d u a p u l u h e n a m

7.6K 308 74
                                    

" Kacau betul lah Tasnim ni." Terus Aryan mengeluh sambil memandang ke arah ayah dan ibu mertua nya yang tidak habis-habis memarahi Tasnim. Tasha turut berada di ruang tamu.

Sudah pukul 10 lebih, namun kedua-dua mertuanya tetap tidak berhenti memarahi Tasnim. Si isteri pula menjadi pendengar setia. Abang ipar? Pasang telinga sama.

"Aku je ke yang excited dengan malam pertama ni? Si Qalif tu tak excited ke?"

11:45 minit malam.

"Ya Allah! Dia punya membebel tu sampai pukul 11 lebih!" Jeritnya sambil menekup muka menggunakan bantal. Aryan terus bangun dan mengintai di sebalik pintu. Seluruh ahli keluarga Tasha masih belum mengantuk. Kekal membebel dan menjadi pendengar setia.

"Minah tak guna dengan ex bang*ng abadi dia punya pasal lah ni. Aku dah lah mengantuk gila. Isteri kesayangan aku pun tak mengantuk ke?" Dia terus bangun dan menhempaskan badan ke atas katil berwarna biru muda. Aryan ingin tidur. Sudah tidak sanggup mendengar bebelan di luar.

Ting!

____________________________________

"Nyenyak betul awak tidur semalam." Aryan sekadar tersenyum hambar apabila Tasha berkata begitu.

"Ya. Nyenyak sangat." Terus dia bangun dan menuju ke pintu. Tasha mengambil cawan serta pinggan Aryan lalu dia menuju ke singki.

"Jom pergi universiti sama-sama?" Tangan Tasha ligat membasuh pinggan serta cawan sambil bertanya kan soalan kepada Aryan.

"Tasha, awak pergi sorang ea hari ni? Lagipun hari ni kelas awak start awal kan?"

"Kita ambil bidang yang sama kan?"

"Tasha, to be honest saya serabut gila hari ni." Katanya lalu tersenyum kecil dan menapak laju ke arah kereta. Enjin dihidupkan, serentak dengan itu juga Tasha menhempas pintu rumah.

Dia terus menuju ke arah sofa. Gadis berkaca mata itu terus melabuhkan punggung dan menyandarkan kepala. Cermin mata ditanggalkan lalu muka diraup berkali-kali.

____________________________________

"Ugh! Aryan, kenapa kau bang**g sangat hah?!" Aku terus menerus menjerit di dalam kereta. Seratus peratus menyalahkan diri sendiri kerana membiarkan abang aku mengetahui rahsia yang selama ini aku simpan. Streng kereta diketuk beberapa kali oleh aku. Sakit di tangan sudah tidak aku hiraukan. Tak kira. Hari ni aku kena ponteng kelas. Aku mesti jumpa dengan semua orang suruhan aku. Kalau aku dapat tahu siapa yang buat silap atau membelot, memang mampus aku kerjakan.

____________________________________

StarKillers 🖤💕💫

Me : Meeting . Now . You have 10 minutes . Late ? Wait for my perfect game .

Mr.Khalid : What happened ?

Me: Datang je meeting.

Mr.Khalid: Okay bos

Taufiq: okay

Eman: Beres bos

Jammie: Alright bos.

Me: And one more thing...

Jammie: What is it boss ?

Me: Siapa yang memandai letak love warna hitam dan pink tu hah ? Kau fikir ni pembunuh pondan ke ? Mafia pakai makeup ?

Taufiq: EMAN BOS! EMAN!

Eman: Ala... Lawa kan emoji tu. Saya minat emoji tu bos. Comel je. Macam bos.

Me: Kau nak penampar ke penumbuk? Seram pulak aku. Si Eman ni gay ke?

Fiz: Entah lah. Semenjak bos tumbuk dia, terus dia acah comel. Semua pink.

Me: ...

"Tak sangka tumbukan aku sebegitu padu." Aku menggelengkan kepala lalu menyimpan telefon pintar ke dalam poket seluar. Terus aku menyandarkan badan lalu berpeluk tubuh di atas kerusi bos.

____________________________________

"Mana Tasha dan Aryan?" Aku mendongakkan kepala lalu memandang professor Razak yang berada di hadapan aku bersama marker di tangan. Aku mengangkat bahu beberapa Kali sebagai tanda tidak tahu.

"Alahai, takkan prof tak tahu semalamkan Tasha dan Aryan kahwin. So..."

"Hah, Paan otak tu biar bersih sikit." Serentak dengan itu seiisi kelas ketawa apabila mendengar ayat yang dilontarkan oleh prof Razak kepada Paan yang sememangnya mempunyai dirty mind tahap maksimum.

Aku sekadar tersenyum kecil dan sambung menulis. Dalam pada masa yang sama aku terfikir juga kenapa Tasha tidak hadir ke kelas. Aryan tu aku peduli apa. Dia tu memang seratus peratus pemalas. Dah berapa kali dia ponteng kelas. Lain lah Tasha. Dia memang rajin datang kelas. Biarlah assignment melambung sekalipun, dia tetap akan datang. Entah kenapa aku, Tasha dan Hani boleh jadi BFF pulak. Hani pulak tak datang selama 2 hari. Majlis kahwin Tasha pun dia tak datang. Aku call tak dapat. Haish pening betul. Dua-dua buat aku risau. Ya Allah, aku harap mereka berdua okay. Tak pernah lagi Tasha dan Hani buat perangai macam ni. Walaupun aku baru berkawan dengan mereka selama 5 bulan.

____________________________________

"Aku nak tanya." Aryan membuat muka dingin nya dan memandang setiap seorang pekerjanya.

"Tanya apa bos?"

"Siapa kenal abang-abang aku?" Taufiq, Eman, Chow dan Jammie mengangkat tangan mereka bersama wajah takut. Sememangnya mereka mengenali Adrian dan juga Aniq kerana mereka berempat sudah bekerja bersama Aryan lebih sembilan tahun.

"Ada siapa-siapa bongkar kan rahsia aku?" Kesemuanya senyap dan tidak menjawab soalan Aryan. Namun, mata Aryan dapat menangkap wajah yang di selubungi rasa takut dan bersalah.

Sepantas kilat Aryan mengambil pistol yang disimpan di dalam poket tepinya, lalu satu das tembakan dilepaskan ke arah dahi Eman.

Semua orang menjerit terkejut. Eman pula kaku dan perlahan-lahan jatuh dari duduknya.

Aryan tersenyum sinis. Pistol disimpan kembali dan di terus menuju ke pintu keluar.

"Oh, Iqwan dan Fizie jangan lupa bunuh abang aku, Aniq." Katanya dan kembali bersama senyuman sinis. Aryan memulas tombol pintu lalu keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan orang suruhannya yang masih terpinga-pinga.

"Tanam mayat Eman... Okay Taufiq?" Encik Khalid mengarah dan menepuk bahu Taufiq yang sudah dibasahi lilingan air mata.

Taufiq terkejut melihat rakan suka dan dukanya dibunuh di depan matanya sendiri. Rakan yang selalu membuat dia sakit hati dan sering menggembirakan hari-harinya telah pun meninggal dunia.

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now