l i m a b e l a s

10K 382 32
                                    

"Aryan kenapa awak tumbuk Nadim?! " Suara Tasha sudah mula meninggi. Geram dengan kelakuan Aryan yang menumbuk Nadim secara melulu.

"Soalan bodoh apa yang kau tanya ni?" Tanya Aryan dengan nada garangnya. Timbul urat-urat dilehernya.

"Awak tahu tak yang Nadim tu selamatkan saya dari dibuli?"

"Kau kena buli? Siapa buli kau?"

Nafas Aryan turun naik dengan laju. Menandakan yang dia sedang menahan amarah yang teramat.

"Itu tak penting. Yang saya tahu, sekarang ni awak kena jumpa Nadim dan minta maaf." Tasha menjeling dan meninggalkan Aryan yang masih setia berdiri di luar Universiti.

____________________________________

Aku menumbuk perut Qalif berkali-kali. Jeritannya tidak kuhiraukan. Menjeritlah kau puas-puas.

"Kau siapa hah?! " Aku masih tidak menjawab soalannya. Matanya yang ditutup dengan kain hitam menyebabkan dia tidak dapat melihat wajahku yang kacak ini.

"Kau rampas hak dia. " Orang suruhan ku mula memainkan peranannya. Kalau aku bersuara, aku takut nanti Qalif tahu siapa aku. Jadi aku mengupah orang suruhan untuk menyampaikan apa yang aku ingin beritahu kepada Qalif. Sehelai lagi kertas aku ambil lalu aku menulis sesuatu dan ditunjukkan kepada orang suruhan ku.

"Kau bernasib baik hari ini. Kalau tak dah lama aku bunuh kau. Bersyukur lah kau abang kepada orang yang aku paling sayang." Qalif meronta-ronta di atas kerusi. Mungkin dia cuba melepaskan diri. Tapi itu mustahil. Tangan dan kakinya memang sudah diikat seketat-ketatnya.

"Siapa? Siapa orang yang paling kau sayang?! Tasnim?! Tasha?!" Makin kuat jeritannya bergema di banglo simpanan aku. Laju sahaja aku menumbuk pipinya. Kali ke berapa entah.

"Ber... Berhenti... To... Tolonglah... " Huh? Dah penat nampaknya. Aku membuat isyarat keluar kepada orang suruhan ku. Aku menjeling sekilas tangannya yang sudah ditoreh dengan tulisan "Kau rampas hak aku".Dan kami meninggalkan Qalif sendirian di situ. Masa untuk menelefon Hani. Entah budak tu dapat ke tidak maklumat yang aku nak.

"Encik Khalid, nanti buang mamat tu kat mana-mana ya. Asalkan bukan tempat yang merbahaya. Nanti dia mati, Tasha aku pulak yang menangis. Faham?"

"Faham tuan."

"Dan tolong call or message Hani."

"Errr... Kredit takde tuan." Aku menggulingkan mata ke atas.

"Ya lah. Biar saya yang message dia. Yang pasti settle kan mamat kat dalam tu."

"Baik tuan" Selepas menerima jawapan dari encik Khalid, aku terus masuk ke dalam kereta dan mengeluarkan telefon bimbit.

Online
Hani

Me: Woi

Hani: YA MR. CUTIE

Me: Apasal kau? Not my taste.

Hani:

Me: 🙄

Hani: Ya lah. Kenapa message saya ni?

Me: Kau dah dapat maklumat yang aku nak tu?

Hani: Dah. Kejap ya.

Me: K.

Hani: -Lisa senior universiti. Menampar Tasha sampai bibir berdarah.

- Ellyn senior universiti. Menyandung kaki Tasha dan menunjukkan middle finger di hadapan muka Tasha.

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now