Bab 23 √

14.7K 1K 97
                                    

Sehari suntuk Adyan dan Qaireen serta ahli keluarga yang lain keluar meneroka keindahan di Pulau Langkawi ini. Pelbagai tempat mereka singgah seperti Underwater World Langkawi dan Langkawi Sky Bridge.

Macam-macam aktiviti mereka lakukan bersama. Family day lah katakan.

Tempat terakhir mereka akan pergi seterusnya ialah Kereta Kabel Langkawi. Masing-masing sudah bersedia untuk menaiki kereta kabel itu.

Mama dengan papa. Umi dengan Walid manakala abang Qafeel dan Qarizh naik berdua. Adelia pula tidak mahu ikut bersama. Takut ketinggian katanya. Masa di Langkawi Bridge pun dia tak ikut sama. Haihlah Adel penakut sungguh.

So, Adyan Hayder mestilah dengan isteri kesayangan dia Qaireen Zenia. Tak akan dengan orang lain pula.

"Sayang... kalau takut peluk je abang. Abang ada dekat sebelah" pesan Adyan sementara menunggu giliran untuk masuk cabel car itu. Qaireen menampar lembut lengan suaminya.

"Ini Qaireen Zenia lah. Mana ada Reen takut. Siapa nak peluk abang? Peluk tiang elektrik lagi best." usik Qaireen sambil menonong jalan ke depan meninggalkan Adyan di belakang.

Laungan Adyan tak dihiraukan yang mengejar bayangannya. padan muka. Suka suka je cakap aku penakut. Omel Qaireen.

Kami berdua masuk ke dalam cabel car itu dengan perasaan teruja. Siapa tak teruja huh? Pemandangan dari cabel car ni cantik tau. Tengok pemandangan di bawah yang kaya dengan flora dan fauna.

Sudahlah pemandangan di bawah cabel car ini dapat dilihat dari lantai kacanya selain tingkap. Mata mereka dihiasi dengan pemandangan Air Terjun Telaga Tujuh, laut yang kebiruan dan burung burung yang bebas beterbangan.

"Cantik kan pemandangan dia, flower." Ujar Adyan sambil menikmati pemandangan dari luar tingkap.

Qaireen mengiyakan saja ujaran Adyan.

Bukan tak mahu bercakap tapi dia tengah leka dengan tatapan indah itu. Suasana menjadi hening seketika. Masing-masing ralit melayan keindahan alam.

Sampailah satu saat, cabel car yang dinaiki Adyan dan Qaireen tiba-tiba berhenti. Qaireen kaget dengan apa yang berlaku. Dia memandang Adyan yang turut sama terkejut.

"Emmm.. ke-kenapa cabel car ni tiba tiba stop? Tak akan rosak pula." Tanya Qaireen pada Adyan.

Kening Adyan bertaut menunjukkan dia pun tidak tahu punca cabel car itu berhenti secara tiba-tiba.

"I don't know flower. Perhaps, they have some technical problems. Kejap abang call umi walid" baru saja Adyan menekan nombor walidnya.

Walidnya sudah call terlebih dahulu.

"Yan.. kamu dah turun kan. Kami semua dah ada dekat bawah ni. Tadi walid dengar ada problem yang melibatkan beberapa orang terkandas dekat atas. Yan bagitahu walid yan dekat--"

"Walid.. Yan minta maaf. Yan dengan Reen tergolong dalam orang yang terkandas tu. Yan baru nak call walid tadi." Ujarnya dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.

Sudahlah mereka berhenti tergantung sepi macam tu je. Siapa tak cuak?

"Ya Allah. Yan dengan Reen okay tak? Walid ingat kamu dah turun. Tak apa. Walid cuba tanya seberapa lama dorang dapat settlekan. Kamu pujuk isteri kamu tu. Cuba tenangkan dia. Apa apa walid inform kamu balik" pamit Tengku Hashim.

Sempat juga Adyan dengar kekecohan dari keluarga Qaireen dan uminya. Mereka semua pasti risau keadaannya dengan Qaireen.

"Emm okay walid" Adyan putuskan taliannya bersama walidnya. Isterinya dikerling sekilas. Dari tadi dia perasan Qaireen menjadi pendiam. Tiada satu bunyi pun keluar dari mulut Qaireen.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now