e m p a t b e l a s

9.8K 405 4
                                    

Pintu bilik dibuka lalu Tasha menapak laju turun ke bawah.

Ting ! You got a new message from Along Qalif

Along Qalif : Sha.

Me: Yes ?

Along Qalif : Ian tak dapat ambil Sha hari ni.

Me: So ? Siapa nak hantar Tasha hari ni?

Along Qalif : Along hantar Sha ke Universiti hari ni. Okay ?

Me: Okay Along

___________________________

Helmet berwarna merah itu diberikan kembali kepada abang angkatnya.

"Thank you along." Qalif tersenyum nipis. Rambut Tasha yang serabai, dikemaskan semula.

Flying kiss dihadiahkan lalu Tasha berlari masuk ke dalam Universiti. Sepasang mata pula sedang memerhati dengan pandangan tajam.

"Kau rampas HAK aku."

____________________________________

"Hoi." Langkah Tasha terhenti. Dia memandang dua gadis muda dihadapannya.

"Kau Tasha kan?" Tasha mengangguk dan serta merta dia menerima tamparan dari gadis tersebut.

"Jangan dekat dengan Nadim. Faham?" Pantas sahaja Tasha mengangguk. Takut. Itu yang dia rasa sekarang.

"Lisa, you lupa ke yang si nerd ni rapat dengan Aryan I jugak?" Anak mata Tasha memandang pula sahabat gadis yang bernama Lisa itu.

"Oh sorry Ellyn. I forgot about it." Ellyn yang memintal-mintal rambutnya terus mencebik.

'Gedik.' sempat lagi Tasha mengutuk di dalam hati. Matanya memandang Ellyn dan Lisa. Sementara tangannya menggosok pipi.

"And also Aryan. Don't you dare to disturb our future bae. Understand?" Perlahan-lahan Tasha mengangguk. Baru sahaja dia ingin berlari pergi dari situ, kaki dia tersandung.

"Padan muka kau." Middle finger ditunjukkan dihadapan muka Tasha. Dia hanya mampu menahan empangan air mata. Entah kenapa hari ini dia berasa lemah. Tidak mampu melawan kedua-dua gadis gedik di hadapannya.

____________________________________

Aku berjalan menuju ke kelas. Penampilan aku semakin hari semakin serabai. Pening memikirkan masalah antara aku dan abang aku. Psycho abang aku makin menjadi. Sampai bila aku nak simpan rahsia dia? Rahsia yang dia bunuh isteri dia pasal cemburu? Argh, orang psycho tak guna.

Tiba-tiba aku ternampak Tasha bersama dua orang senior universiti. Ellyn dan.... Aku tak kenal yang seorang lagi. Laju sahaja kaki aku melangkah ke arah ketiga-tiganya. Tasha nampak macam nak menangis.

"Tasha?" Jelas terpancar riak terkejut Ellyn dan senior yang aku tak kenal tu.

"Na... Nadim?" Dah kenapa pandang aku macam tu. Siap blush lagi. Erk. Not my taste.

"Ya saya. Awak siapa? Dan kenapa ganggu Tasha? "

____________________________________

Aku rasa macam hati aku ni dah retak. Dia tak kenal aku... Aku minat dia dah lama kut. Takkan dia tak perasan kewujudan aku? Perempuan nerd tu juga lah yang dia kenal.

Aku hanya mampu membisu apabila dia mengajukan soalan ' Kenapa ganggu Tasha.' Mesti dia nampak perempuan tak guna ni nak menangis tadi. Aku pandang Ellyn. Dia pun membisu juga.

"Nothing." Serentak aku berbicara dan menarik tangan Ellyn lalu berlari meninggalkan Nadim dan si nerd.

____________________________________

"Tasha awak okay?" Senyuman palsu diberikan kepada Nadim. Tak... Dia tak okay. Pipi nya masih terasa sakit akibat tamparan hebat Lisa. Hujung bibir nya sedikit berdarah. Pasti kerana terkena perhiasan di jari Lisa iaitu cincin.

"Saya okay. Awak pergi lah masuk kelas Nadim. Nanti awak kena marah pulak." Belum sempat Nadim membalas. Dia terus ditumbuk.

"Kau jangan nak dekat dengan bakal isteri aku." Aryan menggenggam kuat tangan Tasha. Nadim memegang pipinya. Hujung bibirnya mula mengeluarkan darah.

"Nadim pipi awak bengkak. " Tasha ingin membantu Nadim namun, genggaman tangan Aryan terlalu kuat.

"Ian lepas. Sakit." Sedikit pun Aryan tidak mendengar rayuan Tasha. Jelingan maut diberikan lalu dia menarik gadis itu berlalu pergi meninggalkan Nadim yang masih mengelap hujung bibirnya yang berdarah menggunakan lengan baju.

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now