s e b e l a s

10.6K 419 22
                                    

"Awak okay?" Aryan bertanya penuh prihatin. Risau melihat Tasha yang dari tadi diam.

"Suka lah tu bila dapat tahu ada orang suka awakkan?" Oh, cemburu~

"Mana ada. Saya tak suka pun. Kaki awak okay? Ada luka?"

"Luka lah. Awak ingat dia tolak slow ke? Kuat tahu tak? Lutut saya ni berdarah lagi. Dah bawak cepat. Saya nak jumpa mama. Nak mengadu." Tasha berpeluk tubuh sambil mencebik.

"Macam budak kecil. Nak mengadu konon." Kali ini Aryan pula menggunakan bahasa dia. Ayat manja hilang entah ke mana.

"Awak ni! Saya kahwin dengan bekas teman lelaki saya baru tahu!" Tasha menjerit kuat. Geram dengan ayat Aryan.

"Awak ada teman lelaki? Berapa orang dan siapa? Saya ingat perempuan macam awak takde boyfriend." Aryan cuba mencabar kesabaran Tasha. Makin membuak-buak rasa marah Tasha.

"Seorang. Zukri. Awak ingat saya ni takde orang nak ke? Kalau saya tahu macam ni perangai awak. Baik saya dengan Nadim." Aryan sudah naik angin. Geram bila mulut Tasha menyebut nama Nadim.

"Nak sangat dekat playboy tu."

"Kalau tak pun, dengan abang angkat saya. Daripada dengan awak. Menyesal saya mengaku yang saya ada hubungan dengan awak. Benci!" Kereta berhenti secara mengejut. Hon yang diberikan dari kereta belakang di endahkan buat seketika.

"Hoi perempuan! Bersyukur lah sikit kau dapat aku! Kau tahu tak aku bersusah payah nak dapatkan kau! Tak habis-habis nak benci aku! Kau jangan sampai aku bunuh kau!" Rambut Tasha ditariknya sekuat hati. Mendengar jeritan kesakitan dari Tasha membuatkan dia puas hati. Rambut gadis bercermin mata itu dilepaskan. Aryan terus keluar dari perut kereta untuk menyelesaikan masalah antara dia dan pemilik kereta yang memberi hon tadi. Tasha pula sudah menangis teresak-esak.

____________________________________

"Mana Qira ni?" Jam ditilik beberapa kali.

"Lambat betul Qira tu." Husna bersuara sambil menongkat dagu.

"Janji pukul 3. Entah-entah pukul 4 nanti baru sampai. " Tasnim sudah mula membuat andaian. Dia mengusutkan rambutnya. Kemudian, dibetulkan semula.

"Message la dia. " Husna mengangguk faham. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan.

Online ❤
Qira

Me: Qira? Where are you ?¿

Qira : Kejap Husna. Qira ada dekat salon

Me: Seriously . You wasting my time.

Qira : Alaaa... Sorry la.

Me: Ye la. Cepat tau.

Qira :Okay , Husna yang comel ~

"So?" Tasnim pantas bertanya.

"Dia dekat salon. Kejap lagi dia sampai." Tasnim sudah mula memasamkan muka. Hatinya mencarut sebanyak mungkin. Semakin hitam lah hatimu~ Mohon bertaubat.

"Kau ada dengar cerita tak Tasnim?" Husna sudah mula membuka cerita. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi cafe.

"Cerita apa?"

"Anak jutawan terkenal, Rita Quzairi hilang." Tasnim membulatkan matanya.

"Rita Quzairi? Bukan ke dia junior kita dulu? Kawan baik adik aku kan?" Husna mengangguk beberapa kali.

"Macam mana dia hilang?" semakin membuak-buak perasaan ingin tahu Tasnim. Dia kenal Rita Quzairi. Gadis muda yang merampas teman lelaki adiknya, Zukri Hamdan.

"Dia lari dari rumah. Tinggal dekat hotel Pavilion.Lepastu, aku dengar dia lari pulak dengan boyfriend dia. Masa tu dia pengsan. Bila pihak polis tanya pengawal yang bertugas masa tu, dia kata teman lelaki Rita naik kereta BMW dan ada muka kacukan sikit."

"Seiingat aku, Zukri mana ada rupa kacukan. Kereta BMW pun takde."

"Tu lah kan. Dua-dua hilang sampai sekarang. Parents Rita Quzairi siap tawar sejuta ringgit sesiapa yang jumpa puteri tunggal dia."

"Ewah kau. Otak kau ni memang banyak simpan maklumat pasal gosip ea."

"Ha'ah." Husna tersenyum bangga. Kening dijongketkan beberapa kali.

"Hafal surah Al-Quran payah pulak ea?" Krik,krik,krik,krik.

____________________________________

-TBC-

💯 ATTENTION 💯

🌝 Otak author tak betul hari ni jadi chapter tak ikut ayat macam dalam novel. (Pft) Kebanyakan ayat yang author guna semua tak formal (?¿)

🌝 Scene psycho takde dalam chapter ni. Maaf.

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now