d u a p u l u h s a t u

7.8K 316 19
                                    

Mommy

Me:Dear , my lovely mommy . I love you mom .But , I love Nadim more . He is everything for me. Maafkan Lisa . Sekarang ni Lisa dalam perjalanan ke rumah Nadim . Dia janji akan jaga Lisa di London . Jadi jangan risau pasal Lisa okay ?

Mommy : Liss , Papa & mama on the way balik !

Me: Bye . ✔✔
____________________________________

Dah terang-terang aku tulis 'Dalam perjalanan ke rumah Nadim'. Yang papa dan mama dia on the way balik jugak tu kenapa? Memang sah dah yang anak kau tu takde kat rumah. Buat apa nak on the way balik nya? Baik pergi serbu rumah Nadim. Susah payah aku hack telefon dan WhatsApp Nadim. Siap tanam mayat si Lisa belakang rumah Nadim lagi. Nak ceroboh belakang rumah dia bukan payah sangat pun. CCTV pun takde. Senang kerja.

IPhone merah jambu itu terus aku campak atas katil. Lepas ni aku kena suruh orang suruhan aku letak iPhone ni dalam bilik Nadim. Celah mana nak letak ea? Celah mana pulak nak pecah masuk? Pecah masuk hari apa?

Argh lantak lah. Orang suruhan aku otak bergeliga. Pandai-pandai lah fikir. Baik aku rest dulu.

Goodnight world.
____________________________________

"Fiq, kita nak masuk mana ni? Pintu belakang ke? Atau pecah masuk tingkap bilik dia?"

"Mana aku tahu. Bos kata fikir lah sendiri. Dia kata otak kitakan bergeliga." Kata Taufiq yang mula mencari akal untuk memecah masuk rumah milik musuh ketat bosnya.

"Celah mana entah bergeliga. Kau tu dah lah otak udang." Sindir Eman kepada rakan seperjuangannya. Dia duduk mencakung sambil mengintai-ngintai peluang memasuki rumah dua tingkat itu.

"Senyap lah kau. Kita ni dua kali lima je."

"Tapi aku habis belajar sampai tingkatan satu. Kau tu darjah enam je. Lagi teruk tau." kata-kata Eman itu mengundang jelingan tajam daripada Taufiq. Padahal Taufiq sudah mula risau. Sudah setengah jam mereka terpinga-pinga di hadapan rumah Nadim. Takut nanti bos nya yang psycho itu naik angin. Kelak, dia pula yang dibunuh.

Ting!

BosKaya: Hoi

Me: Yes bos?

BosKaya: Pehal lama sangat ha? Kau dengan Eman buat apa kat sana? Dekat setengah jam! Buat kerja tu cepat la sikit bodoh! Aku bayar gaji kan?! Jangan cakap yang kau dengan Eman kena tangkap pulak! Jangan jadi bebal sangat lah!

____________________________________

Kalau aku kena tangkap, macam mana aku boleh balas message dia? Bebal? Fuh, marah gila ni.

"Kenapa ni Fiq? Pucat nya muka kau."

"Dah kau jangan banyak cakap. Bos dah bising dah ni."

Ting !

BosKaya : Pehal senyap?! Balas arh!

Me: Sorry bos. Saya bincang dengan Fiq tadi. Kami tak tahu nak masuk celah mana.

BosKaya: Masuk ikut pintu belakang je lah lembab. Parents dia bukan ada kat rumah pun. Kalau aku tahu kau dengan si Eman tu slow macam ni, aku suruh Chow dan Jammie je selesaikan.

Me: Okay bos. Kami masuk ikut pintu belakang. ✔✔

____________________________________

Taufiq terus memanjat pagar rumah Nadim. Eman yang melihat situasi itu sekadar mengikut jejak langkah rakannya itu.

Taufiq melompat dan terus meninggalkan Eman yang masih terkial-kial hendak turun. Pintu belakang dibuka dengan mudah sekali. Inilah bakat Taufiq dalam bab menceroboh. Sewaktu orang lain bersekolah menengah, dia sibuk mencuri dan menceroboh rumah orang kerana sesuap nasi. Situasi keluarga yang daif memaksa dia untuk mencari wang dalam cara yang salah serta mendatangkan dosa.

"Mana satu bilik dia?" Eman yang baru sampai terus membuka lampu suluh. Lantas di halakan ke segenap ruang.

" Aku rasa bilik dia kat atas." Sarung tangan di pakai untuk tidak meninggalkan kesan cap jari pada iPhone merah jambu milik Lisa. Aryan sendiri menhilangkan kesan cap jari nya dengan bantuan beberapa orang suruhan yang pakar. iPhone pink yang terletak di dalam plastik di keluarkan dengan berhati-hati. Mereka berdua terus menapak ke tingkat atas.

Setiap bilik tertulis nama masing-masing pada Whiteboard mini yang diletakkan di hadapan pintu. Hal ini memudahkan lagi kerja Taufiq dan Eman. Tak perlu lah mereka check setiap bilik.

"Mudah lah kerja kita." Terus kedua-dua penceroboh itu membuka tombol pintu yang tertulis 'Nadim's Room'.

Kotak dikeluarkan lalu mereka meletakkan jari jemari Nadim pada iPhone dan juga kotak berwarna biru tersebut agar meninggalkan kesan cap jari.Kotak itu terus di letakkan di bawah katil Nadim. Sempat lagi kedua-dua orang suruhan Aryan membuat High Five kerana misi mereka sudah pun terlaksana.

Pintu tombol dibuka agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Namun, malang nasib mereka berdua apabila Eman terpijak ekor Chocho, seekor kucing Parsi kepunyaan adik perempuan Nadim. Akibatnya, kucing itu terus mencakar kaki Eman dan menyebabkan jejaka berkulit sawo matang itu mencarut dan menjerit sakit. Jeritan sengau Eman sudah cukup membuatkan Nadim terjaga. Terus dia menuju ke pintu bilik dan memulas tombol pintu.

Mendengar bunyi tombol pintu dipulas, kedua-dua penjenayah itu terus belari dengan lintang-pukang. Nadim pula terus menerus menjerit dan cuba mengejar lelaki-lelaki bertopeng itu. Melihat kepantasan Nadim dalam berlari itu membuatkan Eman dan Taufiq tambah gerun. Terus Eman menolak Nadim dan mengikut langkah Taufiq yang sudah keluar melalui pintu belakang. Mengeluh kasar Nadim dibuatnya.

"Aku kena call polis!" Terus dia menapak naik ke tingkat atas. IPhone berwarna gold yang berada di atas meja belajar di capai. Tetapi rasa hampa semakin menambah kerana telefon pintar tersebut sudah kehausan bateri.

Bergema lah rumah dua tingkat itu dengan jeritan amarah,hampa dan kecewa Nadim.

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now