Bab 64 √

18.8K 1.2K 415
                                    

"Maaf, bagi saya check doktor Qaireen dulu. Encik berdua sila tunggu di luar" Kata doktor Kasyaf.

Malam ini sekali lagi, Qaireen dimasukkan ke emergency room.

"Tolong selamatkan adik saya doktor" Pinta Qafeel kepada doktor muda itu.

Doktor Kasyaf menganggukkan kepalanya.

"InsyaAllah. Tolong doakan untuk adik encik" Terus doktor Kasyaf meminta izin untuk masuk ke dalam emergency room.

Qafeel dan Qarizh hanya melihat langkah doktor Kasyaf pergi dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Doa banyak-banyak along. InsyaAllah, keadaan Reen akan okay" Kata Qarizh bagi menenangkan abangnya itu.

Qafeel menarik panjang nafasnya.

"Dah call Adyan?" Tanya Qafeel kepada adiknya.

Qarizh menganggukkan kepalanya.

"Dah. Lepas hantar Aiyana ke rumah uncle dengan aunty tadi, aku dah inform Adyan pasal ni" Jawab Qarizh.

Malam itu, Adyan pulang ke rumahnya sendiri dan tidak berada di rumah kedua orang tuanya. Qarizh tahu pun sebab tadi sempat dia menghantar Aiyana ke rumah tengku Dariah dan juga tengku Hashim. Takkan nak bawa Aiyana ke hospital pula kan? Tadi pun Aiyana menangis. Mungkin dia tahu mommynya sakit.

"Qafeel! Qarizh!" Laung seseorang.

Qafeel dan juga Qarizh mengangkat muka memandang ke arah suara itu.

"Yan.."

"Macam mana dengan Qaireen? Macam mana dia boleh jadi macam tu?" Tanya Adyan kepada kedua orang abang Qaireen itu.

Luluh jantungnya apabila mendengar khabar berita tentang Qaireen yang diberikan oleh Qarizh kepadanya tadi. Baru je petang tadi dia berjumpa dengan Qaireen dan wanita itu tampak sihat. Tapi malam ni...

"Aku tak tahu. Aku terdengar barang jatuh dari dalam bilik dia lepastu aku terus masuk nak tengok apa yang jadi. Tapi tak sangka aku tengok Qaireen dah terbaring atas lantai biliknya" Terang Qarizh.

"Allahuakbar..."

"Reen---reen akan okay kan?" Tanya Adyan.

Qarizh menepuk bahu Adyan.

"Doakan yang terbaik untuk Qaireen. InsyaAllah dia akan okay. Adik aku kan kuat?" Kata Qarizh kepada lelaki itu.

Adyan menganggukkan kepalanya.

Ye Qaireen kuat. Tolong kuat Reen. Tolong kuat untuk Aiyana.

Selama 2 jam lebih Qaireen berada di dalam emergency room, akhirnya terbuka pintu automatik bilik itu dari dalam. Sosok tubuh doktor Kasyaf turut keluar dari bilik itu.

"Boleh saya jumpa salah seorang dari keluarga doktor Qaireen?" Tanya doktor Kasyaf.

Mereka bertiga memandang ke arah satu sama lain.

"Pergi lah Qafeel" Kata Adyan dan Qarizh serentak.

Qafeel menganggukkan kepalanya. Dia mengikut langkah doktor Kasyaf.

Sampai sahaja di dalam bilik doktor Kasyaf, Qafeel terus melabuhkan duduknya di hadapan doktor muda itu apabila diberi keizinan oleh doktor itu.

"Kenapa dengan adik saya doktor? Keadaan dia okay kan?" Tanya Qafeel kepada doktor itu.

Doktor Kasyaf mengeluh sedikit.

"Saya minta maaf encik. Encik tahu kan doktor Qaireen ada kanser?" Tanya doktor Kasyaf.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now