d u a p u l u h

8.3K 318 12
                                    

"You're lucky today."

"What... What did you mean?"

"Parents kau takde kat rumah. Orang gaji kau pun cuti. Nampaknya boleh lah kau mati dalam rumah sendiri. Beruntung lah jugak dari kawan baik kau tu." Tangannya terus ligat menyusun pisau di atas meja. Sambil anak matanya sesekali memandang Lisa yang diikat di atas katil berwarna merah. Melihat warna katil itu sahaja sudah cukup membuatkan tangan Aryan tidak sabar mahu menoreh serta mencungkil.

"El... Elly...?"

"Yes. Your lovely bestfriend." Perlahan-lahan air mata Lisa mengalir apabila mendapat tahu bahawa Elly sebenarnya sudah meninggal dunia. Kawan baik semenjak zaman kanak-kanak sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.

"Ops. Bestfriend ke? I still nak tahu reaction Elly kalau dia tahu BFF dia tikam belakang dia. Dear Mellisa, kau ingat aku tak tahu yang Elly suka gila kat aku? Sampai sanggup cederakan mana-mana perempuan yang cuba rapat dengan aku?" Perlahan-lahan Lisa mengangguk kecil. Angguk untuk apa pun dia tak tahu.

"Malangnya, tahap psycho dia tak macam aku. Tahap obses dia tak sehebat aku."

"Aku ingat nak lukakan hati kau. Tapi kau baru sehari dua, dah buat aku sakit hati. Jadi aku akan bunuh kau lebih awal. Lantaklah hati kau tu broken ke tak. I don't care anymore. Yang penting kau MATI hari ni jugak." Mendengar perkataan mati, Lisa terus mereka ayat agar Aryan mengubah fikirannya.

"Aryan, please jangan bunuh I. I janji yang I akan layan you dengan baik. Rahsia yang you bunuh Elly, I akan simpan dengan baik. I promise. You nak apa? I akan tunaikan. Layanan?"

"Kau, betina yang sama murah dan layak digelar pelacur. Sama macam BFF kau tu. Biar aku bagi 'layanan' yang lagi bagus. 'Game' aku lagi bagus dari layanan murahan kau tu." Pantas Lisa menggeleng dan menjerit. Bersungguh-sungguh dia merayu agar Aryan melepaskannya. Dia faham maksud 'game' dan 'layanan' yang Aryan katakan.

"Shut up. Enjoy my perfect 'game'." Gunting diambil lalu dia melangkah ke arah katil berwarna merah itu. Lisa pula sedaya upaya melonggarkan ikatan tangan dan kakinya. Dia meraung sekuat hati kerana perasan takut yang semakin membuak-buak.

Aryan terus menyematkan gunting itu ke dalam mata Lisa. Dia menggerakkan gunting itu ke kiri dan kekanan. Semakin bingit lah bilik itu dengan jeritan Melissa.

Gunting dibiarkan tersemat di dalam mata kiri gadis itu. Aryan menuju ke meja dan terus mengambil gergaji.

Jeritan Lisa yang seratus peratus menyakitkan telinga itu diendahkan. Telinga Aryan sememangnya sudah terbiasa mendengar jeritan para manusia yang terseksa. Namun, jeritan-jeritan itulah yang sentiasa ingin Aryan dengari. Suara-suara yang menangis dan menjerit akibat sakit yang teramat, sudah menjadi alunan lagu di telinga manusia psycho itu.

"Tak guna. Mata gergaji ni tumpul lah pulak." Matanya melilau sekeliling bilik.

"Weh Lisa, kau ada tak benda-benda yang tajam dan menyakitkan kalau terkena kulit? Lambat lah 'layanan' aku ni nak siap." Dia memandang Lisa yang tercungap-cungap mengambil nafas. Gaun merah jambu yang berkilaun itu telah dipenuhi dengan batuk berdarah Lisa. Muka gadis itu bertambah pucat dan dia sememangnya sudah kehilangan banyak darah.

"Ish dia ni. Orang tanya, boleh pulak dia senyap." Aryan mengeluh kecil lalu membawa sahaja gergaji tumpul itu ke arah Lisa.

"Lambat sikit lah tangan kau ni nak terpotong. Tumpul katakan." Sambil membebel dia memotong tangan Lisa. Kepala gadis itu digelengkan beberapa kali. Dia menggigit bibir tanda menahan sakit.

Aryan tiba-tiba berhenti menggergaji tangan Lisa. Tangan gadis itu hampir sahaja terputus dua.

"Geram aku dengan gergaji tumpul ni. Kesian Lisa. Aku patahkan kan je lah." Terus tangan gadis muda itu ditarik sekuat hati dan mengeluarkan bunyi. Tidak dapat lagi menahan sakit yang terlampau, mulut Lisa terus terbuka seluas-luas nya. Sungguh dia menjerit sambil kakinya menggelepur kuat.

Jejaka gila itu terus mengambil asid lalu dituangkan ke dalam mulut Lisa. Makin kuat lah Lisa menggelepur. Beberapa minit kemudian, Melissa Shafura menhembuskan nafas terakhirnya.

Aryan pula mencebik sebagai tanda tidak puas menyeksa Lisa.

Dia terus menhubungi orang-orang suruhannya untuk menhapuskan bukti.

____________________________________

"Semua settle tuan. Mayat dia kami dah letak dalam bonet. Darah pun kami dah cuci tuan. Rakaman CCTV rumah dia pun kami dah hack."

"Orang awam?"

"100% takde siapa sedar, tuan."

"Yakin?"

"Yakin tuan."

"Bagus. Ni upah korang." Sampul berwarna putih itu diberikan kepada orang suruhannya.

Pintu kereta dibuka. Namun, baru sahaja Aryan ingin masuk ke dalam perut kereta, dia terdengar suara encik Khalid memanggil namanya.

"Tuan!"

"Yes?"

"Ni telefon Lisa." IPhone merah jambu itu dihulurkan dengan penuh kesopanan.

"Nak buat apa? Aku dah suruh budak-budak ni delete semua chat berkaitan dengan aku."

"Tuan guna lah telefon ni untuk tipu parents Lisa. Alah, tuan katalah yang dia lari dengan lelaki lain ke. Macam... Nadim? Tuan hack lah telefon Nadim tu sekali."

Aryan berfikir sejenak. Dia terus mengukir senyuman mendengar cadangan pembantu setianya itu. Bergeliga. IPhone pink itu diambil lalu diletakkan ke dalam poket seluar.

"Bijak. Pandai kau ea. Pasal ni lah kau jadi pembantu aku. Nanti aku bagi bonus. Okay, bye guys." Dia terus masuk ke dalam kereta dan menuju ke banglo ketiganya.

Semakin lama, semakin lebar senyuman psycho nya itu. Gembira kerana satu persatu orang yang dibenci telah pun mati diseksanya.

Selepas memerangkap Nadim sebagai pesalah nya. Tasha pasti membenci lelaki itu dan peluang untuk membuatkan Tasha menyukai dia bertambah luas terbuka.

I Love My Life.

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now