Bab 26 √

12.4K 955 57
                                    

Hospital Besar, Kuala Lumpur.

"Doktor!!"

"Doktor Qaireen!!"

Panggil Hazel tergesa-gesa. Tercungap-cungap dia mengambil nafas apabila sampai di hadapan pintu bilik Qaireen.

"Yes Hazel? Kenapa ni?" Tanya Qaireen.

"We need you now, doktor! Ada patient baru masuk. Emergency. Patient banyak hilang darah" Kata Hazel.

Qaireen tersentak.

"Okay, jom" Terus Qaireen bangun dari duduknya. Laju langkahnya untuk pergi ke bilik bedah.

Ya Allah, permudahkan lah segala urusanku hari ni. Doanya apabila masuk sahaja ke dalam operation room.

Semua peralatan untuk membuat pembedahan sudah pun siap tersedia. Qaireen beristighfar banyak kali untuk menenangkan dirinya. Melihat keadaan patient yang lemah terbaring itu hatinya luluh.

Selalu dia berfikir, bagaimana perasaan ahli keluarga bila dia sendiri yang terbaring lemah di atas katil hospital itu. Allahuakbar! Dia sendiri tidak boleh bayang semua itu.

"Nurse, check tekanan jantung patient dulu. Stabil atau tak?" Arah Qaireen.

"Sorry doktor, tapi patient sangat lemah. Denyutan jantung dia lemah sama juga dengan nadi dia.." Kata salah seorang nurse yang berada di dalam operation room itu.

"Okay. Kita kena lakukan pembedahan sekarang juga memandangkan patient sangat lemah. Awak dah tanya kebenaran ahli keluarga pesakit ni untuk kita lakukan pembedahan?"

"Dah doktor. Ahli keluarga pesakit ini izinkan"

"Good. Kita start sekarang"

"He bleed a lot and maybe he could got into shock. Please keep an eye on his vitals" ujar Qaireen pada doktor dan nurse yang membantunya. Semua mengangguk faham mendengar arahan dari Qaireen.

"Okay I'm going to open his head. Scalpel please" dan kepala pesakitnya dibelah dan dibuka bagi menghentikan pendarahan di otak pesakitnya.

Qaireen bertungkus-lumus membedah pesakit itu dengan hati yang tidak tenteram. Banyak benda yang dia fikirkan. Melihat keadaan patient yang sangat lemah itu membuatkan dia takut. Takut untuk menghadapi sesuatu berlaku yang tidak diingini.

"Doktor!" Laung nurse itu bila darah pesakitnya terpercik keluar dan terkena di muka Qaireen.

"Sorry. I think i touched the wrong blood vessel." Ujar Qaireen dengan tenang. Dia tidak mahu gelabah. Dia perlu cekap membuat kerjanya.

Makin banyak darah keluar sampai terpancut ke baju bedah mereka. Namun, Qaireen masih bertenang buat kerjanya. Mukanya berkerut tatkala melihat darah yang mengalir banyak.

"Hazel. Bring more blood" Hazel anggukkan kepalanya dan berlalu mengambil bekalan darah.

"Forcep please" nurse itu terus beri alatan yang diminta pada Qaireen.

"Doktor Qaireen! Pressure's dropping" jerit doktor yang membantunya.

"Bring me more blood!" Kali ni darah pesakit itu tidak berhenti-henti keluar. Qaireen cuba sedaya-upaya dia. Namun, qada dan qadar Allah telah tetapkan. Tiada siapa boleh halang jikalau ajalnya sudah menjemput.

"Doktor Qaireen... he's--"

Titttttt......

"Allahuakbar!!" Degupan jantung Qaireen bagaikan hendak terhenti sama seperti mesin pernafasan itu. Tangannya kaku terus dari membedah pesakit itu. Kini, dia tidak mampu berbuat apa lagi. Allah dah jemput pesakit ni ke tempatnya.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now