Bab 49 √

24.5K 1.4K 1.3K
                                    

Pang!!

Sekali lagi, pipi Alanna ditampar kuat oleh Qaireen. Turun naik nafasnya menahan amarah. Matanya yang sudah memerah itu mencerlung tajam ke arah Alanna dan juga suaminya. Air mata yang sudah berjurai mengalir itu tidak dihiraukan.

"Apa yang kau cuba buat huh?!" Tanya Qaireen lantang.

Alanna tersenyum sinis tanpa menjawab. Dia membetulkan bathrobe miliknya yang sudah tidak kemas itu.

"Aku tanya, apa yang kau cuba buat ni perempuan tak guna!" Tengking Qaireen lagi.

"Qaireen Zenia!" Tegur Adyan lantang.

Pang!!

Kali ini tangan Qaireen melekap pada pipi suaminya. Matanya memandang tajam suaminya.

"Puas? Puas buat maksiat?" Tanya Qaireen sarkastik.

Tadi, dia mendapat panggilan dari Izyan yang menyuruh datang ke apartment milik Alanna.

Sampai sahaja di apartment milik Alanna, Qaireen melihat kawan-kawannya dan juga kawan-kawan Adyan sudah berada di situ juga.

"Watch your mouth Qaireen" Tegur Adyan.

Qaireen tergelak sinis. Tangannya mengelap kasar air mata yang galak mengalir itu.

"Untuk apa saya jaga mulut saya? Awak bukan lelaki yang berhak dapat layanan yang baik dari saya" Balas Qaireen. Sinis. Sangat sinis.

Adyan mendiamkan diri. Tetapi matanya tajam melihat ke arah Qaireen. Qaireen sudah pandai menjawab. Kata-kata yang keluar dari mulut Qaireen sangat menyakitkan hatinya.

"I ask you again Adyan Hayder. Dah puas ke belum buat maksiat dengan perempuan murah ni? Ke tadi tak sem---"

Adyan mengangkat tangannya.

Qaireen tersenyum.

"Kenapa? Kau nak lempang aku? Lempang lah." Cabar Qaireen. Sikit pun dia tak rasa takut dengan suaminya.

Adyan tersentak. Qaireen berani. Sangat berani sampaikan panggilannya juga sudah ditukar.

"Kenapa? Tak jadi nak tampar?" Provok Qaireen lagi.

Adyan mengenggam erat tangannya. Menahan rasa.

Qaireen yang melihat itu hanya tersenyum mengejek.

"Tak sangka, aku ada kawan murah macam kau" Kata Izyan kepada Alanna.

Sedari tadi, mereka semua hanya mendiamkan diri. Memerhati apa yang akan terjadi.

"Biasalah tu Izyan. Perempuan murah hanya untuk lelaki murah juga" Kata Adam pula. Dia tersenyum sinis ke arah Adyan yang memandangnya tajam.

Jeda.

"Dah puas hati kau sekarang Alanna?" Tanya Qaireen. Perlahan-lahan dia mendekati Alanna.

Alanna diam. Sejujurnya dia tak pernah melihat Qaireen mengamuk macam ni.

"Aku tanya ni? Kau dah puas ke belum? Kau dah dapat Adyan kan?" Tanya Qaireen lagi. Tajam matanya memanah ke arah mata Alanna yang berani menentang matanya.

Dalam gentar, Alanna tersenyum sinis.

"Mestilah puas. Aku dah dapat rampas semula Adyan dari kau" Jawab Alanna.

Adyan yang mendengar itu terkelu. Rampas semula?

"Apa maksud kau huh perempuan?" Tanya Dayyan kepada Alanna.

Alanna hanya tergelak tetapi tidak menjawab persoalan itu.

"Awak nak tahu ke Dayyan? Sini saya bagitahu awak. Sebenarnya, Alanna ni dah suka Adyan lama. Sejak Qaireen mula mula balik ke Malaysia lepas dia tamat belajar. Dekat airport masa tu. Alanna kata, dia dah minat Adyan masa tu. Konon macam love at the first sight gitu lah" Terang Afeeya mengejek.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now