Bab 16 √

17.4K 1.1K 434
                                    

Kini, Tengku Adyan Hayder sedang bercuti seketika selepas flight nya di Kashmir. Kerjanya menemani Qaireen, menghantar pergi kerja dan mengambil Qaireen pulang.

Adyan memegang stereng dengan sebelah tangannya dan fokus pada pemanduannya. Tangannya yang sebelah lagi menggenggam erat tangan Qaireen.

Sejak balik dari Kashmir, makin manja pula si Adyan dengan Qaireen.

Qaireen hanya membiarkan saja tangannya digenggam Adyan. Dia suka tapi masih malu malu walaupun dah halal. Suasana dalam kereta agak sunyi sebab dua dua tak tahu nak bual apa.

"Zenia.. Kau balik lambat ke hari ni?" Sapa Adyan setelah lama mereka berdiam diri.

"Emm... saya tak tahu lagi. Saya ada discussion dengan doktor Asyraf. Awak nak jemput saya balik ke?" Qaireen mengeling Adyan di sebelahnya.

"Ye lah.. aku nak jemput isteri aku la... nanti call bila dah habis kerja. Jangan pandai pandai nak call grab pula. Bahaya kau sorang sorang malam macam tu." nasihat Adyan sambil membelokkan keretanya ke kiri memasuki perkarangan hospital.

"Yelah. Saya tunggu awak. Okaylah saya pergi kerja dulu."

"Okay. Take care flower." Kata Adyan sambil mencium dahi Qaireen. Namun, selepas itu Qaireen masih berada di sebelah dan tak keluar lagi.

Adyan mengangkat kening sebelahnya. "Kenapa? Kau tak nak pergi kerja? Rindu aku dah ke?" Usik Adyan sambil mencuit hidung Qaireen.

Terkebil kebil Qaireen memandangnya. Tangannya yang bersatu dengan Adyan dari tadi diangkat bersama. Kini, Adyan pula yang terkebil kebil. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"Awak yang macam tak nak lepaskan saya. Tangan saya ni dari tadi dalam genggaman awak tau. Saya leraikan awak lagi eratkan. Dia yang rindu kita, cakap orang pula" balas Qaireen dengan nada mengusik. Qaireen mencubit manja pipi kanan Adyan.

Adyan tersengih kecil.

"Hehehe sorry flower. Okay you can go. Jaga diri ya." Adyan mencium tangan Qaireen seraya lepaskan dari genggamannya.

"You too Adyan. Nanti saya call awak okay. Bye awak" pamit Qaireen seraya keluar dari kereta. Pemergian Qaireen hanya diekori mata Adyan. Terbit senyuman kecil dari bibir Adyan.

Why she's so cute? Gumamnya.

Adyan terus pandu kereta keluar dari kawasan itu dan bergerak pulang ke rumahnya. Dia mahu berehat kerana penat kerjanya belum hilang lagi.

*****

Carl Syafiq tersengih sengih macam kerang busuk. Dia dari tadi melayani mesej yang tidak berhenti masuk.

Ahmad Dayyan yang memandangnya mengerutkan dahinya.

"Oi kau kenapa? Macam orang tak betul je" sapa Dayyan seraya menepuk kuat bahu Carl Syafiq.

"Aduh! Kau ni mengacau lah. Tepilah oi" Carl menepis tangan Dayyan.

"Kau ni kan. Sejak dah bercinta. Angau menjadi jadi. Nah makan ni" kata Dayyan seraya masukkan sandwich yang dipesannya.

Carl hanya membuka mulut dan makan sandwich huluran Dayyan.

Namun, dia tidak tahu yang Dayyan ada niat tersembunyi di sebalik sandwich yang diberi. Dayyan menahan bibirnya dari gelak.

Dia meletakkan cili dalam sandwich itu. Dia yang minta waiter nak cili sebab nak kenakan Carl Syafiq yang dari tadi kusyuk dengan telefon.

"Wey pahal sandwich kau--" terbeliak mata Carl Syafiq bila dia terkunyah satu benda yang dia amat benci.

CILI!!!!

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now