e m p a t p u l u h d u a

5.7K 112 19
                                    

" Aduh ! Kau makan apa ni ha ?! Berat gila ! " Taufiq mengangkat keluar tubuh badan Zarif dari keretanya dan diletakkan di atas tanah . Baik dia seret je terus tubuh Muhd Zarif ni .

Pintu kereta Myvi berwarna biru ditutup menggunakan kaki . Hati dia sudah mula merungut . Kenapa lah kena pakai kereta sendiri ? Kan bagus kalau Aryan membenarkan dia menculik Zarif dengan menggunakan salah satu kereta sports hak milik Star Killers . Tak style betul ahli kepada kumpulan mafia yang paling kaya culik orang dengan menggunakan kereta Myvi.

Tapi kereta ni King Of The Road woi.

Taufiq terus menyeret badan Zarif tanpa mempedulikan rasa sakit yang akan dirasai oleh lelaki itu apabila dia tersedar kelak .

" Amboi , kau main seret - seret mayat pulak ya ? " Encik Khalid tersenyum senget sambil menyendarkan badannya pada dinding markas . Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar manakala tangan kanan memegang rokok .

" Ni bukan mayat lah ! Best friend boss ni pengsan je . Zarif apa entah nama mamat ni . Berat sia ! Sini lah tolong aku angkat dia ni ! " tempiknya . Dia meletakkan sebentar tubuh Zarif pada tanah . Lenguh mula terasa di bahagian pinggang .

" Ish kau ni , aku baru hisap rokok . Relaks lah . Boss baru keluar tadi . Lambat lagi dia nak sampai markas balik . " Encik Khalid berjalan ke arah tubuh Zarif yang kaku itu . Dia mencangkung lalu membelek wajah Zarif yang dipenuhi lebam sambil asap rokok dihembuskan pada muka jejaka kacak itu .

" Kenapa kau culik dia ni ? "

" Entah . Boss suruh culik , aku culik je lah . " Encik Khalid mengangguk dan terus bangun dari mencangkung .

Semasa kedua - duanya leka , Zarif membuka mata dan terus menumbuk alat sulit Taufiq dan Encik Khalid . Dia bangun dari pembaringan dan berlari pergi dari kawasan lapang yang dipenuhi semak samun itu .

" Tak guna ! Hoi Kim , James ! Tangkap budak tu cepat ! " Encik Khalid memegang alat sulitnya dan mengerang kesakitan . Padu sungguh tumbukan Zarif .

Kebetulan , Aryan Shauki baru sahaja tiba di markas . Dia keluar dari kereta dan memandang aneh ke arah Taufiq serta Encik Khalid yang sedang memegang alat sulit masing - masing sambil menjerit kesakitan .

" Kenapa dengan korang berdua ni ? Khal , Fiq korang okay tak ni ? " penuh prihatin Aryan bertanya kepada dua orang suruhan yang dipercayai dan disayangi nya .

" Boss , Zarif lari ! " Jerit James lalu memecut laju mengejar Zarif yang sudah berlari masuk ke dalam hutan .

" Hah ?! " bergema kawasan tanah lapang itu dengan jeritan Aryan . Dia mengambil pistol di dalam dashboard keretanya.

" Khal , Fiq lepas dah hilang sakit tu , aku nak korang settle kan bilik seksaan . Make sure alatan perfect tahap maksimum ! ". Sempat di berpesan sambil berlari masuk ke dalam hutan mengikuti jejak langkah Kim dan James .

Encik Khalid dan Taufiq terhincut - hincut berjalan masuk ke dalam markas .

Berbakul - bakul carutan ditujukan buat Zarif .

___________________________

Aku berlari dengan sekuat hati . Lantak lah apa nak jadi ! Aku tak nak mati lagi !

Lari lah kemana sahaja asalkan pandangan aku lolos dari susuk tubuh Aryan Shauki dan konco - konco nya yang sama gila itu !

Bang ! Bang !

Ah , sudah ! Dia main pistol pulak dah !

" Baby sayangggggg ! Nak lari kemana tu ?! " eiii kalau suara tu macam Mira Filzah okay lah jugak ! Ni tak ! Suara kau tu psiko gila !

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now