen.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now