e m p a t

14.6K 565 5
                                    

"Nampak macam diari je. Perlu ke aku bagi dekat dia? Tapi dia kan upah aku. But, apa salahnya kan kalau aku baca dulu? Aku yang buat kerja. Dia tu goyang kaki dan bayar aku je. Tch." Tanpa berfikir panjang, Hani terus membuka buku berwarna biru cair itu.

"Cantik gila tulisan. Ni memang diari nampaknya. Tch. Formula matematik? Pening pulak aku tengok. Ni memang nerd." Hani ketawa sendiri. Pelajar-pelajar yang lalu lalang mengendahkan tawa Hani.

2 Januari 2016

Hari ni ada student baru. Nama dia Aryan Shauki. Serius aku cakap... Dia memang hensem dan comel First day masuk je dah ada peminat. Untungla.

"Nampaknya ni diari tahun lepas punya. Apa la nasib." Hani terus bangun dari duduknya. Dah tak berminat untuk membaca diari tahun lepas. Dia sepatutnya mengambil diari tahun ini. Bukan yang tahun lepas punya. Tanpa membuang masa, Hani terus menuju ke kelasnya sambil bermain telefon pintar. Dia perlu memberi maklumat baharu kepada orang yang mengupahnya.

Mr. Cutie

Me: Hai mr.cutie

Mr. Cutie : Kau dah kenapa duh?

Me: Tu contact name yang saya bagi dekat awak la

Mr. Cutie : Aku peduli apa? Kan aku dah cakap dekat kau. Message aku bila ada maklumat penting je. Jangan bazirkan masa aku la.

Me: Ish, ye la. Tak reti nak sabar sikit ke?

Mr. Cutie : Tak. Cepat sikit tch. Aku busy ni.

Me: Okay. Saya jumpa diari Tasha. Tapi yang tahun lepas punya.

Mr. Cutie : Okay good. Nanti orang suruhan aku akan ambil diari tu. Nanti aku send location.

Me: Okay

Mr Cutie : ' Jalan Panggol Indah, Bangunan 78 🗺'

'Serius? Bangunan lama tu? Eiii, bila jumpa je mesti bangunan lama. Pe benda la mamat nih.' Monolog Hani sendirian. iPhone disimpan semula. Sukar sedikit untuk dia menyimpan telefon pintarnya itu. Pakai lagi seluar ketat.

____________________________________

"Nah encik Khalid. Ni diari lama Tasha." Hani menyerahkan diari tersebut kepada encik Khalid. Jejaka tinggi lampai tersebut terus mengambil diari daripada Hani.

"Thank you for the information Miss Hani."

"Welcome. Mr. Khalid, can I ask you something?" Encik Khalid menganggukkan kepalanya. Dia cuba untuk lari dari suasana yang serba kekok itu. Tapi apa boleh buat, Hani ni bagai murai tercabut ekor. Mulut tak reti nak diam. Kat universiti lain, kat luar lain. Kalau tidak disebabkan kerjanya ini, pasti dia sudah dikenali sebagai Ratu Kepoh di universiti.

"Bila tuan muda nak balik dari London?"

"In shaa Allah bulan depan." Hani mengangguk faham. Lambat lagi la duit gaji dia nak masuk.

"Okay la. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now