l i m a

14.4K 542 9
                                    

"Bila Aryan nak balik dari bercuti?" Tasha mendongakkan kepalanya. Professor Razak memberhentikan pembelajarannya buat seketika.

"Bulan depan prof!" Professor Razak sekadar mengangguk. Dia meneruskan kembali pembelajarannya. Sebenarnya dia risau jika pembelajaran Aryan terganggu. Entah apa motif anak muda itu pergi bercuti ke luar negara. Laporan pun tak hantar lagi.

'Dia balik bulan depan? Habislah aku.' Tasha sudah mula termenung. Dia mulai risau. Dia takut diganggu. Tapi betul ke yang Aryan akan menganggu nya? Tidak marah kah jejaka itu dengan insiden sebelum ini? Insiden dipergunakan.

"Okay. Jumpa minggu depan dan jangan lupa hantar laporan kedoktoran kamu semua." Seisi kelas mengangguk faham. Mereka semua terus mengemas buku dan pen-pen yang berterabur di atas meja.

" Tasha, boleh kita pergi cafeteria sama-sama?"

"Boleh." Tasha sebenarnya berasa sedikit aneh. Semenjak dia dan Aryan dikatakan official, dia mendapat beberapa orang rakan. Tapi yang paling bersungguh-sungguh hendak menjadi sahabatnya ialah Hani dan gadis yang berdiri didepannya, Asfa Latiffa.

"Tapi sebelum tu kita pergi kelas Hani dulu." Tasha terus menuju ke kelas Hani.

"Tasha kawan rapat ke dengan Hani? Siapa Hani tu?"

"Rapat la jugak. Hani tu budak kejuteraan. Seiingat Tasha, Iffa berdaftar sama-sama dengan dia. Dia pun masuk universiti bulan lepas jugak." Iffa berfikir sejenak. Dia bukannya menumpukan perhatian dengan penerangan Tasha berkenaan Hani. Sebaliknya dia tertarik dengan buku yang dipegang Tasha. Berwarna merah dan bercorak polka dot.

'Nice book. Macam diary je.' Iffa sudah berkira-kira untuk memberi buku itu kepada orang yang mengupahnya.

"Hani!" Langkah Hani terhenti buat seketika. Dia berpaling kebelakang dan terpancar lah wajah Tasha serta Iffa.

"Yes? May I help you Tasha?"

"Cafeteria jom." Senyuman manis diberikan kepada Hani. Jangan kata minah rambut hantu ni lupa pulak. Janji nak ke cafeteria sama-sama hari ni.

"I'm so sorry. Hani busy. Takde masa nak keluar lunch. Laporan tak siap lagi." Tasha memandang Hani. Gadis berambut serabai serta panjang ini kelihatan gelabah. Penampilannya juga tidak terurus. Eyebag bawah mata,rambut berserabai,muka tak ber makeup dan berwajah pucat. Biasanya Hani akan memakai makeup setebal enam inci.

"Buat lagi kerja last minute. laporan yang lain dah siap belum?" Dia menerima gelengan kepala dari Hani.

"Dah lah tu Tasha. Iffa lapar ni. Biarkan je lah minah eyebag ni. Siapa suruh buat kerja last minute? Padan muka. Penampilan pun dah macam apa entah. Ewww, menggelikan." Hani menjeling. Dia memberikan pandangan tajam kepada Iffa. Ini dah melampau! Minah eyebag? Entah-entah gadis muda di hadapan nya ini juga mempunyai eyebag. Makeup tebal!

"Mulut tu jaga sikit. Dasar minah makeup tebal." Iffa sudah mula naik hantu. Dia terus menampar pipi Hani.

"Kau ni memang tak guna!" Rambut Iffa ditarik kasar. Iffa turut sama menarik rambut Hani. Tasha pula terkaku disitu. Terkejut melihat tindakan spontan Iffa dan Hani.

Melihat aksi tendang menendang bakal muncul, dia terus menyuruh beberapa orang pelajar yang menyaksikan adegan bergaduh itu memanggil Prof Zaid.

"STOP!"

____________________________________

"Tapi itu bukan salah saya. Minah makeup tebal ni yang mulakan." Iffa menjeling. Kutuk lagi?

"Minah eyebag ni yang start dulu prof. It's not my fault."

"Tapi kamu berdua melanggar peraturan universiti. Tak malu ke bergaduh? Perempuan kan?" Iffa dan Hani sudah mula naik meluat. Membebel je dari tadi. Denda je lah terus.

"Prof ingat saya ni budak kecil ke? Membebel dari tadi." Professor Zaid memandang Hani dengan pandangan maut. Sikap kurang ajar Hani memang menguji kesabarannya. Dah lah baju tak cukup kain.

"Listen, saya nak awak berdua siapkan laporan mengikut jurusan masing-masing."

"Maksudnya?"

"Siapkan laporan dari awal hingga bab yang kamu berdua belajar." Mereka berdua terus membuka mulut seluas-luasnya. Memang tak boleh diterima!

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Tanpa berkata apa-apa lagi, Prof Zaid terus berlalu pergi.

"Waalaikumussalam." Mereka berdua membalas lambat-lambat. Nada tidak percaya masih lagi wujud. Denda yang paling teruk!

____________________________________

Author bukan budak universiti. Jadi segala laporan dan peraturan bagai... Itu sekadar rekaan. Entah betul, entah tidak.

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now