Bab 47 √

16.5K 1K 1.1K
                                    

Beberapa hari sudah berlalu...

Kereta diparkirkan dari luar pagar saja. Adam tidak menoleh ke arah Adyan. Dia hanya memandang depan.

Suasana semasa dalam perjalanan pulang pun senyap. Adam tidak bertegur sapa dengan Adyan sejak kes di Kashmir itu.

"Thanks Adam hantar aku balik." Ujar Adyan seraya keluar dari perut kereta Adam.

Tanpa membalas kata Adyan, Adam terus pecut memandu keretanya.

Adyan memandang saja kereta Adam yang sudah meninggalkannya sendirian. Dia mengeluh seketika. Hubungannya dengan Adam tidak berapa baik selepas kejadian itu.

Tak apalah. Marah sekejap saja itu. Nanti berbaiklah. Omelnya dalam hati. Kemudian, kakinya laju saja melangkah masuk ke dalam rumah.

Salam diberi dan masuk-masuk saja, Adyan sudah nampak muka Qaireen di ruang tamu.

Muka Qaireen agak sembab dan beriak dingin. Adyan malas nak tanya apatah lagi nak bertegur sapa dengan Qaireen.

Dirinya yang terasa penat itu membuatkan dia berat mulut untuk tegur Qaireen. Baru saja dia mahu melangkah menaiki tangga, ada suara menyapa gegendang telinganya.

"Memang buat-buat tak nampak isteri sendiri ke? Atau memang dah buta sebab dah ada yang lain?" Perli Qaireen sedas. Sudah penat dia berdiam diri selama Adyan di Kashmir.

Dia nak bertanya pada Adyan secara depan-depan. Sanggup dia tak call dan mesej Adyan pasal kejadian itu.

Adyan menghela nafas panjang.

"I saw you but I'm too tired. Nanti-nanti jelah kita borak. Abang nak tidur." Qaireen terus menarik lengan Adyan menghadapnya.

"Penat? Penat balik dari kerja atau penat menggatal dengan kawan saya?" Adyan memandang Qaireen dengan pandangan kosong.

Tanpa secalit senyuman.

Hanya pandangan dingin.

Kosong.

"Apa maksud sayang? Sah-sahlah abang penat balik dari kerja. Jangan merepek boleh tak? Abang penat. Jangan tambahkan abang punya penat dengan cakap Reen yang entah apa-apa ini." Tersentak Qaireen bila Adyan seperti melayannya acuh tak acuh.

"Wait abang. Reen nak tunjuk sesuatu pada abang--" baru saja Qaireen mahu menunjukkan gambar itu, Adyan sekali lagi membidasnya.

"Qaireen Zenia! Abang cakap abang penat. Faham tak? Dahlah. Serabut lah balik-balik je kena tuduh macam-macam. Reen ni suka sangat marah tak tentu pasal. Penatlah" Adyan terus melangkah ke bilik tidur.

Qaireen terjelepuk di anak tangga. Dia kemam bibirnya menahan tangisnya dari berbunyi.

"Sampai hati abang. I'm not angry but I'm in pain and you put me in this situation..."

"You betrayed me abang" gumamnya seraya menyembamkan wajahnya pada lutut.

Hatinya sakit.

Sakit sangat bila dilayan seperti sampah.

*****

Semua menghela nafas berat setelah mendengar cerita dari mulut Adam.

"What the.. Adyan itu dah kenapa? Gila ke? Otak dia pergi mana? Jatuh pastu hilang. Dah tak reti nak fikir baik-baik ke dia tu?" Bebel Carl Syafiq. Hatinya juga panas selepas dapat tahu kejadian Adyan dan Alanna itu.

"Haihh aku pun tak tahulah Carl. Kawan kita ni dah buat kerja gila. Dia curang dengan isteri dia. Alanna itu.. kawan baik Qaireen sendiri kut." Balas Adam seraya memicit pelipis dahinya.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now