e m p a t p u l u h l i m a

1.5K 72 10
                                    

"Bik, kenapa ni?" Tergopoh-gapah Datin Hanisah dibuatnya. Risau takut terjadi apa-apa terhadap bik Inah. Meskipun bik Inah sekadar bergelar seorang pembantu rumah, namun Datin Hanisah sudah menganggap dia seperti sebuah keluarga. Arwah anaknya juga hampir berkahwin dengan anak perempuan bik Inah namun tak berkesampaian kerana anak lelakinya itu meninggal dunia di tangan adiknya sendiri.

"Eh, takde apa-apa datin. Saya terjatuhkan barang tadi." Bik Inah tersenyum nipis ke arah majikannya sambil tangannya memegang erat lengan Mawar yang turut berada di situ. Dalam masa yang sama mata tajam Aryan dapat menangkap pandangan membunuh Mawar terhadapnya. Dada wanita itu juga turun naik tanda menahan marah. Bilik tidur dua beranak itu juga berselerak dengan baju-baju dan duit syiling serta duit kertas di lantai.

"Oh, ingatkan apa lah tadi. Hati-hati ya bik. Risau saya dibuatnya. Tapi bik Inah dengan Mawar kenapa bilik macam baru lepas berperang ni?" Lembut Datin Hanisah menyoal. Tiada perasaan marah kerana dia menganggap bik Inah dan Mawar mungkin sedang mencari barang di dalam bilik mereka.

"Ni tadi saya dengan Mawar tengah kemas bilik sikit, Datin. Tu yang berselerak lepastu terpecahkan barang." Jelas di mata Aryan yang pembantu rumahnya itu baru sudah menangis. Macam mana dia tak perasan kalau mata bik Inah sembab begitu.

"Takpe lah datin nanti saya sambung kemas bilik ni. Nak buat makan tengah hari pulak ni."

"Lah dah nak dekat pukul 1 rupanya. Okay lah kalau macam tu kita buat lunch sama-sama ya bik. Saya pun tak perasan tadi. Masak sama-sama cepat sikit siap. Takde lah tuan singa mengamuk nanti sebab lunch tak siap lagi." Sempat Datin Hanisah mengutuk suaminya sambil tergelak kecil dan berlalu pergi bersama bik Inah menuju ke dapur. Meninggalkan Aryan dan Mawar sahaja di situ.

"Anak jenis apa kau ni Mawar? Buat mak kau menangis sampai macam tu sekali." Aryan menyandarkan badan ke dinding. Sinis dia berkata-kata sambil memeluk tubuh.

"Aku anak jenis apa? Kau tu anak jenis apa? Kau jangan ingat kau tu baik sangat lah." Tiada gentar di dalam nada suara Mawar. Tidak peduli dengan status Aryan sebagai anak majikannya. Hubungan dia dengan Aryan juga tidak baik semenjak dahulu lagi. Bahkan semasa arwah bakal suaminya hidup dulu pun dia dan Aryan bagaikan kucing dengan anjing. Pantang jumpa pasti bergaduh.

Ini bukan enemy to lovers ya. Aryan memang dari dahulu merasa kurang senang dengan sikap Mawar. Memang lah Mawar itu lemah lembut dan merupakan seorang anak yang baik dan taat kepada ibunya dahulu, namun Aryan nampak apa yang orang lain tak nampak. Dia dapat rasakan aura negatif daripada Mawar. Anak yang menurut kata tetapi perangai memang tak dapat dijangka. Elok lah tu Mawar dengan arwah abangnya, Aniq hampir berkahwin dahulu. Tetapi tak berkesampaian kerana dia terlebih dahulu membunuh Aniq.

Dia juga tahu bahawa Mawar bercinta dengan Aniq kerana inginkan kesenangan hidup. Memang lah zaman sekarang ni orang nak hidup senang kan. Tetapi definisi nak hidup senang Mawar ni memang lain macam. Tamak sangat. Gadis berbaju kurung ayu ini ternyata mempunyai ramai kekasih gelap dikalangan orang kaya. Dalam kalangan orang tua lah. Dah lah tua, tak setia dan tak sedar diri kubur memanggil pula tu. Mawar juga bercadang untuk merampas syarikat keluarga Aryan melalui Aniq. Dengar macam mustahil tetapi boleh terjadi jika dua orang tamak seperti Aniq dan Mawar bersatu.

"Aku memang baik. Tak pernah ambil duit mama aku senyap-senyap." Aryan membidas kata-kata Mawar. Dingin wajahnya dan hati juga merasa kurang senang dengan sikap kurang ajar Mawar.

"Anak orang kaya macam kau tak akan faham jadi boleh tolong senyap sebelum aku toreh kaca ni dekat muka kau." Kaca tabung duit yang pecah itu tadi dikutip satu persatu lalu dimasukkan di dalam tong sampah. Sebenarnya tadi dia berebut tabung kaca berbentuk ayam itu dengan ibunya sehingga terjatuh lalu pecah dibuatnya. Sempat dia berlawan mulut dengan ibunya kerana dia perlu kan duit untuk pergi bersuka ria bersama Zafwaz dan Zafea tetapi bik Inah berdegil tidak mahu memberikan dia duit sehingga menyebabkan dia naik angin. Memang makan makian dia lah jawabnya.

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now